Selepas balik dari Genting Highland beberapa hari yang lepas Tengku Adam Haiqal terus menyepikan diri. Tiada langsung panggilan telefon ataupun pesanan ringkas dari lelaki itu. Puteri sudah pasrah dengan apa yang terjadi. Dia perlu jujur dengan keadaan yang dia alami sekarang. Semalam dia menerima panggilan telefon dari lelaki yang bergelar tunangannya itu. Lelaki itu masih diluar negara kerana urusan perkerjaannya. Perbualan mereka hanya sekadar bertanya khabar. Dan memesan agar dia menjaga diri. Pertunangan yang melalui jarak jauh ini makin membuatkan Puteri teruja. Entah kenapa reaksi Adam yang dulu agak dingin seolah berubah. Lelaki itu semakin rajin membuat paggilan dan menghantar pesanan ringkas untuknya. Sesekali dia menerima kiriman bunga dari lelaki itu.
Puteri sendiri makin lama merasa makin selesa dengan lelaki itu. Adakah lelaki ini yang dilorong oleh Allah untuk jodohnya. Namun sesekali bila dia teringatkan Tengku Adam Haiqal hatinya terasa ngilu. Disudut hatinya yang paling dalam nama lelaki itu masih tetap terus wujud disitu. Namun sikap lelaki itu yang terus berdiam diri menyebabkan dia pasrah dengan apa yang Allah tentukan untuknya. Dia sudah terlalu penat untuk memikirkannya.
“Kenapa ni Puteri, dari tadi Lia tengok Puteri resah gelisah je.” Ucap Aliana setelah masuk kebiliknya sebentar tadi.
“Tengku Adam Haiqal langsung tak hubungi aku. Memang itu yang sepatutnya. Tapi entahlah hati aku ni pula yang terasa kehilangan.” Puteri termangu sendiri memandang sahabatnya dengan wajah yang kosong sekosong hatinya kini.
“Apa sebenarnya terjadi di Genting hari tu. Lia tengok anak raja tu bukan main take care lagi. Mata tu tak lepas pandang Puteri. Kalian bergaduh ke?” Soal Aliana meminta pengertian darinya.
“Tak kami tak bertengkar apa-apa pun cuma...” Puteri tidak tahu mahu memulakan dari mana untuk bercerita pada sahabatnya itu.
“Ok kita ada satu jam waktu rehat ni, tak makan pun tak apa hari ini. Cepat cerita kat Lia apa sebenarnya ni. Lia tahu Puteri ada sorok sesuatu dari Lia kan?” Sela Aliana sambil menutup pintu bilik dan duduk semula dikerusi didepan mejanya.
Puteri dengan serba salah membuka semua cerita tentang segala yang belaku padanya sejak beberapa bulan ini pada sahabat baiknya itu. Sudah begitu lama dia pendamkan rasa hatinya. Makin terseksa untuk melepaskan segala yang membekam didadanya. Memilih Tengku Adam Haiqal dia akan melukakan hati keluarganya. Memilih Adam dia akan melukakan hatinya sendiri yang sudah semakin menyukai lelaki bergelar anak raja itu. Setelah dia nekad berterus terang dengan Tengku Adam Haiqal dia pula yang terasa sangat kehilangan. Tiada lagi renungan mata redup lelaki itu, usikannya, perangai belagak poyo lagi berkuasa yang selalu membuatkan dia marah-marah sayang itu. Sudah hampir seminggu lelaki itu hilang lesap dan selama itulah hatinya keresahan sendiri. Kalaupun mereka tidak berjodoh, tak boleh ke lelaki itu sekadar menjadi teman bicaranya. Cukuplah dia dapat menatap lelaki itu bagi mengubat kerinduannya. Memulih semangatnya. Puteri tahu kemahuannya itu terlampau. Dia seolah memberi harapan pada Tengku Adam Haiqal tapi sekurangnya berilah dia masa untuk melepaskan lelaki itu sedikit demi sedikit. Kejamnya seorang Puteri. Demi memikirkan hatinya sendiri, kehendaknya itu secara tidak langsung meluakkan hati Tengku Adam Haiqal. Lagi lama lelaki itu bersamanya bagaimana nanti selepas dia berkahwin. Bukankah kemahuannya itu akan melukakan hati Tengku Adam Haiqal akhirnya. Selfishnya kau Puteri.
Tentang adam pula, Puteri tidak tahu sejauhmana dia dapat mendekat dengan lelaki itu. Mengenali lelaki itu ibarat bayang-bayang yang selalu mengekorinya namun tidak bisa disentuh dan dilihat secara zahir. Tapi sesekali bila bercakap dengan lelaki itu ditelefon, Puteri terasa terhibur dan seolah dapat melupakan pemilik nama Tengku Adam Haiqal itu. Entahlah Puteri serabut dengan hatinya yang degil sekali. Apapun kehendak hatinya dipengakhirannya dia dan Tengku Adam Haiqal tetap akan terluka.
“Kau terima pertunangan itu macam tu aje. Atuk dan ibu ayah bukan paksa kau kan? Puteri berbincanglah dengan mereka. Luahkan apa yang kau rasa sekarang. Siapa Tengku Adam Haiqal dalam hati kau. Atuk,ibu dan ayah mesti faham.” Marah Aliana dengan penerimaan Puteri yang sebegitu. Ini soal masa depan kot.
“Betul Lia. Puteri memang boleh bincang dengan atuk, ibu dan ayah tapi dah terlambat kot.” Putus Puteri lemah dengan kealfaannya sendiri.
“Apa yang lambatnya kau bukan jadi isteri si Adam tu lagi. Jumpa pun belum.” Marah Aliana pula.
“Tapi kalau aku terus terang dengan Atuk, ibu dan ayah sekalipun, Tengku Adam Haiqal sudah menghilang Lia, selepas penolakkan aku hari tu lelaki itu terus hilang tanpa khabar berita. Panggilannya juga masuk voice mail jer.” Suara pasrah Puteri yang kelihatan benar-benar terkilan atas perbuatannya sendiri.
“Aduhhhh. Kau tahu cara nak cari lelaki itu.” Tanya Aliana pula.
“Tahu, tapi tak perlulah. Buat malu jer aku dah tolak dia, takkan nak terhegeh-hegeh plak.” Kata Puteri bernada kecewa.
“Ini soal hati Puteri Ayuni. Biarlah terhegeh-hegeh pun, yang penting kau dan dia sama-sama tahu hati masing-masing.” Tinggi suara Aliana yang mula hilang kesabarannya dengan sikap redha ala-ala perempuan melayu terakhir sahabatnya itu.
“Tapi, Aku hanya tahu Villa bondanya sahaja. Itupun Cuma sekali aku kesana secara kebetulan. Biarlah Lia mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh aku.” Pasrah sekali suara sahabatnya itu.
“Doa puteri. Buat solat Istikharah. Minta pertunjuk dariNYA. Kalau ditakdirkan dia jodoh kau, Segalanya akan berlaku terjadi juga.” Aliana hilang kata-kata memujuk hati sahabatnya itu. Meminta pada Allah adalah cara yang terbaik sekarang ini. Apapun biarlah segalanya berlaku atas kehendakNYA.
Aliana seakan pasrah melihat riak kekecewaan yang terpamer diwajah sahabat baiknya itu. Sekian lama menanti seorang insan yang bisa membuka semula hatinya selepas pemergian arwah Saiful dulu benar-benar berakhir dengan kekecewaan yang bukan sedikit pada sahabatnya itu. Hadirnya Tengku Adam Haiqal yang berjaya membuka hatinya tapi diduga dengan keadaan sebaliknya pula. Kesian Puteri keluh Aliana didalam hatinya.
"Thank You semua....InsyaAllah Sutera cuba updated satu hari satu chpater ya.....Enjoy reading.....
Share this novel