Setiap hari selepas pulang dari kampung tempohari dia menerima kiriman bunga, coklat dan makan fastfood yang dikirim padanya setiap hari. Sampai biliknya sudah jadi seperti kedai bunga lagaknya. Puteri tertanya sendiri siapalah yang mengirimkan semua itu padanya. Kalau nak kata Tengku Adam Haiqal tidak mungkin. Selepas pulang dari kampung bayang lelaki itu tidak sekali ditemuinya. Di telefon juga tiada panggilan atau pesanan ringkas dari lelaki itu. Mungkin seperti kata Aliana kehadiran lelaki itu mencarinya ke tempat kerja untuk memaklumkan sesuatu dan mungkin sebagai ucapan selamat tinggal padanya sebagai salah seorang teman yang agak rapat dengannya suatu masa dulu.
Puteri sendiri tidak mahu lagi berangankan lelaki itu. Dia cuba menyimpan nama itu sejauh mungkin dilubuk hatinya. Biarlah nama itu bersemadi dilubuk hatinya sahaja.
Harith ada menelefon dia malam tadi. Lelaki itu masih di Jakarta ada busines trip di sana selama sepuluh hari. Lelaki itu makin sibuk sejak kebelakangan ini. Namun kehilangan teman baiknya itu tidak memberi kesan apa-apa pada hatinya. Tapi menyepinya Tengku Adam Haiqal menbuatkan hati Puteri resah gelisah. Puas sudah dia cuba bermonolog sendiri menyingkir bayangan lelaki itu. Namun ingatan ini terlalu menyakitkannya.
“Berangan lagi...” Usik Aliana yang berdiri dipintu biliknya.
“Hish....aku sedang fikir agak-agaknya kalau aku jual semua bunga-bunga ni aku boleh jadi busines women tak?” Guraunya pula.
“Tak pun hari ini kau buat kerja amal, sedekahkan semua bunga-bunga ini pada pesakit yang masuk hari ini. Sekurangnya dapat bunga boleh buat mereka tersenyum.” Cadang sahabatnya itu.
“Yes good idea juga tu. Tolong panggilkan Seri.” Minta Puteri pada sahabatnya itu, siap dengan aksi kelip-kelip mata lagi.
Sementara menunggu Seri dan rakan-rakannya datang Puteri masih sempat bertanyakan planning mereka untuk keluar bersama esok. Sudah lama mereka tidak bercuti bersama sementara bertukar syit baru. Sekurangnya bila dia keluar bersama Aliana esok hilanglah sedikit resah gelisah dihatinya. Sesekali bagi Doktor Imran panas hati apa salahnya.
Selepas memakirkan kereta dibahagian basement shopping kompleks itu, mereka menapak berjalan ke tingkat atas sekali. Agenda utama mereka hari ini adalah menonton wayang bersama, makan-makan dan window shopping sampai lebam.
“Cepat la wei lagi lima minit nak masuk ni.” Aliana menarik lengan sahabatnya itu.
“Kejap aku nampak kelibat seseorang dibutik sana tadi.” Kata Puteri sambil menoleh-noleh ke arah butik pakaian yang berada setingkat dibawah tempat mereka berjalan itu.
“Siapa? kau ni.” Tambah Aliana sambil menoleh ke arah yang sama.
Tengku Adam Haiqal dan seorang wanita agak berumur tapi wanita itu membelakangi mereka. Sesekali Tengku Adam Haiqal melentokkan kepala ke bahu wanita itu. Walaupun berumur wanita disisinya itu nampak aura berpakaiannya ala-ala Mak Datin.
“Biarlah mereka, jom kita masuk sekarang dah nak mula ni.” Bisik Aliana disebelahnya.
“Jom-jom..” Namun langkah Puteri masih juga lambat-lambat dan tertoleh-toleh memandang pasangan ditingkat bawah itu.
Setelah selesai menonton wayang mereka menapak ke tingkat dua untuk mengisi perut. Restoran sushi yang sudah separuh dipenuhi pengunjung. Mereka cuba mencari meja paling hujung dan agak tersembunyi agar senang mereka bergelak tawa tanpa menganggu pelanggan lain. Ketika mereka baru mengorder menu. Tengku Adam Haiqal masuk kesitu sambil berpimpim tangan dengan wanita yang sama mereka lihat dibutik tadi.
“Puteri... tak sangka jumpa disini.” Sapa wanita disebelah Tengku Adam Haiqal.
“Tengku Noris...” Puteri dan Aliana bangun dari duduknya menyalami wanita yang berdiri didepan mejanya itu. Nama Puan Sri jarang digunakan olehnya terutama dengan orang yang telah dia kenali lama. Pasti kedua gadis didepanya juga tidak mengetahuinya.
“Kamu berdua saja ke?” Tanya wanita itu lagi.
“Iya kebetulan kami cuti sekali sebelum bertukar syif, jadi keluar mencari barang sikit.” Kata Puteri berbasi-basi.
“Boleh saya join sekali, tanya Puan Sri Tengku Noris.” Melihat meja kedua gadis itu masih bersih pastinya keduanya baru masuk ke situ.
“Boleh-boleh kami pun baru order tadi.” Kata Puteri sambil menarik kerusi didepannya. Namun Puan Sri Tengku Noris menoleh anaknya disebelah dengan isyarat agar duduk disitu. Dia kemudian duduk didepan Aliana.
Seorang pelayan datang menghampiri mereka untuk mengambil order.
Tengku Adam Haiqal hanya menurut saja apa yang dipinta Bondanya. Ketiga-tiga wanita didepannya begitu rancak bersembang itu ini. Dia hanya diam membisu dan sesekali dia mencuri pandang pada Puteri. Gadis itu hanya menolehnya ekor mata saja. Marah lagi ke gadis itu padanya. Kenapalah stuasi pertemuan semula mereka seperti ini. Takkan dia nak minta maaf dan bicara apa yang berselirat dihatinya didepan Bonda dan sahabat Puteri plak malulah dia.
Selepas selesai sesi makan yang menyesak nafas Puteri itu mereka saling berpamitan. Selepas bersalam dengan Puan Sri Tengku Noris, mereka meminta izin untuk meneruskan agenda mereka pada hari ini. Walaupun hati Puteri sudah ibarat luka lama diperah limau, namun dia cuba berlagak tenang di depan lelaki itu tadi. Benarlah telahannya dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu. Nampak jelas kegelishan lelaki itu sepanjang mereka makan semeja tadi.
“Beb kau kenapa ni?” Aliana menoleh pandang padanya.
“Beb jom balik, aku rasa entahlah...kenapa dia berubah sampai macam tu. Kalau sudah tidak sudi berkawan dengan aku pun, jangan sampai buat seperti kami tidak pernah saling kenal. Sedihnya hati aku ni beb.” Puteri meluahkan apa yang terbuku dihatinya sedari tadi.
“Ok-ok aku faham, jom kita balik, risaulah aku tengok ko macam ni.” Aliana menarik tangannya melangkah ke tempat parking dibahagian basement.
Kerana melihat kegusaran sahabatnya itu Aliana mempelawa Puteri berehat dirumahnya sahaja pada malam ini, Dia pun bersendirian dirumah kerana kedua ibubapanya ke Utara menghadiri majlis perkahwinan anak sedara sebelah Ayahnya dua hari lagi. Kebetulan syif mereka pada sebelah petang jadi tidaklah dia kelam kabut sangat esok.
"Thank You All....Updated lagi sikit...Enjoy reading sayang2 semua.....
Share this novel