BAB 53 - MADAH BERHELAH

Romance Completed 85459

Selepas berakhir syif petangnya itu. Doktor Puteri akan bermalam dihospital sahaja untuk 2 hari ini bagi memenuhi permintaan Puan Sri Tengku Norish untuk menjaga Tengku Adam Haiqal yang baru sedar dari komanya itu. Selepas membersihkan diri dan bersolat isyak baru la dia akan naik ke bilik lelaki itu. Mujurlah dia ada simpan beberapa baju emengency dilaci bilik kerjanya.
Melangkah masuk ke bilik lelaki itu, Doktor puteri melihat lelaki itu sedang tidur mengiring ke arah tingkat. Sewaktu dia masuk tadi lelaki itu langsung tidak bergerak.
Setelah memeriksa drip yang terpasang ditangan lelaki itu masih penuh lagi dan baru ditukar. Doktor Puteri kemudian menutup lampu dan hanya memasang lampu sisi yang agak malap untuk tidak menganggu lelaki itu. Oleh kerana Puteri melihat lelaki dikatil itu sudah terlena dia melabuhkan duduk di sofa bersebelah katilnya.
“Doktor boleh saya nak ke tandas.” Toleh Tengku Adam Haiqal kepada Doktor Puteri yang baru hendak melabuhkan duduk itu.
“Boleh... nak saya bukakan drip atau nak tolak aje pole stand rod tu ke tandas.” Doktor Puteri menyoal pula.
“Buka la saya nak tukar pakaian sekali. Baju ni saya pakai dari tengahari tadi lagi.” Ujurnya pula.
Doktor Puteri melangkah ke almari mengambil 1 set pesalinan baju tidur lelaki itu. Selepas membuka drip ditangannya. Doktor Puteri memimpin lelaki itu ke tandas. Persalinan baju lelaki itu disangkut dirak dan tuala diletak dipenyangkutnya. Setelah itu Doktor Puteri melangkah keluar bagi memberi ruang kepada lelaki itu masuk ke tandas tersebut bagi membersihkan diri.
“Boleh ke?” Tanya puteri
“Kalau tak boleh, doktor nak temankan saya kat dalam ke?” Tanya Tengku Adam Haiqal pula.
“Apa-apa panggil saya di luar.” Doktor Puteri hanya buat muka selamba sahaja sambil menarik pintu bilik air itu.
Setelah selesai membersihkan diri Tengku Adam Haiqal melangkah ke katilnya. Baru sahaja selesai memasang semula drip ditangan lelaki itu.
“Doktor boleh buatkan saya air milo, lapar plak.” Ujurnya memandang tunak insan didepannya itu.
“Bukan dah gosok gigi ke tadi.... ok la.” Puteri malas nak bebalas kata dengan lelaki itu.
Air milo instan dibancuh dan diletakkan di meja lalu ditarik meja itu lebih dekat dengan lelaki itu. Katil dinaikkan separuh bagi memudahkan lelaki itu duduk bersandar untuk minum.
“Nak biskut atau roti sekali ke?” Tanya Doktor Puteri pula.
“Tak air jer...” Selanya.
Baru Doktor Puteri nak melangkah ke sofa...
“Doktor tolong ambilkan roti... lapar plak?” Ujur lelaki itu menoleh pandang padanya.
Malas berbalas kata Doktor Puteri terus berjalan kearahnya mengambil roti dilaci disisi katil lelaki itu lalu dihulurkan kepadanya.
Sengaja Doktor Puteri duduk di kerusi sambil membuka telefon bimbitnya membals pesanan dari Kak Hani yang bertanyakan keadaan Tengku dan memaklumkan yang lampu ruang depan rumahnya telah dipasang oleh kakak angkatnya itu.
“WhatsApp dengan siapa?” Tegur Tengku Adam Haiqal menoleh pandang padanya.
“Jiran saya... saya tidak balik malam ini, saya minta dia pasangkan lampu luar rumah.” Sela Doktor Puteri pula.
Setelah Tengku Adam Haiqal selesai minum, Doktor Puteri mengambil Mug dan mengemas mejanya.Tengku Adam Haiqal hanya memerhati segala yang dilakukan Doktor Puteri disepannya itu. Walaupun rasa tidak selesa Doktor Puteri hanya membiarkan sahaja mata lelaki itu yang tidak lepas merenungnya.
Setelah selesai mengelap dan memasukkan semula Mug itu Doktor Puteri melangkah ke katil lelaki itu untuk membetulkan meja dan katilnya.
“Saya nak duduk dulu sebentar... perut masih full ni.” Ucapnya bila Doktor Puteri hendak membetulkan katilnya.
“Ooooo ok...apa-apa panggil saya disofa.” Ujur Doktor Puteri sambil membawa langkah ke sofa.
Baru beberapa minit berlalu lelaki itu turun dari katilnya. Melihat susah payah lelaki itu menarik pole stand rod dripnya Doktor Puteri menghampiri lelaki itu.
“Nak ke mana?” Tanya Doktor Puteri
“Tandas...”
“Haah lagi...”
“Nak gosok gigi sekali lagi... tadi kan makan” Ujurnya.
Walaupun hati Doktor Puteri mula teras panas dengan sikap mengada-gada lelaki didepannya itu. Doktor Puteri hanya melayan sahaja kemahuan lelaki itu. Walaupun dalam hatinya sudah terasa percikan bahang seribu rasa terhadap lelaki itu . Macam ni ke orang hilang ingatan. Perlakukan orang yang dia tidak kenal berkali-kali. Patutnya kalau sudah tak kenal dengannya.. dia tak adalah tanpa segan silu mengarah itu ini. Hampir pukul 12.30 malam baru lelaki itu merebahkan badannya. Puteri pula hanya duduk dikerusi bersebelahan lelaki itu. Sehinggalah dia sendiri tertidur di sisi katil lelaki itu kerana keletihan.
Ketika dia terjaga pagi tadi, dia perasaan selimut yang terletak di sofa telah melingkar di bahunya. Siapa pula yang masuk kesitu menyelimutinya. Mungkin Seri kot... masuk memeriksa drip lelaki itu. Oleh kerana keletihan Doktor Puteri malas memikirkannya lagi.
Pagi itu selepas menbersihkan diri dan bersolat subuh. Doktor puteri menukar air panas dan mengeluarkan roti dari dalam laci dan diletakkan di meja makan lelaki itu.. Doktor Puteri melangkah ke almari mengambil segala barang peribadi lelaki itu untuk dia mandi dan bertukar pakaian sekejap lagi. Perancangannya selepas selesai lawatan Doktor Adri nanti Doktor Puteri merancang untuk kembali kerumahnya sekejap mandi berehat dan mengambil keperluannya yang lain.
Selepas Doktor Adri membuat pantauan tentang keadaan Tengku Adam Haiqal. Keadaan lelaki itu sudah semakin pulih,mungkin keesokkan hari sudah boleh keluar. Doktor Puteri berasa sedikit lega untuk meninggalkan lelaki itu sekejap lagi. Dia bercadang untuk balik ke rumahya sekejap. Mandi dan menukar pakaiannya untuk dia masuk semula bagi syif petang. Sementara kepulangannya Doktor Puteri meminta Seri untuk memantau keadaan lelaki itu.

Upated very slowly.....seminggu kalau sempat pun 2 bab ye....sabar ya sayang-sayang semua.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience