Selepas selamat masuk ke dalam rumah Puteri bersandarkan badannya ke dinding bersebelahan pintu gelongsor. Debaran didadanya seperti berlari berpuluh-puluh kilometer lagaknya.
“Saya hantarkan awak balik, tunggu kejap.” Tengku Adam Haiqal bersuara setelah selesai menyimpan semula semua peralatan untuk jamper keretanya tadi.
“Tapi kereta saya dah ok, lagipun rumah saya hanya beberapa kilometer sahaja dari sini.” Kata Puteri untuk mengelakkan lelaki itu dari tahu di mana tempat tinggalnya.
“No... kalau jadi apa-apa sebelum awak sampai ke rumah macam mana?” Tegas suara lelaki itu.
“Biarlah Qal hantar, lagipun dia follow dengan motornya dari belakang aje kan. Kalau mati lagi enjim kereta tu kat simpang mana-mana yang tak ada orang lagi bahaya.” Sokong Abang Lok yang hanya memerhati dari tadi. Sambil tersenyum yang ada udang disebalik batu. Puteri Cuma mampu menayang senggih saja. Kalau Abang Lok dah bersuara berani dia nak kata tidak. Cara penyakit namanya.
Sementara menunggu Tengku Adam Haiqal mengambil motorbikenya, Puteri masuk kedalam kereta menunggu lelaki itu memberi signal yang dia sudah ready untuk bergerak.
“Saya sudah sampai ni. Awak pergilah balik.” Selepas memasukkan keretanya ke garaj. Puteri berjalan kepintu pagar dimana lelaki itu memangkirkan motornya diluar pagar rumahnya.
“Awak masuk dulu, baru saya gerak dari sini.” Tegas lelaki itu lagi.
Puteri yang mula serba salah dengan perangai diktator lelaki didepannya itu. Dia tahu macam mana dia bertegas pun. Pasti lelaki itu tetap dengan keputusannya.
“Ok la terima kasih bantu saya tadi.” Puteri berlalu masuk ke dalam rumah.
Setelah menghela nafas yang kehilangan udara sebentar tadi Puteri menyelak sedikit untuk mengintai dibalik langsir pintu gelongsor tersebut. Lelaki itu sedang membuat panggilan dan setelah beberapa ketika dia berlalu dari rumahnya. Aduhh lega...bisik hatinya.
Thank you all....sorry lama tak updated.. Enjoy Reading semua.....
Share this novel