“Dimana Doktor Puteri... dari pagi saya tidak tengok dia.” Tanya Tengku Adam Haiqal bila Seri masuk kebiliknya untuk menukarkan drip yang terpasang ditangannya.
“Doktor Puteri balik ke rumah sekejap... kalau Tengku perlukan apa-apa, Seri boleh tolong ambilkan.” Ujur Seri menjawab pertanyaan lelaki itu.
“Pukul berapa dia akan datang semula... “ Tanyanya lagi.
“Mungkin tengahari kot... Doktor Puteri kata nak balik ambil pakaian dan keperluan peribadinya. Mungkin juga dia nak rehat sekejap.” Sela Seri lagi menjawab pertanyaan lelaki itu.
Tengku Adam Haiqal terus mendiamkan diri. Mata dihalakan kearah tingkat. Tengku Adam Haiqal terasa kecewa sendiri, perhatian yang diharap dari insan yang sangat dirinduinya itu telah tiada disitu. Salah dirinya juga perlakukan Doktor Puteri begitu.
Ketika sampai ke hospital tadi, Doktor Puteri terus menapak ke bilik di mana Tengku Adam Haqal ditempatkan. Ketika dia masuk lelaki itu tidak ada dikatil. Mungkin dibilik air fikirnya.
Doktor Puteri keluar semula ke kaunter mencari Seri.
“Seri macam mana dengan Tengku Adam Haiqal sepanjang saya balik tadi?” Tanya Doktor Puteri pada Seri yang sedang bersiap-siap untuk keluar kena waktu syif berkerjanya sudah tamat.
“Macam tu la... menung jer. Dia ada tanyakan doktor tadi, Tapi bila Seri bagitahu doktor balik ke rumah sekejap dia terus diam. Bell pun tak berbunyi dari pagi.” Cerita Seri lagi.
“Tak apalah.... dia makan tak tengahari tadi?” Tanya Doktor Puteri pula.
“Macam makan....tapi macam luak sikitnya makanan dipinggangnya ketika Kak Yati bawa keluar bekas makanannya tadi.” Ujur Seri lagi.
“Tak apalah, nanti saya masuk tanyakan kalau dia perlukan apa-apa... pergilah Seri balik berehat.” Ujur Doktor Puteri memandang staf kepercayaannya itu.
“Ok....bye doktor.” Selepas Seri berlalu. Doktor Puteri menapak masuk ke bilik lelaki itu semula. Ketika dia masuk Tengku Adam Haiqal sedang menuangkan air panas dari termosnya ke Mug. Terkial-kial saja, maklumlah tangan masih tergantung dengan drip lagi.
“Biar saya buat... Tengku nak bancuh air milo ke?” Doktor Puteri mengambil alih termos dari tangan lelaki itu.
“Saya lapar.... kalau saya nak ke Cafe hospital boleh ke?” Tanyanya memandang Doktor Puteri disisi.
“Tengku nak makan apa-apa ke?” Soal Doktor Puteri pula.
“Saya nak beli kopi O.... lagipun bosan la dah dua hari menghadap dinding jer. Nak sedut udara kat luar kejap.....boleh tak?” Ujurya
“Bolehhhh....sekejap saya bukakan drip dan ambil kerusi roda diluar.” Doktor Puteri berlalu keluar mengambil kerusi roda unjtuk lelaki itu.
Selepas membuka drip ditanganya, Tengku Adam Haiqal di tolak ke lif untuk pergi ke tingkat bawah mencari apa yang diinginkannya. Selepas selesai membeli apa yang dikehendaki lelaki itu. Doktor Puteri kemudian menolak kerusi roda lelaki itu keluar bangunan pusat perubatan itu untuk menyedut udara segar di taman buatan di aras satu. Ruang tengah pusat perubatan itu dijadikan tempat berehat dan duduk-duduk sambil menunggu giliran waktu melawat. Doktor Puteri memilih tempat agak ke hujung taman sedikit. Kebetulan ada sepohon rhu kecil yang agak menutup sedikit kedudukan kerusi dan meja disitu.
Sepanjang di situ. Hanya bahasa mata yang menjadi ruang komunikasi antara mereka. Lelaki itu terus begitu dari tadi. Bercakap bila perlu sahaja. Doktor Puteri pun malas untuk memikirkannya. Dalam fikirannya biarlah lelaki itu terus melupakannya. Dia hanya perlu menyelesaikan janjinya pada Puan Sri Tengku Norish. Mungkin telah tertulis begitu. Keputusan pun sudah dia buat. Memilih Tengku Adam Haiqal pada keluarganya, itu juga keputusannya. Tapi kalau lelaki itu ingin melupakannya dia redha. Sekurangnya untuk kali ini dia telah lakukan apa yang hatinya mahukan.
Lebih kurang setengah jam berlalu, Tengku Adam Haiqal membuka lock dikerusi rodanya. Mungkin dia sudah mahu naik ke biliknya.
“Nak naik keatas?” Tanya Doktor Puteri.
“Iya...” Jawabnya sepatah,
Kerusi roda lelaki itu ditolak ke dalam lift semula.
Selepas menghantar lelaki itu masuk kebiliknya untuk berehat. Doktor Puteri bertanya sekiranya lelaki itu perlukan apa-apa lagi. Drip ditangan lelaki itu sudah tidak perlu dipasang lagi. Pola makan dan minumnya sudah kembali normal. Dengan begitu pengerakkan lelaki itu lebih mudah.
“Tengku perlukan apa-apa lagi.” Tanya Doktor Puteri pula.
“Takkkk....saya nak baring sekejap.” Ujurnya.
“ OK...” Doktor Puteri menarik sedikit langsir tingkap untuk menutup pencahayaan masuk ke bilik itu. Bagi memberi suasana lebih tenang buat lelaki itu berehat.
“Doktor nak ke mana?” Tanya Tengku Adam Haiqal bila melihat Doktor Puteri bersiap-siap nak keluar dari biliknya.
“Tengku nak berehatkan? Saya keluarlah....” Ujur Doktor Puteri menjawab jujur.
“Dah tak sudi nak teman dan jagakan saya...” Ujurnya agak tegang suaranya.
“Bukan begitu.... tadi Tengku kata nak berehat. Saya tak mahulah menganggu.” Sela Doktor Puteri lagi.
“Oklah... pergilah...” Tengku Adam Haiqal kemudian membalikkan badannya buat-buat tidur.
Hangin satu badan pulak mamat ni. Kata tak kenal, tapi manja macam dah kenal bertahun. Hairan betullah. Demi malas untuk melayan perlaku lelaki itu. Doktor Puteri mengambil telefon bimbitnya dan duduk semula disofa yang tersedia dibilik itu.
Hampir waktu maghrib Doktor Puteri turun kebiliknya untuk bersolat dan makan malam. Sewaktu dia hendak turun ke bawah dia melihat lelaki yang merajuk dikatil itu telah terlena. Biarlah tidak tidur dulu....selepas syif malam nanti barulah dia akan naik semula menemani lelaki itu.
Enjoy Reading semua....this week 1 chapter jer ya......busy sesangat.......
Share this novel