BAB 26 – PUJUK

Romance Completed 85459

Semalaman Tengku Adam Haiqal berfikir tentang gadis yang mula menapak dihatinya itu. Walaupun dia merasa agak keliru tentang hasrat hatinya. Tapi dia tahu hatinya sangat tetarik kepada doktor muda yang nampak lembut tapi tegas, kekadang kalut tak tentu pasal dan sesekali agak kelakar juga. Bersama gadis itu dia berasa tenang dan hatinya berbunga-bunga indah. Namun keakraban Puteri dengan lelaki yag selalu bersama dengannya membuatkan Tengku Adam Haiqal berfikir berkali-kali, benarkah gadis itu belum berpunya. Seperti yang Haris bagitahu, dia pernah berjumpa Puteri bersama dengan CEO SakataMaju Berhad beberapa minggu lepas ketika mereka keluar bussines meeting kat Cafe Hotel Concorde. Hubungan keduanya nampak sesuatu. Namun berlainan pula pendapat sepupunya Tengku Edora, kata Edora, Harith bukan siapa-siapa dengan Puteri mereka cuma teman seuniversiti dan hubungan persahabatan itu dieratkan lagi bila mereka selalu menyertai kerja amal yang sama-sama mereka sertai. Tengku Adam Haiqal sukar untuk meneka kebenaranya.
Apa yang Tengku Adam Haiqal perasaankan tentang dirinya sejak dia bertemu dengan Puteri, mimpi-mimpi yang menganggu malam-malamnya juga sudah lama tidak mendatanginya. Malas mengambil pusing tentang pekara itu, Tengku Adam Haiqal hanya membiarkan persoalan itu bagai angin lalu. Seperti kata abangnya mimpi-mimpi itu semua cuma mainan tidur. Sebab keinginan dia terhadap sesuatu yang diluar kotak.
Semalam dia nampak Puteri berlalu ke kereta selepas membeli burger di gerai Abang Lok. Tapi sengaja dia buat tidak nampak untuk melihat reaksi gadis itu, namun akhirnya dia sendiri yang kecewa.
Tapi ketika dia baru tiba ke Malaysia beberapa hari yang lalu berpuluh-puluh panggilan dan pesanan ringkas dari gadis itu memohon maaf dan ingin menemuainya. Kini tiada lagi apa-apa panggilan mahupun pesanan ringkas untuknya apakah hati Puteri telah beralih arah.
Apakah hati Puteri telah berjaya dimiliki oleh Harith. Haiqal tahu walaupun Puteri menidakkan perasaanya pada lelaki itu, tapi pandangan lelaki itu terhadap Puteri penuh dengan rasa cinta dan ingin memilikinya, samatelah mereka sudah berkawan lama. Resah.
Pagi itu sebelum ke Pejabat menghantar tugasannya dia sengaja melalui depan rumah sewa Puteri. Sangkanya gadis itu telah ke Hospital keranan keretanya tiada terpangkir garaj. Tengku Adam Haiqal berlalu ke pejabatnya dengan hasrat selepas segala urusan kerjanya selesai dia akan ke Hospital menemui gadis itu. Dia tidak sanggup berdiam diri dan menyimpan rajuknya sebegitu tanpa Puteri tahu isi hatinya. Seperti kata Haris jangan sampai gigit jari. Dia tidak mahu lelaki sehebat Harith merebut hati gasid itu. Dia perlu berdamai dengan keegoan hatinya kalau dia benar-benar mahukan gadis itu.
Lebih kurang pukul 11 pagi, Tengku Adam Haiqal menapak keluar dari ruang pejabatnya.
“Kak Sham saya balik dulu ya, apa -apa roger tau.” Tutur Tengku Adam Haiqal sambil menarik pintu biliknya.
“Tengku tadi minat order Pizza, Akak dah order tu.” Balas Kak Sham setiausahanya itu.
“Sayakan suruh akak makan dengan staf-staf lain, Salam terima kasih saya buat semua yang sentiasa selesaikan tugasan kita.” Katanya sambil berlalu.
“Tengku masuk lagi tak sebelah petang.” Kata Kak Sham sambil tersenyum mengangguk.
“Tak... Nak dating jap, apa-apa roger ya kak.” Kata Tengku Adam Haiqal sambil tersenyum girang.
Jarang tengok bosnya itu ceria sebegitu sejak dia berkerja dengan Tengku Adam Haiqal. Lelaki itu tidak banyak bicara, hidup dalam dunianya sahaja. Mungkin benar hatinya sedang berbunga-bunga, bisik Kak Sham sendiri sambil tersenyum sendiri.
“Assalamualaikum...Boleh tanya Doktor Puteri habis syif pukul berapa ya.” Kalau ikutkan kiranya kalau Puteri syif pagi dalam setengah jam habislah syif paginya tu.
“Walaikumusalam, sekejap ya Encik.” Kata Cik Nurse dimeja kaunter Hospital itu.
“Seri... Doktor Puteri dah habis syif pukul berapa ya?” Tanya Cik Nurse kaunter pada rakannya yang baru masuk ke situ.
“Encik ini Nurse Seri, staf bawah selian Doktor Puteri.” Cik Nurse Kaunter perkenalan Cik Nurse Seri padanya.
“Ehh Tengku...Doktor Puteri bercuti hari ini. Dia bercuti tiga hari katanya balik ke kampung ada kenduri kahwin.” Sengaja Seri menekamkan perkataan kahwin itu. Dia ingin melihat lelaki yang telah mencuri hati bosnya itu memberi reaksi.
“Cuti hadiri majlis kahwin atau dia yang...” Sela Tengku Adam Haiqal pada Nurse Seri didepannya.
“Tak pasti pula saya siapa yang berkahwin Tengku, cubalah Tengku call dia.” Saran Nurse Seri lagi.
Nurse Seri menyimpul senyum dihatinya, Riak kegelisahan dimata lelaki itu akan apa yang dia katakan tadi, menjawab segala persoalan yag menjadi teka-teki mereka selama ini. Tengku Adam Haiqal memang menyukai bosnya itu. Tapi ego seorang lelaki kaya memang begitu agaknya.
“Tak pe nanti saya call dia. Oleh kerana bos awak bercuti awak ajelah terima ini.” Tengku Adam Haiqal menghulurkan bag kertas berisi fastfood yang dibelinya tadi. Punah harapannya untuk memujuk gadis itu.
Akal pendeknya turut berbisik, benarkah Puteri menghadiri kenduri kahwin atau dia sebenarnya berkahwin. Ngeri Tengku Adam Haiqal memikirkannya. Jangan pula masin kata-kata Haris beberapa hari lepas. Bukan saja gigit jari, boleh hancur lebur hatinya yang baru mula terbuka untuk menyintai seorang bergelar wanita.
Dia tak boleh mengalah dengan anggapannya itu. Telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya.
Nombor yang dihubungi tidak berjawab dan kemudian masuk ke pesanan suara. Bertambah galau hati Tengku Adam Haiqal dengan stuasi itu. Apakah dia sudah terlambat memiliki hati wanita impiannya itu. Tengku Adam Haiqal mengusap kepalanya beberapa kali. Buntu fikirannya kini.

"Thank You All....Enjoy Reading muah2...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience