BAB 39 - PROTES

Romance Completed 85459

Ketika didalam kereta Puteri sengaja diam membisu. Dia mahu Tengku Adam Haiqal dulu yang membuka kata tentang janji dia malam tadi. Apa pula alasan lelaki itu kali ini. Selepas sarapan tadi mereka terus keluar dari Villa Bahagia. Setaip kali bertembung pandang padanya lelaki itu cuba mengelakkan pandangan matanya dari menatap dia seperti selalu. Sehingga sekarang lelaki itu seolah mengelak untuk menerangkan padanya alasan kepada dia tidak mengejutkannya semalam.
“Puteri syif petang sampai pukul berapa hari ini?” Tanyanya memecah suasana antara mereka.
“Kenapa? Nak ajak Puteri ke Villa Bonda lagi.” Sindir Puteri pula.
“Boleh juga kalau Puteri sudi. Tengok Bonda bukan main suka lagi.” Jawabnya dengan gurauan yang tak kelakar pun.
“Kalau begitu baik kahwin jer, hari-hari saya boleh teman Bonda tu.” Terlancang pula kata-kata Puteri kali ini. Aduh kantoi betul la mulut ni. Selalu lagi cepat dari otak. Malunya.
“Boleh juga, tunggu sikit lagi. Qal minta Bonda jumpa Atok di Kampung ya.” Ucap Tengku Adam Haiqal terlepas cakap pula.
“Atok?” Puteri menoleh pandang pada lelaki disebelah yang konon buat-buat fokus itu.
“Aa... atok. Hari tu Puteri kata balik kampung jumpa Atok kan.” Tengku Adam Haiqal menyusun kata semula dengan tergagap-gagap. Nyaris Kantoi beb kata hatinya.
“Hmmmm ok la... dah sampai Puteri masuk dulu.” Kata Puteri sambil membuka pintu kereta.
“Puteri tentang semalam, Qal minta maaf ya. Lepas balik ke rumah dari Hospital semalam Qal nak kejutkan Puteri tapi Bonda tak bagi, Dia kata kesian Puteri baru tertidur.” Ucapnya dengan nada meminta simpati. Nak pujuk la tu konon.
“Ok la....Puteri masuk dulu.” Kata Puteri sambil tersenyum mengganguk. Tak adalah kering sangat lelaki ini. Masih ada perasaan rupanya. Sambil berjalan masuk kerumahnya, fikiran Puteri cuba mengingati apakah benar dia ada bercerita pada Tengku Adam Haiqal tentang keluarganya di Kampung. Seingat dia tidak pernah. Pada Harith adalah dia bercerita segala yang dilakukan dengan Atoknya itu. Hishh kusut la.
Selepas syif malam itu, Puteri menapak ke Lobi untuk ke parking keretanya. Dari jauh dia sudah nampak kelibat teman baiknya itu melambai-lambai kearahnya.
“Sejak bila tuan CEO jadi bodyguard parking ni.” Usiknya memandang lelaki yang bertenggek didepan keretanya.
“Sejak dulu kini dan selamanya.” Jawabnya melawak.
“Jom Harith nak ajak makan jap. Lapar ni. Naik kereta tu” Ujur lelaki itu bersuara manja sambil menunjuk kearah keretanya. Mengada-gada betul.
“Habis kereta Puteri macam mana?” Tanya Puteri pula.
Tinggal sinilah, Esok Puteri syif petang juga kan. Nanti Harith jemput ya.” Pujuknya sambil mengenyitkan mata.
Mereka kemudiannya melangkah beriringan kearah kereta Harith yang diparking ditepi jalan keluar kawasan parking tersebut. Setelah masuk kedalam kereta dan kereta mereka hendak bergerak keluar dari kawasan parking tersebut. Dari cermin sisi Puteri nampak Ford Ranger hitam milik Tengku Adam Haiqal masuk kearah lobi Hospital. Ahh sudah lelaki itu pasti mencarinya juga.
Lebih kurang 10 minit berlalu. Telefon bimbit Puteri menjerit dari dalam bag tangannya. Tak lain tak bukan mesti lelaki itu. Fikirnya.
“Walaikumusalam. Puteri dah balik ni.” Puteri menjawab ringkas.
“Jangan nak bohong kereta Puteri masih ada disini.” Katanya agak tinggi sedikit nadanya.
“Sengaja Puteri tinggalkan, Puteri keluar makan dengan Harith ni dan dia terus hantar ke rumah.” Ujur Puteri menanti reaksi lelaki ditalian sana.
“Oklah, enjoy your dinner.” Telefon dimatikan. Aikk merajuk ke? Ucap Puteri sambil tersenyum.
“Siapa tu?” Tanya Harith pula sambil menoleh kearahnya.
“Kawan, entah apa yang sibuk sangat nak cari Puteri.” Balas Puteri tidak berminat untuk bercerita lanjut.
“Lelaki ke perempuan.” Suara Harith sudah bernada lain.
“Lelaki... kawan jer sama macam kita la.” Ujur Puteri membalas. Namun tanpa sedar kata-katanya itu sudah memyebabkan Harith disebelah bertukar riak diwajahnya.
Selepas makan malam itu, Harith kemudian mengotakan janjinya menghantar Puteri ke rumahnya. Lelaki itu lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Entah kenapa reaksi Harith hari ini tidak seperti selalu. Gelaran lelaki yang ceria dan suka usik-mengusiknya lenyap sama sekali. Apakah Harith tersinggung dengan hint yang dia berikan tadi. Puteri tidak berniat melukakan hati lelaki itu namun dia tidak mahu Harith terusan menyemai rasa suka padanya. Kerana hati dia juga mula selesa dengan lelaki itu. Namun Ikatan yang dijanjikan oleh Atok dan keluarganya menyebabkan Puteri terpaksa mematahkan rasa menyukai lelaki itu. Juga hatinya kini.

"Thank You All..... sempat sambung 2 chapter dulu ya..... Enjoy Reading.....kita cuba sweet2 plak next chapter ok..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience