Hampir dua minggu lebih Tengku Adam Haiqal keluar dari hospital dan selama itu jugalah lelaki itu menyepikan diri. Entah apa khabar tentang keadaannya. Selepas peristiwa yang belaku pada malam itu antara mereka terus tergantung begitu. Tengku Adam Haiqal sudah tidak mengenalinya dan mungkin inilah pengakhiran segala yang terwujud antara mereka suatu masa dulu. Biarkanlah Doktor Puteri malas mahu memikirkannya lagi.
Panggilan telefon dari lelaki yang ditunangkan dengannya juga telah berakhir semenjak dia menyatakan hasratnya untuk memutuskan ikatan pertunangan dengan lelaki itu. Biarlah dia ingin melepaskan semua yang menyesakkan dadanya selama ini. Mungkin telah ditentukan Allah hidupnya begitu. Selamanya hati dia harus menerima apa jua yang ditakdirkan untuknya.
Kebetulan hari ini Doktor Puteri cuti bertukar syif. Hasrat hatinya dia ingin pergi mencari ketenangan buat hatinya. Kalaupun bukan untuk bershopping mungkin berada ditempat yang dikelilingi manusia yang pelbagai ragam hatinya akan sedikit tenang. Doktor Puteri masuk ke sebuah butik bag tangan wanita yang mempamerkan pelbagai jenama mewah. Hasratnya hanya untuk mencuci mata atau ala-ala berangan-angan. Walaupun bukan untuk memiliki barangan tersebut cukup sekadar membelek-belek harga yang tertera di bahagian tag nya sahaja.
“Doktor Puteri... tak sangka bertemu disini?” Tegur Tengku Edora disebelahnya.
“Tengku sihat...?” Balas Doktor Puteri pula.
“Edora jer... doktor dengan siapa ni?” Selanya pula.
“Puteri sorang jer. Kebetulan hari ini cuti bertukar syif... saja jer keluar cuci-cuci mata.” Ujur Doktor Puteri lagi.
“Ini barang you...” Sapa satu suara dari arah belakang.
“Harith....” Doktor Puteri tergamam seketika bila melihat kelibat lelaki yang amat dikenalinya itu.
“Pu...Puteri dengan siapa ni?” Tanyanya yang agak terkejut. Setelah hampir sebulan lebih mereka tidak bertemu sejak penyataan cinta kali keduanya berakhir dengan kekecewaan sekali lagi.
Harith memang sangat kecewa tapi apakan daya mungkin sejak awal wanita idamannya itu memang bukan ditakdirkan untuknya. Dia sudah pasrah. Tetapi pertemuan semula dengan wanita itu membuatkan dia sedikit serba salah. Selama hampir sebulan lebih dia menyepikan diri. Semua whattasap dan call dari wanita itu langsung tidak dibalasnya. Bukan dia ingin memutuskan persahabatan mereka tetapi lebih kepada memujuk hatinya sendiri agar melepaskan apa yang tersimpan dihatinya sekian lama.
Melihat Tengku Edora mengepit tangan Harith membuatkan Doktor Puteri faham sendiri yang antara mereka seperti ada sesuatu yang baru berputik. Walaupun hatinya sedikit rasa kecewa dan terkilan dengan dirinya sendiri. Namun itulah adalah yang terbaik buat Harith sudah dua kali dia mengecewakan lelaki itu. Dan layaklah lelaki itu mendapat wanita yang sebaik Tengku Edora dan setaraf dengannya.
“Kami hendak pergi makan... why not Puteri join sekali? Bolehkan sayang?” Ujur Tengku Edora sambil memandang ke arah Harith yang hanya berdiam diri dari tadi.
“Alaa sorry.... Puteri baru lepas makan tadi. Ini yang ronda-ronda cuci mata. Its ok...you all berdua teruskan ya.” Ujur Doktor Puteri menolak pelawaan Tengku Edora dengan lembut dan seolah dia merestui dengan pilihan lelaki yang pernah ada tempat dihatinya dulu.
Dia tahu pandangan Harith agak keberatan untuk mengajaknya sekali. Dan kalau dia belum makan sekalipun dia tidak akan menganggu apa yang baru terhidang didepan matanya itu. Harith sudah memilih bahagianya. Semasa dia berterus terang dengan Harith tempohari, dia sudah nekad melepaskan leaki itu mencari yang terbaik untuknya. Sebagai sahabat lama dia hanya mendoakan kebahagian lelaki itu. Memilih Tengku Edora adalah yang terbaik dan pasti lelaki itu akan mencapai bahagianya. Tengku Edora gadis yang baik. Walaupun dia bukan dari kalangan orang-orang biasa tetapi sikap dan perlakuan gadis itu sangat baik bukan seperti anak-anak orang kenamaan yang lepas laku hidup mereka.
Selepas pertemuan dengan Harith dan Tengku Edora tadi Doktor Puteri memutuskan untuk keluar saja dari pusat membeli belah itu. Hasrat hatinya untuk merawat hatinya yang semakin rapuh itu menjadi beku terus. Bukan Doktor Puteri tamak tapi hatinya terasa benar-benar kosong dan sepi. Segalanya sudah berakhir. Pada akhirnya dia tetap sendiri. Malas mahu memikirkannya Doktor Puteri mengubah pemanduannya ke arah Pusat Perubatan tempat dia bertugas. Sekarang waktu rehat mungkin dengan bercerita dengan satu-satunya sahabat baiknya dia akan sedikit tenang.
“Tengku....” Sapa Doktor Puteri kebetulan berselisih dengan Tengku Natasha bersama Tengku Adam Haiqal yang baru keluar dari bilik Doktor Adri untuk rawatan susulan duganya.
“Ingatkan Doktor cuti... Doktor Adri kata Doktor bercuti hari ini.” Ujur Tengku Natasha disebelah Tengku Adam Haiqal. Lelaki disebelahnya hanya diam tidak berkutik.
“Iya cuti hari ini.... bosan dirumah, kebetulan keluar membeli barang tadi terus ke sini.” Ujur Doktor Puteri pula.
“Sudah selesai pemeriksaanya ya...” Tanya Doktor Puteri sekadar berbasi-basi. Lelaki di sebeleh Tengku Natsaha mula melangkah meninggalkan mereka.
“Ok la Doktor nanti kita borak lagi. Tengku tu tak berapa sihat hari ni. Kami balik dulu ya.” Balas Tengku Natasha sambil turut berlalu mengejar lelaki itu yang sudah keluar ke lobi Pusat Perubatan tersebut.
Doktor Puteri terus melangkah ke bilik Doktor Adri. Dia perlu tahu tentang keadaan lelaki itu. Kebetulan ketika itu Doktor Adri baru keluar dari biliknya untuk ke kafe hospital.
“Puteri... bukan cuti ke hari ini?” Ujurnya sambil memandang gadis yang juga pernah menjentik hatinya suatu masa dulu. Namun bila mengetahui tentang hubungan Doktor muda itu dengan lelaki yang baru keluar dari biliknya tadi. Doktor Adri mematikan semua rasa yang pernah tumbuh dihatinya itu.
“Cuti... tadi pergi ambil barang tertinggal dibilik kejap.” Ujurnya tersenyum.
“Kalau tak rushing jom kita makan tengahari.” Pelawa Doktor Adri pula.
“Boleh juga...” Jawab Puteri bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Memang hasratnya untuk bertanyakan tentang keadaan Tengku Adam Haiqal pada lelaki itu.
“ Kita makan kat luar la kalau begitu...” Sela Doktor Adri pula.
“Boleh jer....” Balas Doktor Puteri sambil berjalan beriringan dengan lelaki itu.
Sesampai direstoran itu, mereka mengambil sudut hujung meja yang agak jauh juga dari kaunter utama. Mungkin waktu makan tengahri orang mulai ramai masuk kesitu untuk menjamu selera.
“Macam mana hubungan you dengan tunang you tu?” Ujur Doktor Adri setelah mereka sama-sama sudah menjamah makanan masing-masing.
“Entahlah... Puteri serahkan pada keluarga jer. Kalau berjodoh adalah kalau sebaliknya pun. Biarlah Allah yang tentukan.” Sela Doktor Puteri lagi. Berita pertunangannya mungkin sudah sampai ke peringkat atasan. Semuanya kerana dia terpaksa memohon cuti untuk balik ke kampung tempohari. Dia beralasan yang keluarganya minta balik atas urusan pertunangan yang terpaksa diselesaikan.
“Insya Allah... Dia pun dah ok, saya doakan semuanya dipermudahkan.” Ujur Doktor Adri lagi.
“Oh ya... tadi Puteri ada terjumpa dengan Tengku Adam Haiqal kat hospital. Macam mana keadaannya ya.” Ujur Puteri bertanya seolah sekadar berbasi-basi.
“Alhamdulilah.... keadaannya sudah normal. Ingatannya juga sudah pulih 100 peratus.” Ulas Doktor Adri didepannya.
Maknanya lelaki itu sudah pulih. Dan sepatutnya lelaki itu sudah mengenalinya. Tapi kenapa tadi dia bertingkah seolah langsung tidak mengenalinya. Menoleh pandang padanya juga tidak. Hati Doktor Puteri keliru sendiri.
Selepas makan tengahari itu. Mereka berdua menapak ke kaunter utama untuk membayar makanan tengahari itu.
“Oooo makan tengahri tuan dan puan sudah dibayar oleh pelangan yang baju biru disana tu.” Ujur budak dikaunter restoran itu.
Mereka berdua menoleh serentak ke arah yang ditunjukkan oleh budak kaunter itu. Tengku Adam Haiqal mengangkat tangan sebagai memberi isyarat pada Doktor Adri yang juga beraksi sama ketika itu.
Dari jauh Doktor Puteri hanya melihat lelaki itu dan sepupunya masuk ke dalam kereta tanpa langsung menoleh pandang padanya. Benarkah hati lelaki itu sudah tiada lagi padanya. Lelaki itu benar-benar telah melepaskannya. Hati Doktor Puteri terasa hati sakit yang bukan sedikit. Airmatanya yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah juga saat dia masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah. Setelah bergelut dengan perasaannya selama ini. Melepaskan seorang yang mengikat hatinya... teman tapi mesra dan lelaki misteri yang hadir dihidupnya serentak. Pada akhirnya sekarang hanya tinggal dia sendirian merawat kegalauan hatinya. Doktor Puteri akhirnya pasrah. Biarlah mungkin telah tertulis begitu takdir jodohnya.
Alhamdulilah....InsyaAllah Sutera cuba upload next chapter this week ya......Enjoy reading semua......
Share this novel