Kebetulan petang semalam waktu dia masuk jer syifnya Doktor Puteri terpaksa berkejar ke bilik dimana wanita yang menjadi mangsa dera telah dihantar oleh ambulance ke Pusat Perubatan itu untuk mendapatkan rawatan. Doktor Puteri yang bertugas ketika itu terpaksa menyiapkan beberapa prosuder dan laporan bagi melaporkan keadaan mangsa kepada pihak berkuasa.
Ketika dia masuk ke bilik Tengku Adam Haiqal jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Sewaktu dia masuk lelaki itu telah nyenyak tertidur. Lebih kurang jam 3.30 pagi lelaki itu bangun ke tandas. Tengku Adam Haiqal tidak langsung menoleh pandangan padanya. Kebetulan ketika lelaki itu ke tandas dia juga turut terjaga. Tapi melihat ketidakpedulian lelaki itu terhadapnya yang tertidur duduk disofa sebelah katilnya menyebabkan hati Doktor Puteri sedikit terasa. Lelaki itu benar-benar telah menyingkirkan dia jauh dari hatinya. Kalau tidak masa kan lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.
Hari ini juga Doktor Puteri tidak dapat menemani lelaki itu kerana ada kes kecemasan yang terpaksa dia selesaikan. Walaupun dia sedikit terasa hati dengan lelaki itu semalam, namun keperduliannya pada lelaki itu mengatasi segalanya. Mulutnya menyebut marah tapi hatinya sukar untuk berkerjasama dengan tuannya. Alahai Puteri...
Lebih menyebabkan dia tidak cukup tangan hari ini kebetulan Doktor Ardi tidak ada di hospital kerana berkursus di luar dearah. Belum pun selesai prosedur itu diurus oleh pihak Pusat Perubatan, pagi ini belaku kekecohan lain pula. Suami wanita tersebut telah menyelinap masuk ke wad isterinya untuk membawa keluar isterinya secara paksa. Dia bertindak begitu kerana tahu yang kes isterinya telah melibatkan pihak polis.
Pagi ini Ibu Pejabat Polis telah menghantar anggotanya ke pusat perubatan itu. Tapi sebelum pihak polis sampai lelaki itu lebih pantas bertindak untuk menyelamatkan dirinya.
Keadaan menjadi semakin kelam kabut bila lelaki itu mengheret isterinya sebagai tebusan. Doktor Puteri yang kebetulan baru sampai ke tempat itu terkejut bila melihat pesakitnya sedang diheret keluar oleh suaminya dari bilik dimana dia ditempatkan semalam. Keadaan itu turut menakutkan pesakit lain yang kebetulan keluar menyaksikan kekecohan tersebut. Ditangan lelaki itu juga terdapat pisau lipat yang digunakan sebagai perisainya.
“Encik....tolonglah letakkan pisau tu... kita boleh bincang.” Pujuk Doktor Puteri lagi.
“Supaya kau senang-senang nak dakwa aku.... perempuan ni yang bodoh, degil...tak nak dengar cakap aku.” Jeritnya lagi.
“Bertenang encik... pekara ini boleh diselesaikan.” Pujuk Doktor Imran pula.
“Kauorang semua tipu aku....mak bapak perempuan yang jahat. Kalau tidak semua ini tak akan belaku.” Maki hamun lelaki itu lagi.
Ketika pihak polis sampai, keadaan menjadi semakin tegang. Sudah puas pasukan polis itu cuba memujuknya. Namun lelaki itu nekad untuk menjadikan isterinya sebagai tebusan. Doktor Puteri memberi isyarat supaya si isteri bertindak melakukan sesuatu agar suaminya dapat beralih perhatian seketika dan pihak polis boleh bertindak. Isyarat supaya wanita itu mengigit lengan suaminya, dapat difahami olehnya. Doktor Puteri memberi isyarat itu pula kepada salah seorang anggota polis yang berada disebelahnya untuk bertindak sekiranya wanita itu dapat mengalihkan perhatian suaminya. Bila wanita itu bertindak mengigit lengan suaminya....wanita itu ditolak mendorong ke depan. Pihak polis dengan tepat telah menembak lengan lelaki tersebut dan pisau ditangannya telah terjatuh ke lantai. Tubuh wanita itu telah terdorong ke depan dan dengan pantas Doktor Puteri berjaya menarik wanita tersebut kearahnya.
Oleh kerana kesibukkan Doktor Puteri menguruskan kes wanita yang didera itu. Sehingga keluarga Tengku Adam Haiqal membawa balik lelaki itu pulang tengahari tadi dia masih tidak berkesempatan mengiringi lelaki itu dengan sempurna. Dia hanya memesan pada Seri pembantunya supaya memaklumkan kepada Puan Sri Tengku Norish tentang keadaan yang belaku hari ini. Dan dia tidak dapat berjumpa dengan wanita itu kerana terpaksa ke balai polis untuk menguruskan kejadian yang belaku itu.
Alhamdulliah.....selepas jeng beberapa waktu.....happy reading semua.....
Share this novel