BAB 18 - LUNCH

Romance Completed 85469

Ketika makan tengahari Harith yang telah berjanji temu untuk makan tengahari dengannya. Tepat jam 2.00 petang lelaki itu sudah terpacak dilobi Hospital. Dari jauh dia nampak lelaki itu berdiri macam tugu negara di depan lobi hospital.
Hasrat hatinya nak mengajak Aliana sekali tapi Aliana ada on call dibilik bedah pula. Sudah banyak kali Aliana mengendeng-gendeng dengannya nak ikut jumpa Harith sekali. Kesian gadis itu. Hati yang sudah layu dulu seakan berbunga kembali terhadap lelaki itu. Namun keterujaannya tidaklah sehebat dulu. Tapi dek kerana keduanya masih single apa salahnya Puteri menjadi mastermind mereka untuk kali ini.
Mereka pergi ke Restoran tempat di mana dia, Aliana dan Imran dapat makan free. Port Favourite Dr. Imran rakan sekerjanya itu. Bukan saja dekat dengan tempat kerjanya malah makanan yang dihidang dalam bentuk buffet itu semua selera tekaknya.
Selepas mengambil makanan mereka duduk dimeja paling hujung agak tersorok juga. Lebih senang untuk mereka berbicara sambil menikmati hidang tengahri@petang itu.
“Sedapkan lauk pauk yang dihidang disini, macam-macam pilihan. Jangan lepas Harith balik Outsation nanti dah tak kenal Puteri plak.” Usik lelaki itu.
“Apoo... kalau Puteri gemuk dah tak mahu berkawan dengan Puteri dah ke?” Duga gadis itu.
“Tak adalah, kalau boleh saya nak bersanding dengan Puteri yang sekarang bukan yang 100kg. Runtuh pelamin nanti.” Balas Harith mengusik.
“Poyooo....hari tu kata ada perkara yang hendak dibincangkan?” Puteri menukar topik perbualan mereka. Harith ni bukan boleh dilayan. Seram plak.
“Oooo lupa plak, Harith akan Outstation seminggu ke Perth ada trip busines disana. Tapi lepas balik ada dinner dengan badan amal NGO yang kita selalu join tu. Boleh tak kalau Puteri jadi partner Harith malam tu. Lagipun geng-geng NGO tu pun kenal dengan Puteri.” Terang Harith panjang lebar.
“Bila tu...boleh jer cuma takut tarikh tu Puteri kena bertugas.” Balas Puteri pula.
“26 haribulan, sabtu minggu depan. Cuba Puteri check jadual dulu nanti apa-apa bagitahu Harith ya.” Usul lelaki didepannya itu.
Ketika Harith bangun untuk membuat bayaran, Puteri pula terus duduk menunggu Harith dimeja tersebut sambil membelek-belek telefon bimbitnya.
“Dengan siapa tadi tu, bukan main mesra lagi? Sinis nada suara Tengku Adam Haiqal tiba-tiba duduk di kerusi depanya.
“Te.. Tengku buat apa kat sini?” Tergagap-gagap suara Puteri dengan stuasi tiba-tiba itu.
“Patut saya text pagi tadi tak reply, ada dated istimewa hari ini. Ok lah enjoy your dated.” Perli lelaki itu sambil berlalu keluar dari situ tanpa menoleh padanya lagi. Belum sempat Puteri menerangkan apa-apa padanya. Apayang Puteri mampu lakukan hanya memandang kosong lelaki itu yang makin menjauh darinya.
Puteri terlupa betul dengan whasap yang dikirim oleh Tengku Adam Haiqal pagi tadi. Oleh kerana kelam kabut dengan macam-macam kes yang bertimpa-timpa pagi tadi dia terus terlupa untuk membalas text lelaki itu. Merajuk ke? Ahh aku nak kalut sangat mengapa. Tengku Adam Haiqal bukan siapa-siapa dengan aku pun. Kenapa nak kalut sangat. Pujuk hati Puteri. Namun bayangan lelaki itu seolah berlintas langsung dimindanya. Alahai hati...

"Thank You All....Smile....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience