Sebuah ambulans masuk ke kawasan kecemasan Pusat Perubatan di mana tempat Puteri berkerja. Kebetulan ketika itu Puteri baru sahaja menamatkan syif malamnya dan sedang bergerak ke arah keretanya yang dipangkir berhampiran dengan kawasan parking kecemasan itu.
Pesakit adalah mangsa kemalangan motosikal berkuasa tinggi yang dirempuh oleh sebuah lori dari arah bertentangan. Pemandunya tidak dapat mengawal kenderaan akibat jalan licin. Itulah kata Pak Mat yang merupakan pemandu ambulans tadi. Oleh kerana syifnya telah tamat dan dia juga sudah berada diparking kereta Puteri hanya membiarkan mangsa tersebut diuruskan oleh doktor Imaran yang kebetulan bertugas pada malam itu. Semoga tiada apa-apa yang serius kepada mangsa doa Puteri sambil memulakan perjalanannya.
“Hello Puteri....kau tidur lagi ke?” Ujur Aliana ditalian.
“Assalamualaikum cik adik....mana belajar pepagi main terjah orang macam ni. Nasib yang awak terjah ini sahabat baik, kalau mak mertua macam mana?” Usik Puteri dengan nada marah-marah sayang.
“Opps... lupa, Ok-ok Assalamualaikum wahai Tuan Puteri.... Lia ada berita penting ni.” Sela Aliana ditalian.
“Apa saja yang tak penting kalau berita dari mulut Lia tu...” Ejek Puteri pula.
“Tengku Adam Haiqal kemalangan malam tadi. Ini Imran baru telefon Lia. Teruk juga keadaannya. Menurut kata Im...Tengku dalam koma dan sedang dipantau di bilik ICU. Dengar cerita keluarganya akan memindahkannya ke Pusat Perubatan keluarga mereka.” Ujur Aliana menanti reaksi sahabatnya ditalian sana.
“Ya Allah Lia... Puteri nak tengok dia, Puteri tak mahu hilang dia sekali lagi Lia. Cukuplah apa yang Puteri rasakan sejak dia diam membisu dan menyepi dari hidup Puteri.” Terdengar esakan Puteri yang seolah kehilangan arah di talian sana.
“Ok-ok Puteri tenang dulu. Pergi bersiap sekarang 20 minit lagi... Lia ambil Puteri dirumah.... InsyaAllah Tengku ok... Im kata dia sudah terlepas waktu kritikalnya. Kita sama-sama doakan dia ya.” Pujuk Aliana pula, doanya agar sahabatnya itu bertabah. Kesian puteri cintanya selalu diuji dengan pelbagai halangan. Bila jumpa yang dapat memenuhi ruang hatinya begini plak jadinya. Menyintai lelaki penuh rahsia seprti Tengku Adam Haiqal menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit. Puteri telah menyintai orang yang tepat namun segalanya dalam rahsia. Tengku adalah tunangan yang dia tidak pernah tahu selama ini. Aliana sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk dia membantu sahabatnya itu. Menyintai lelaki yang hakikatnya adalah orang sudah terlalu dekat dengannya, Namun dia sendiri tidak mampu mengapainya. Kesian Puteri.
Sesampai di pusat perubatan itu, Puteri terus masuk ke bilik rawatan rapi di mana Tengku Adam Haiqal ditempatkan. Pelbagai wayar berselirat ditubuhnya. Hati Puteri tersentuh hiba. Kenapa dalam keadaan seperti ini dia akan menemui lelaki ini semula. Saat lelaki itu sudah tidak dapat tersenyum, mengusik dan merenung dia lagi.
“Tengku maafkan Puteri... Sekuatmana pun Puteri meredhakan perasaan ini, namun hati Puteri tetap memilih Tengku ditempat teratas. Maafkan Puteri kerana terpaksa menipu hati dan perasaan ini. Tolong la bangun, bagi peluang Puteri sekali lagi menyambut salam cinta Tengku itu. Rayu Puteri sambil tanganya menyentuh jari jemari Tengku yang kaku beku itu.
“Bangunlah Tengku...pandang Puteri, Puteri janji tak akan tinggalkan Tengku lagi. Puteri sudah fikirkan keputusan hati Puteri sendiri. Bukalah mata...bagi Puteri peluang sekali ini saja.” Rintih Puteri di telinga Tengku Adam Haiqal.
“Sudahlah Puteri...jom kita keluar. Bagi Tengku pulih dulu. Kita doakan agar Allah lindunginya.” Pujuk Aliana sambil menarik sahabatnya itu keluar.
Hampir setengah jam berlalu, Tan Sri Tengku Kamil dan Puan Sri Tengku Noris serta beberapa kaum kerabatnya datang melawat ke bilik pemantauan Tengku Adam Haiqal. Puan Sri Tengku Noris kemudian dipapah oleh dua wanita muda disisinya. Salah seorangnya adalah doktor Natasha. Doktor jelita yang dia pernah terserempak bersama Tengku Adam Haiqal ketika menghadiri seminar beberapa bulan yang lepas. Puan Sri Tengku Noris kemudian duduk di kerusi pelawat yang berada diluar bilik rawatan itu. Hati seorang ibu... terlalu hiba hatinya sehingga terpaksa dipapah keluar dari bilik pemantauan oleh Tengku Edora yang merupakan anak saudaranya. Bila terpandangkan Puteri yang berdiri dilorong menghala ke bilik rawatan rapi itu. Puan Sri Tengku Noris cepat-cepat bingkas dan menghampiri bakal menantunya itu.
“Puan Sri sihat... sabar ya. Sama-sama kita doakan agar Tengku segera pulih.” Ujur Puteri cuba menyabarkan wanita separuh umur itu. Sedangkan gelodak dijiwanya hanya dia yang tahu.
“Puteri... saya betul-betul takut kalau Tengku Adam tidak sedar terus. Melihat dia terbaring begitu. Seluruh perasaan saya bagai mati rasa... Bolehkah Puteri janji dengan saya untuk menjaganya sehingga sembuh. Saya percayakan Puteri.
“Bukan Puan Sri mahu pindahkan Tengku ke Pusat Perubatan Keluarga ke?” Tanya Puteri agak keliru dengan apa yang dikatakan oleh bonda pujaan hatinya itu.
“Takkk....Mungkin setelah dia sedar nanti, saya akan pindahkan dia ke bilik suite ditingkat atas untuk pemantauan doktor. Puteri kan ada disini. Saya mahu Puteri yang rawat dia. Dan boleh ke saya minta Puteri untuk jadi doktor peribadinya sepanjang dia dirawat disini.” Tanya Puan Sri Tengku Noris pula kepadanya.
Apakah dia tersalah dengar. Kenapa Puan Sri Tengku Noris begitu percayakannya. Doktor Natasha adalah ahli keluarganya, malah wanita itu merupakan keluarga terdekatnya lagi. Doktor pakar plak tu. Kenapa dia yang entah siapa-siapa ini yang diamanahkan oleh Puan Sri Tengku Noris. Begitu percayakah kedua suami isteri itu dengan kemampuan dia. Walaupun itulah apa yang diingininya. Menjaga dan merawat lelaki yang paling dicintainya itu adalah hasrat hatinya. Tapi kalau apa-apa yang belaku kepada Tengku Adan Haiqal dia akan dipertanggungjawabkan nanti. Kusut fikiran Puteri dibuatnya.
next updated....Doakan saya ya syang2 semua....
Share this novel