BAB 47- KORBAN CINTA

Romance Completed 85459

Hampir sebulan dia tidak menemui pemilik nama Harith sahabatnya itu. Sibuk benar CEO seorang ini. Kebetulan hari ini dia cuti untuk bertukar syif. Hari ini dia bukan saja menemani Aliana dan Imran mencuba persalinan pengantin tapi dia juga turut melaram sama. Pekerja butik itu yang sangat supporting melayan kerenah mereka. Bukan hanya mencuba persalinan pengantin mereka juga turut berposing sakan dipelamin butik tersebut. Ketibaan Harith menambahkan lagi riuh rendah mereka berempat.
Selepas menemani sahabatnya Aliana dan Imran mencuba persalinan pengantin dibutik mewah itu mereka akhirnya berpecah ke haluan masing-masing. Seperti yang dijanjikan Harith membawa Puteri ke tempat yang telah dirancangannya sejak awal. Harith mengajaknya ke Kuala Lumpur berjalan-jalan melihat keindahan ibu kota yang tidak pernah surut dengan manusia itu.
“Puteri mesti laparkan?” Ujur lelaki disebelahnya itu memecah kesunyian antara mereka.
“Lapar la juga, pagi tadi sarapan roti canai jer.” Sela Puteri berterus terang.
“Harith drive thru jer ya. Sebab dinner nanti Harith dah tempah tempat special untuk kita. Boleh?”
Mereka akhirnya masuk ke pandu lalu restoran makanan segera yang kebetulan bersebelahan dengan jalan ke arah Kuala Lumpur itu. Cukup dengan sebiji burger dan air untuk mengalas perut masing-masing.
Masuk ke ruang cafe eksklusif yang ditempat khas oleh Harith... Puteri seolah tertegun seketika. bukan sebarang tempahan yang dibuat oleh lelaki itu. Berdebar pula rasa hati Puteri saat itu. Dia bukan tidak bisa menilai hasrat yang terpendam oleh lelaki itu padanya, tapi dia cuba untuk menidakkan rasa yang cuba disampaikan oleh lelaki didepannya itu.
"Jemput duduk..." Pelawa Harith sambil menarik kerusi untuk gadis itu.
"Thanks....Lain macam benar CEO nak bagi makan free hari ni. Dapat projek juta-juta ke?"usik Puteri sambil melabuhkan duduk dikerusi yang ditarik oleh Harith tadi.
"Mestilah special untuk orang yang special kan?" Harith membalas usikkan gadis yang telah sekian lama mengikat hatinya itu.
Setelah duduk mereka dihidangkan makanan yang telah dipesan khas oleh Harith.
"Jemput makan... Harith yakin semua ni makanan kesukaan puteri kan?" Ujur lelaki itu.
"Wau... banyak sangat ni, esok puteri kena sambung cuti lagi sehari ni." selanya pula.
"Kenapa sampai nak sambung cuti plak." Tanya Harith keliru.
"Jadi ular sawa... kena lebih 24 jam nak hadap semua makanan sedap-sedap ni." Sambungnya lagi sambil tersenggih comel.
Harith hanya ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, memang bersama gadis itu hilang segala duka laranya. Sejak dulu keceriaan gadis itu selalu membuat dia tersenyum. Walau sebesar mana pun masalah dia bila bersama Puteri bagai hilang lesap semua rasa itu. Kerana itulah aura gadis itu terus mengikatnya hingga kini.
Selepas makan malam itu, mereka kemudiannya dihidangkan dengan pencuci mulut Strawberi Arnaud kesukaannya. Baru dia memasukkan sesuap potongan pencuci mulut itu ke mulutnya Harith menghulurkan satu kotak kecil berbentuk segi empat berwarna putih gading.
"Harith harap Puteri sudi agar kita bukan sekadar berteman seperti dulu. Harith benar-benar sukakan Puteri sejak kita masih belajar dulu lagi." Ujurnya senafas. Pandangan tunak lelaki itu menyebabkan Puteri kelu seketika. Mengecewakan hati lelaki itu sekali lagi bukanlah pilihannya. Dia juga pernah menyukai lelaki itu suatu masa dulu. Namun ikatan yang telah diputuskan oleh keluarga menyebabkan dia terpaksa mengecewakan sekali lagi hati lelaki sebaik Harith.
Kalaulah hatinya tidak terikat begini sudah pasti salam kasih lelaki itu disambutnya dengan berlapang dada.
"Maafkan Puteri... bukan tiada rasa itu dihati Puteri tapi status kita sudah berbeza." Luah Puteri sambil menolak semula kotak kecil berwarna putih gading itu ke arah Harith.
"Tapi kenapa Puteri, bertahun Harith tunggu saat ini. Dulu kerana arwah Saiful sekarang apa pula." Agak tegang suara lelaki didepannya itu.
"Bukan begitu Harith, Kalaulah boleh Puteri akan membuka seluasnya hati ini untuk Harith." Ujur puteri pelahan.
"Tapi kenapa?" Jatuh pandangan keliru di mata lelaki itu.
"Puteri sekarang tunangan orang Harith." Selanya agak sayu.
"Tunang? Siapa?" Suara terkejut Harith bukan sedikit memandang tunak padanya.
"Entah Puteri pun tak kenal." Ujurnya menambah lagi kekeliruan lelaki didepannya itu.
Puteri akhirnya menceritakan segala yang terjadi diantara dia dan lelaki pilihan keluarganya itu. Puteri tidak mahu berbohong pada Harith tentang status dirinya. Cukuplah sekali dia pernah melukakan hati lelaki itu dulu. Walaupun dihatinya pernah terpahat nama lelaki itu dulu, namun semua ini adalah ketentuan yang telah Allah tentukan untuknya. Walaupun mereka diberi peluang bertemu semula. Namun telah tertulis jodoh bukan milik mereka berdua sejak dari awal lagi.

"Thank all sabar menunggu.....tak dapat nak updated lebih kerap... sedang menyiapkan manuskrip lain.... InsyaAllah akan diusahakan sehingga edding ya...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience