BAB 59 – REDHA AKHIRNYA

Romance Completed 85459

Malam itu selepas makan malam dan bersolat isyak berjemaah atuk mengajak semua ke ruang tamu bagi membincangkan tentang majlis perkahwinan Doktor Puteri yang masih tiada kata putusnya lagi. Atuk mahu mendengar sendiri dari mulut Doktor Puteri apa keputusannya kali ini. Doktor Puteri mengambil tempat disebelah atuknya. Sengaja dia bermanja di bahu atuknya. Mereka semua berkumpul di ruang tamu malam itu adalah untuk membincangkan tentang masalah pertunangannya yang belum selesai. Semasa dia berehat dibilik petang tadi ibunya telah memaklumkan padanya yang lelaki bernama Adam Kamil telah kembali dan lelaki itu ada mengunjungi rumah keluarga itu beberapa hari yang lepas. Dan bau lelaki dibiliknya juga adalah bau lelaki itu yang telah mengunakan biliknya sepanjang berada disitu. Lelaki itu memaklumkan yang dia ingin bertanyakan sekali lagi kepadanya sama ada ingin meneruskan perkahwinan ini atau memutuskannya. Dia mahu Doktor Puteri mengenalinya jika itu dapat membuka kembali pintu hati Doktor Puteri untuk menerimanya. Menurut ibu lelaki bernama Adam Kamil itu benar-benar menyukainya. Sebagai lelaki yang berstatus sehebat lelaki itu, dia boleh memiliki siapa juga yang diingininya namun rasa cinta yang wujud terhadapnya menyebabkan lelaki itu merendahlkan egonya untuk cuba memiliki hati Doktor Puteri. Keputusan nekad lelaki itu membuatkan hati Doktor Puteri yang dulu bulat mula mengendur. Tambahanpula dengan penerimaan Tengku Adam Haiqal padanya membuatkan dia berfikir semula apakah perjuangannya untuk menyatakan hasrat hati terhadap lelaki itu berbaloi. Masihkah ada lagi peluang untuknya. Menoleh pandang padanya saja lelaki itu tidak mahu apatah lagi untuk berganding hidup memimpin tanganya bersama menuju bahagia.
“Puteri tahukan kenapa atuk panggil semua hari ini?” Ucap atuk sambil memegang tangan cucu kesayangannya itu.
“Tahu atuk.” Jawab Puteri sambil menunduk. Suasana ketika itu menjadi sepi seketika, semua mata tertumpu kearahnya.
“Keluarga Adam Kamil agak keberatan untuk memutuskan pertunangan ini. Segala persiapan disebelah mereka sudah disiapkan. Beberapa hari lepas Adam Kamil sendiri datang kesini untuk berbincang dengan kami. Atuk tidak mahu membuat keputusan tanpa mengambil kira keputusan hati Puteri. Sekarang atuk nak tahu apa keputusan Puteri.” Ujur atuknya sambil menepuk-nepuk pelupuk tangan cucunya itu.
“Kami tak paksa Puteri buat keputusan sekarang kalau Puteri rasa keberatan untuk maklumkan pada kami sekarang fikirkan dahulu. Sebelum balik semula ke Shah Alam bagi tahu kami apa yang patut ayah dan atuk maklumkan pada keluarga sebelah sama.” Sela ayah disisi ibu yang cuba meredakan ketegangan di antara kami ketika itu.
“Pu... Puteri ikut saja apa keputusan atuk, ayah, ibu dan semua kali ini. Mungkin ini jodoh yang Allah pilih untuk Puteri,” Putus Puteri sambil menahan sebak. Bila ayahnya bersuara hati Puteri pasti sukar menahan sebak. Ayah walaupun nampak berdiam diri namun Puteri tahu ayah paling risaukan dirinya.
“Puteri... Kami tidak memaksa Puteri... Apa juga keputusan Puteri kami akan turuti. Ibu tidak mahu Puteri membuat keputusan kerana terpaksa. Ibu mahu Puteri miliki bahagia dengan keputusan yang terbaik yang Puteri putuskan dari hati Puteri sendiri.” Ujur ibunya pula sambil mengenggan tangannya kemas.
“Tak bu... Puteri sudah putuskan kali ini. Keikhlasan Adam Kamil terima Puteri itu sudah cukup buat Puteri yakin yang dialah lelaki yang di kirim Allah untuk Puteri bu... Atuk.” Jawab Puteri sambil memeluk atuknya disebelah.
Atuk memeluknya erat sambil mengusap kepala. Hati tuanya sedikit lega. Dia yakin lelaki yang dipilih untuk cucunya ini adalah lelaki terbaik buatnya. Dan lelaki inilah yang diinginkan oleh cucunya itu juga. Cuma stuasi yang diminta oleh bakal suami cucunya itu membuatkan mereka serba salah untuk menyakinkan Puteri yang pilihan meraka adalah lelaki yang diingini oleh cucunya itu.
Setelah kata putus diberikan olehnya kepada keluarga hatinya kini benar-benar lega. Seperti yang telah dirancang sejak awal dalam masa sebulan dia akan disatukan dengan lelaki itu. Menurut kata atuknya lelaki bernam Adam Kamil sudah bersedia menemuinya sebelum majlis mereka jika Puteri ingin memastikan yang keputusannya memilih lelaki itu adalah dengan kerelaan hatinya. Namun Puteri meminta agar pertemua antara dia dan Adam Kamil biarlah hanya belaku setelah dia sah bergelar isteri lelaki itu. Dia tidak mahu hatinya berbolah balik lagi dengan keputusan yang dia telah putuskan. Melepaskan segala yang mengikat hatinya selama ini adalah yang terbaik untuk masa depannya. Kali ini biarlah dia mengikut segala yang telah ditentukan Allah untuknya. Dia yakin lelaki yang dipilih keluarganya pastilah yang terbaik untuknya.

Enjoy reading semua....maaf minggu ini dapat updated 1 chapter jer....busy sesangat....panggilan outstation berturut-turut plak......sampai jumpa next chapter.....InsyaAllah next week ya semua......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience