Hampir jam 11 malam majlis itu berakhir. Harith dan Puteri berdiri didepan lobby hotel menunggu kereta yang diambil oleh pekerja Hotel. Sambil berborak dan usik mengusik antara kedua orang teman itu. Sepasang mata milik Tengku Adam Haiqal menyorok pandang pada kedua pasangan yang berdiri disebelah lobby.
“Puteri...jumpa lagi ya.” Tengku Edora datang menghampiri Harith dan Puteri yang sedang bergelak tawa dari tadi.
“Iya lepas ni boleh jumpa selalu, itupun kalau Cik Tengku Edora nak join kami dengan beberapa slot roudtour NGO. Lagipun syarikat Tengku Adam Haris banyak akan bersama-sama dalam roudtour tersebut.” Celah Harith disebelah Puteri.
“InsyaAllah....saya pasti akan join, itupun kalau Encik Harith dan Cik Puteri ada sekali. Pasti meriah juga tu.” Kata Tengku Edora lagi.
“Puteri jangan lupa janji kita tu ya.” Kata Tengku Edora sambil menarik tangan Puteri dan sekaligus menyelitkan sekeping nota yang telah dilipat kecil.
Setelah kereta sampai Puteri dan Harith menapak masuk ke dalam kereta untuk bergerak pulang. Puteri melambaikan tangan pada Tengku Edora yang juga melambai kepadanya. Puteri turut menyorok pandang pada Tengku Adam Haiqal yang berdiri disisinya. Lelaki itu hanya memandang lurus kedepan tanpa menoleh kearahnya. Kenapa lelaki itu terlalu menunjukkan ketidakpeduliannya. Apakah besar benar kesalahannya itu. Nak kata dia dan lelaki itu berpasangan antara mereka tiada kata putus apapun. Tapi bila melihat kepada kemarahan lelaki itu terhadapnya seperti lelaki itu sangat menggangap perhubungan mereka lebih dari sekadar teman.
Kertas kecil yang dihulurkan oleh Tengku Edora tadi disimpan ke dalam bagtangannya. Nanti dirumah baru dia akan membacanya isinya.
“Diam aje dari tadi.” Harith memecahkan bicara antara mereka berdua. Melihat reaksi gadis itu yang hanya berdiam diri dari tadi. Hati Harith sedikit gusar.
“Tak ada apa, sengaja tak mahu ganggu Harith drive.” Jawab Puteri menutup lamunannya sebentar tadi.
Harith hanya tersenyum sambil mata memandang ke depan. Selalu gadis itu begitu galak, namun hari ini kenapa berubah laku begitu. Apakah pertemuan dengan pemilik wajah yang seiras tadi menjentik sesuatu dihati gadis disebelahnya itu.
Sesampai dirumah Puteri, Harith memberhentikan keretanya betul-betul didepan pintu pagar rumah gadis itu.
“Ok dah sampai, Tq kerana sudi temankan Harith hari ini.”Ucap Harith penuh romantik.
“Sama-sama CEO Tuan Harith, untuk Tuan Harith apa saja saya turutkan. Usik Puteri pula sambil membuka pintu kereta.
“Drive safety Tuan Harith.”Ucapnya sebelum menutup pintu kereta.
“Masuklah, Harith tunggu Puteri masuk baru Harith keluar.” Katanya tersenyum memandang gadis yang telah menawan hatinya itu.
Setelah gadis itu masuk barulah dia berlalu dari situ.
Puteri masuk kedalam rumah, jam didinding sudah hampir menunjukkan ke angka 12 malam. Dia masuk ke bilik air membersihkan diri untuk bersolat isyak. Selepas solat matanya seakan digam. Ketika melabuhkan badan di tilamnya, Puteri mendengar deruman kereta seakan berhenti didepan rumahnya. Oleh kerana matanya terlalu mengantuk dia hanya membiarkan saja. Beberapa saat alam nyata ini sudah hilang dari pandangannya.
"Thank You All....Sorry lama tak updated...busy plak... Enjoy Reading......
Share this novel