BAB 38 - TERTIDUR

Romance Completed 85459

Hampir pukul 10 malam Tengku Adam Haiqal sampai ke Villa Bahagia bersama dengan Pak Mat dan Mak Leha. Keputusan x-ray pun menunjukkan yang tiada kecederaan yang serius yang dialami oleh Mak Leha. Cuma kaki Mak Leha terseliuh dan telah dibandiskan oleh Jururawat tadi. Untuk sementara Mak Leha kena banyak rehat dan kurangkan berjalan.
Setelah menghantarkan Mak Leha kebiliknya. Tengku Adam Haiqal menapak ke Bilik Tamu. Dia mengetuk pintu itu beberapa kali. Namun tiada pula respon dari Puteri. Tak kan Puteri dibiliknya pula. Dia kemudian menolak sedikit daun pintu untuk menjengah kedalam bilik itu. Baru dia hendak melangkah mahu untuk mengejutkan gadis itu. Bondanya menjengah dimuka pintu. Mungkin baru turun dari tingkat atas.
“Biarlah Puteri tidur disini saja malam ini. Lepas makan malam dan solat tadi terus tertidur. Penat sangat agaknya.” Sela Bondanya sambil menarik Tengku Adam Haiqal meangkah keluar dari situ.
“Tapi esok dia berkerja. Nanti terlambat pula. Lagipun merajuk pula dia nanti. Qal dah janji nak hantar dia pulang tadi lepas settlekan urusan Mak Leha.” Kata Tengku Adam Haiqal sambil berjalan membuntuti langkah Bondanya.
“Dia syif petang esok. Lepas sarapan Qal hantarlah dia balik.” Bonda dah tanya tadi.
“Oooo ok la kalau macam tu, Esok tak adalah terkejar-kejar sangat.” Kata Tengku Adam Haiqal sambil berlalu ke tangga.
“Qal naik dulu Bonda, Bonda jangan berjaga lama-lama plak dibawah tu.” Pesan Tengku Adam Haiqal yang nampak langkah Bondanya kearah bilik Mak Leha.
“Iyalah...Bonda nak jengguk Mak Leha kejap.” Katanya pula.
Selepas subuh Puteri sudah melangkah ke dapur Tengku Noris setelah mendengar Mak Leha dan Pak Mat duduk berbual-bual disitu. Kaki Mak Leha berbalut dengan bandis berwarna putih. Ditangan pula sedang mengaul tepung mungkin untuk dibuat sarapan.
“Mak Leha dah sihat? Macam mana keadaan kaki Mak Leha tu. Keputusan xray ok ke?” Tanya Puteri sambil melabuh duduk sebelah wanita itu.
“Semua ok Doktor Cuma kaki Mak Leha ni terseliuh aje... 2@3 hari baik la ni.” Ujurnya.
Puteri mengambil mangkuk yang di adun oleh Mak Leha kearahnya.
“Mak Leha nak masak apa ni? Biar Puteri yang tolong. Hari ni Mak Leha tinggal arahkan jer.” Kata Puteri menyambung mengadum tepung yang telah sebati itu.
“ini mesti Mak Leha nak buat Roti jala kan.” Teka Puteri pula.
“Pandai ujur Mak Leha. Bukan saja bijak Doktor ni mesti pandai masak ni. Tengok adunan pun dah tahu nak masak apa.” Usik mak Leha.
“Mak Leha panggil Puteri aje. Segan plak Puteri. Tak adalah pandai Mak Leha tapi takat nak lepas tekak sendiri tu boleh la.” Ujurnya malu-malu.
“Dah siap ni, Mak Leha duduk aje kat situ. Tinggal bagitahu Puteri dimana tempat peralatan nak buat roti jala ni.” Ujurnya menapak kearah dapur.
Lebih kurang setengah jam semua adunan roti jala itu sudah licin dari mangkuknya. Cekap sekali kerja Puteri menguruskan kerja-kerja dapur. Puji Mak Leha. Pak Mat telah berlalu ke porch kereta mungkin untuk menghidupkan enjin agaknya.
“Biar puteri buatkan karinya Mak Leha.” Ujur Puteri menunjuk arah peti sejuk diruang sebelah.
“Kuah kari Mak Leha dah buat semalam. Puteri ambil dalam tupperware tu dan masukkan jer kedalam periuk ni. Kita panaskan.” Ujurnya menunjukkan periuk yang patut Puteri gunakan.
Sementara menunggu kuah kari mengelegak. Puteri mencapai jug untuk membuat minuman pula.
“Nak buat air apa ni Mak Leha?” Tanya Puteri menoleh Mak Leha di kerusi.
“Puteri buatkan Kopi O untuk Tengku Adam Haiqal dan Jug tu buatkan apa-apa air yang Puteri nak minum. Puan Sri ok jer.” Ujur Mak Leha.
“Puan Sri? Maksud Mak Leha Tengku Noris tu berpangkat Puan Sri ke?” Tanya Puteri keliru. Selama ini dia hanya memanggil wanita itu denga panggilan Tengku jer. Dan wanita itu pernah juga membahasakan dia dengan panggilan Bonda. Tapi puteri terasa segan pula untuk memanggil dengan nama itu.
“Wanginya Mak Leha masak apa ni?” Ujur Tengku Adam Haiqal sambil menjengah ke dalam peruk berisi kuah kari yang sedang mengelegak itu.
“Mak Leha masak apa ni....kan saya kata dua tiga hari berehat jer, biar kaki tu pulih betul.” Ujur Puan Sri tengku Noris sambil melangkah keruang dapur itu.
“Bukan Mak Leha yang masak, Itu Doktor yang masak. Mak Leha jadi mem besar jer Puan Sri.” Usik Mak Leha sambil memandang Puteri yang sedang mengacau air kopi O di jug.
“Ya Allah, Tetamu plak yang memasak. Bonda tadi lambat sikit turun sebab menjawab panggilan Ayahanda. Tak pasal ya Mak Leha kita merasa air tangan Doktor hari ni.” Puan Sri turut mengusik bakal menantunya itu. Lagi berkenanlah dia dengan calon menantunya tu. Dah la cantik pandai masak. Kerjaya pun tak kurang hebat. Tepat sekali pilihannya itu. Kalau kali ini Tengku Adam haiqal slow jugak lagi biar dia aje yang bongkarkan sebelum calon menantunya itu dikebas orang.
“Agak-agak Bonda lulus tak untuk jadi menantu Bonda.” Usik Tengku Adam Haiqal yang berdiri disebelahnya sejak tadi.
“Bonda Onz jer, Tapi tu la Mak Leha ada orang tu slow sangat. Entahlah ada rezeki ketidak saya ni bercucu.” Usiknya pula.
Ketawa pecah diruang dapur itu. Puteri yang sedang membuat air itu sudah berona merah wajahnya. Walaupun usikkan itu bukan padanya tapi. Orang yang di maksudkan oleh Puan Sri itu adalah dia. Puan Sri terasa kesian pula pada Puteri yang berona merah wajahnya itu.
“Oklah... jom kita makan dimeja. Qal tolong angkat roti jala tu dan panggil Pak Mat sekali. Bonda nak sendukkan kuah kari ni.” Kata Bonda demi menutup usikan yang membuatkan bakal menantunya itu tersenyum malu dengan wajah berona merah.
Puteri pula keluar ke ruang makan dengan membawa dua jug air lalu diletakakn ke dalam dulang yang telah di ambil oleh Puan Sri sebenatar tadi.
Mereka berempat kemudian duduk di meja makan itu untuk bersarapan. Tan Sri dan abang Tengku Adam Haiqal pergi ke jakarta keran ada mesyuarat penting berkenaan projek mereka disana. Menurut kata Puan Sri semalam Tan Sri akan pulang malam nanti. Begitulah orang busines. Setiap saat itu adalah duit.
Selepas bersarapan Puteri masuk kebilik Tamu yang duhuninya malam tadi. Hasrat hati untuk pulang tak kesampaian. Dia terlena sehingga ke subuh. Tentulah Tengku Adam Haiqal tidak akan mengejutkannya kerana dia di bilik tamu itu.
Selepas bersalam dengan Mak Leha dan Puan Sri. Puteri meminta izin untuk pulang.
“Puan Sri, Puteri minta maaf sebab bermalam di sini semalam. Tak sangka pulak lepas solat Isyak terus tertidur.” Ujurnya malu-mali dengan kealfaannya sendiri.
“Tak payahlah panggil Puan Sri, Kita sudah kenal lama, panggil Bonda aje. Nanti kalau Puteri bercuti lagi datanglah ke sini. Boleh teman Bonda pergi Shopping.” Ujurnya membodek.
“Amboi Bonda, Qal kan selalu temankan Bonda, siap jadi bodyguard plus budak joki lagi.” Ujurnya mengusik.
“Shopping dengan orang lelaki Puteri mana ada feelling. Bonda teringin nak bershopping dengan anak perempuan. Mesti seronok kan.” Ujurnya teruja berangan.
“InsyaAllah Bonda, bila Puteri bercuti tukar Syif nanti Puteri cari Bonda, Kita g bershopping. Tapi Bonda tak payah bawak bodyguard nanti susah kita nak cuci mata.” Gurau Puteri pula sambil menjeling pada Tengku Adam Haiqal yang berdiri diluar Villa Bahagia itu. Pecah tawa mereka berdua bila dapat mengenakan Tengku Adam Haiqal yang mengeleng-gelengkan kepala. Gembira benar hati Bonda menerima kehadiran bakal menatunya itu.

"Thank You All....Sorry sayang-sayang semua terbusy plak minggu ni.....InsyaAllah Updated slowly. Enjoy Reading....Smile....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience