Tan Sri Tengku Kamil dan Puan Sri Tengku Noris dijemput oleh sepupunya ke majlis kenduri menyambut menantu anak sepupu sebelah suaminya yang merupakan rakan kongsi syarikat Tan Sri Tengku Kamil di Negeri Jelapang padi itu. Mereka ke sana demi memeriahkan majlis menyambut menantu anak abang sepupunya yang berkali-kali mengingatkan mereka untuk datang. Kebetulan jadualnya minggu itu agak lapang, kedua suami isteri itu dapatlah bercuti sambil merehatkan fikiran. Selain berjumpa dengan saudar mara yang telah lama tidak berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing.
Lebih kurang pukul 1.00 tengahari rombongan pengantin datang ke lobby hotel untuk acara persandingan. Nampak keluarga sebelah mertua anak sepupu suaminya itu bukan calang-calang orang juga. Kalau sudah kenduri diadakah di Hotel tentulah keluarga mereka juga dari kalangan orang berpangkat. Fikir Puan Adila yang turut serta dalam rombongan menghantar menantu anak sepupu sebelah suaminya itu.
Ketika pengantin diarak ke pelamin persandingan semua jemputan sebelah penganti perempuan di usher duduk disebelah meja yang disiapkan khas bersebelahan kerabat terdekat keluarga sebelah pengantin lelaki.
Semasa melabuhkan duduk Puan Adila tepandangkan seorang wanita yang seiras dengan wajah yang dia pernah kenali suatu masa dulu.
“Abang cuba tengok pasangan suami isteri yang berpakaian sedondon biru pastel tu. Apa yang terlintas difikiran abang, atau saya yang salah nampak.” Ujur Puan Adila kepada suaminya disebelah.
“Tengku Noris dan Tengku Kamil tu kan, Wajah mereka seiras benar. Tapi tak akan mereka ada disini. Jauh benar dari kediaman mereka.” Kata suaminya masih ragu-ragu.
“Tak mustahil la bang, saya tengok keluarga suami Aisya ni bukan calang-calang orang juga.” Sela Puan Adila cuba memancing pandangan suaminya.
“Biarlah Dila, kita hanya memenuhi ajakan Usu aje ke sini, awak jangan nak pandai-pandai plak buat hal dimajlis orang.” Tegur suaminya pula.
“Hish kesitu plak awak ni. Saya nak ke washroom la kejap. Sejuk sangat.” Ujur Puan Adila sambil berdiri mencari hala untuk ke washroom disebelah kanan Dewan Keriang itu.
Selepas keluar dari bilik air dia melihat wanita seiras Tengku Noris sedang berdiri di cermin membetulkan tudungnya.
Puan Adila menapak ke sinki di sebelah wanita itu, hasrat asalnya ingin menyapa wanita itu. Tapi demi mengingatkan pesan suaminya agar tidak menggangu majlis orang dia hanya mencuci tangan dan ingin berlalu keluar.
“Puan Adila ke ni?” Tegur wanita itu yang dia pun perasaan dari tadi sekejap-sekejap menoleh pandang padanya.
“Iya, Tengku Noris ke ni?” Sapa Puan Adila pula.
“Iyaaa, Ya Allah disini kita berjumpa. Jom sambung di luar.” Kata Tengku Noris sambil menarik tangan Puan Adila keluar dari situ.
“Dila pindah jauh ke sini rupanya, patut lepas saya pulang ke Malaysia tahun lepas puas saya cuba menjejaki Dila sekeluarga. Rumah di Klang itupun sudah disewakan pada orang lain ya.” Ujur wanita itu teruja benar.
“Iya Tengku, selepas Ibu Mertua saya meninggal kami pindah ke sini kerana Ayah Mertua tinggal sendirian. Kebetulan Abang Zaidi memohon pencen awal jadi kami berpindah kesini.” Cerita Puan Adila.
“Anak-anak Dila mesti sudah berkahwin semua ya.” Tanya Tengku Noris hatinya lebih kepada bertanya pada si bongsu yang sangat rapat dengan kembarnya ketika Puan Adila menjaga mereka dulu.
“Iya Farisya sudah berkahwin dan mereka tinggal di Putrajaya. Afif juga baru setahun lepas berkahwin dan sekarang bertugas di Petaling Jaya. Puteri juga disana, dia menjadi Doktor di Hospital swasta di Shah Alam. Minggu lepas dia ada pulang kemari menghadiri majlis kenduri dua pupunya itu.” Ceria Puan Adila panjang lebar.
“Oooo begitu, Kalau Dila tidak keberatan boleh ke saya nak singgah ke rumah Dila disini sebelum kami balik ke sana petang esok. Rasanya banyak benar pekara yang nak saya ceritakan.” Pinta Tengku Noris padanya.
“Boleh aje, kalau Tengku Noris sudi bermalam dirumah kami pun lagi besar harapan kami, Tapi rumah kampung aje la.” Ujur Puan Adila mempelawa wanita bergelar Tengku di depannya itu.
“Lagi saya seronok, saya rindu suasana hidup dikampung. Nanti saya bincangkan dengan Tengku Kamil. Dia pun mesti teruja juga tu.” Kata Tengku Noris sambil berjalan beriringan ke meja tempat mereka duduk tadi.
Pertemuan yang tidak dirancang itu benar-benar memberi makna kepada Tengku Noris. Sekian lama dia mencari keluarga angkat anak-anaknya itu. Pasti Haris dan Haiqal juga tidak sabar untuk menemui insan yang mereka jejak sekian lama ini. Lagi-lagi anaknya si Haiqal tu, Satu Malaysia dia mengembara mencari jejak keluarga angkatnya itu. Akhirnya penantian mereka berlabuh di Negeri Jelapang Padi ini.
"Thank You All...Updated 2 chapter dulu ya semua....... Enjoy Reading....Smile....
Share this novel