BAB 27 - KENDURI

Romance Completed 85459

Majlis kenduri kahwin anak sepupu ayahnya berlangsung dengan meriah sekali, Puteri yang menjadi pengiring pengantin juga turut terkena tempiasnya. Makcik pakciknya bertanya soalan cepucemas yang bertalu-talu, Siap Mak Long Leha minta green light nak kenalkan calon lagi. Anak saudara belah suaminya baru balik luar negara katanya. Macam biasa sesi promosi oleh Mak Long Lehanya. Naik tepu telinga Puteri menadah dan menahan jiwa raga menghadap mulut-mulut makcik-makcik sepupu ayahnya yang tak habis-habis tanyakan soal hatinya.
“Puteri kalau tak ada calon lagi, Mak Long Leha ada calon yang sesuai sangat dengan kamu.” Pantas betul kerja Mak Long Lehanya itu.
“Tak apa Mak Long Puteri dah ada calon... calon Mak Long tu pun tak boleh tandingi, InsyaAllah suatu hari Puteri bawa balik ke sini.” Puteri menabur janji semanis gula. Padahal dia sebenarnya sedang memasang perangkap diri sendiri.
Puteri menoleh ibunya, Ibu mengangkat kening memandang tunak padanya. Dengan Mak Long Leha jangan dijanjikan bulan bintang, cari penyakit namanya. Begitulah isyarat mata yang dihantar Ibunya. Kalau tidak salah penaksirannyalah.
Tengku Adam Haiqal...Lelaki itukah yang diharapkannya. Seperti apa yang tergambar difikirannya. Lelaki yang berdiam diri dan semakin jauh darinya. Berangankan lelaki itu seperti dia sengaja meletakkan dirinya dalam angan-angan Mat Jenin. Abaikanlah Puteri dia bukan untukmu, pujuk hatinya sendiri.
Puteri kemudian cuba mengalih pandang kepada Nina anak dara Mak Long Leha yang dari tadi berdiam diri. Dua pupunya itu sudah selamat bertunang dengan pilihan keluarganya. Dalam satu sesi nampak macam redha tapi bila diamati seperti bertunang paksa rela. Semalam dia sempat bergosip dengan Aisya yang jadi pengantin hari ini. Nina terpaksa bertunang kerana dia telah ditangkap khalwat dengan anak jirannya yang sudah lama tergila-gilakannya. Dia sendiri pun dalam dilena kerana diperangkap lelaki itu ketika berseorangan dirumah. Demi menutup aib kedua keluarganya mereka ditunangkan dan majlis akad nikah akan diadakan dalam masa dua bulan dari sekarang. Kesian Nina. Kalau dialah dipaksa begitu sudah lama dia cabut lari.
Walaupun Puteri tidak begitu rapat dengan Nina, namun sebagai wanita dia turut bersimpati dengan nasibnya.
Selesai majlis kenduri kahwin dirumah Mak Usu Ita itu, Puteri menapak balik dengan berjalan kaki mengikut lorong-lorong rumah kampung yang memang didirikan secara berselerak itu. Adat berkampung memang begitu rumah jiran macam rumah kita. Paling tidak gulai rumah jiran akan jadi salah satu hidangan di rumah kita juga. Begitulah hebatnya keakraban hidup dikampung.
“Assalamualaikum...ko ni balik sepupu kahwin atau kau yang berkahwin ni.” Terjah sahabatnya Aliana ditalian sana.
“Kalau aku pun apalah salahnya, manalah tau ada Putera Raja nak datang melamar. Aku on jer.” Sela Puteri membalas usikan sahabatnya itu.
“Ini aku nak bagitahulah ni, Putera Raja tu datang cari ko kat sini semalam wei.” Sela Aliana ditalian.
“Cari aku, konpius ni.” Puteri berfikir sendiri bukan dia tidak nampak lelaki itu dikelompok geng-geng motobikenya kelmarin malam. Reaksi lelaki itu membuatkan dia sedaya upaya berdamai dengan hatinya agar meluputkan semua kenangan bersama lelaki itu.
“Iya semalam dia cari kau, kebetulan Seri ada di kaunter dia yang memaklumkan pada Putera Raja tu kau bercuti. Katanya dia akan hubungi ko, ada ke apa-apa pesanan cinta yang ko dapat.” Usik sahabatnya lagi.
“Mana ada, Abaikan jer Lia mungkin dia hanya mencari aku untuk sekadar bertanya khabar saja kot. Dia kan lama di Lubnan hari tu.” Ujur Puteri lebih kepada menyedapkan hati sendiri.
“Dah pulak, lain macam aje bunyinya tu. Oklah wei aku nak masuk syif dah ni. Ko jangan lupa balik tau. Aku banyak gossip hot& spicy ni.”Ujurnya tertawa sakan.
“Iyalah Doktor Aliana sayang…tak habis-habis gossip hot & spicy ko tu. Oklah kerja elok-elok tau jangan dok bercinta aje.” Perli Puteri pada sahabatnya itu. Dia tahu Aliana sedang berkawan baik dengan Doktor Imran. Apakah hati Aliana sudah melepaskan lelaki yang sangat digilainya sejak dari Universiti itu. Boleh tahan juga penangan Doktor Imran ni. Puteri tersenyum sendiri. Hati manusia hakmilik Allah S.W.T kan. Segalanya boleh berlaku bisik hati Puteri.

"Thank you All.... Sorry terpaksa slowkan Updatednya....Busy bebenor wei... Happy Reading ya...Muah2....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience