.Memulakan hari ini dengan syif sebelah pagi. Doktor Puteri seperti biasa memangkirkan keretanya ditempat yang selalu dia letakkan. Semasa dia berjalan memasuk ke lobi matanya dapat menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya. Lelaki itu sedang bercakap dengan sahabat baiknya. Entah apa yang dibicarakan mereka. Doktor Puteri melengcong sedikit jalan ke arah biliknya. Dia perlu mengelak dari bertembung dengan lelaki itu. Puteri sudah nekad melupakan dan menbuang terus nama lelaki itu dari hidupnya. Segala yang pernah terjadi dulu antara mereka biarlah jadi sebahagian sejarah dalam lipatan kisah hidupnya.
“Bila sampai... tak nampak pun Puteri kat lobi tadi.” Tegur Doktor Aliana setelah masuk kebiliknya.
“Dia datang berjumpa dengan Doktor Adri ke tadi?” Tanya Puteri pula, tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu.
“Taklah... dia datang jumpa dengan Lia la.” Ujur sahabatnya itu bersahaja.
“Oooo...”
“Ooooo jer.... tak nak tanya kenapa?” Usik sahabatnya lagi.
“Tak ada urusan dengan Puteri kan... ikut dia nak jumpa siapa pun.” Balas Doktor Puteri pula acuh tak acuh.
“Hamboi... merajuk benar bunyinya.” Makin giat Doktor Aliana mengusiknya pula.
“Puteri ada sesuatu yang lagi penting nak bagitahu Lia.” Doktor Puteri mengubah topik perbualan mereka.
“Apa?” Toleh Doktor Aliana pula.
“Ni... Puteri sudah nekad menerima Adam Kamil. Dia sudah ada di Malaysia tau. Beberapa hari sebelum Puteri balik ke kampung dia datang berjumpa dengan keluarga Puteri. Kali ini Puteri sudah benar-benar yakin dia adalah jodoh yang di kirim Allah untuk Puteri.” Bicara Puteri panjang lebar sambil menayang-nayangkan cincin pertunangan yang diberikan atuk beberapa bulan yang lalu..
“Tengku... Puteri nak lupakan terus dia dari hati Puteri?” Duga sahabatnya itu.
“ Darjat kami tak setaraf... patutnya Puteri tahu diri. Sedari awal dia bukan ditakdir untuk Puteri. Cuma Puteri saja berangan-angan hendak jadi Cenderellanya.” Sela Puteri sambil tersenyum.
“Tak mengapalah... Lia cuma mahu Puteri bahagia. Siapapun pilihan Puteri, Lia akan sentiasa doakan dia jodoh terbaik untuk Puteri.” Sayu hati Doktor Aliana mendengar luahan hati sahabatnya itu. Kalaulah dia tahu siapa sebenarnya Adam Kamil itu. Pasti perjalanan cintanya tidak serumit ini bisik hati Doktor Aliana sendiri.
Semalam ibunya menelefon menyuruhnya membuat pemeriksaan rutin hospital untuk dilampirkan bersama borang permohonan nilkahnya. Dokumen dari pihak lelaki telah diterima oleh mereka untuk diproses. Tarikh juga telah ditetapkan oleh keluarga dengan pihak bakal mertuanya itu.
Masa berlalu terlalu pantas. Dalam masa seminggu lagi dia akan melalui frasa sebagai isteri orang. Isteri kepada lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Bagaimanalah dia akan melalui semua itu. Apakah lelaki yang akan menjadi pembimbingnya itu benar-benar jujur menikahinya. Pelbagai persoalan bermain dimindanya saat itu. Semalam ibunya menelefon lagi memintanya mengambil cuti lebih awal untuk persiapkan diri. Hari ini dia baru menyerahkan borang cutinya berserta kad jemputan perkahwinan yang di kirim oleh ibunya beberapa hari lepas. Kad sudah siap bersampul itu diserahkan kepada semua kawan-kawannya tanpa dia sendiri melihat isi di dalam kad tersebut. Hati sudah nekad biarlah dia tahu siapa suaminya setelah dia sah bergelar isteri lelaki itu.
Malam sebelum dia bertolak balik ke kampung. Adam Kamil menelefonnya. Puteri agak terkejut mendengar suara lelaki itu.
“Assalamualaikum...Puteri apa khabar?” Tanya lelaki itu.
“Walaikumusalam...si...sihat...Adam sihat? Ujur Puteri pula terasa kekok pula hendak berbicara dengan lelaki itu kali ini. Masing-masing terdiam lama. Mungkin menjawab persoalan hati antara mereka dengan akal fikir masing-masing yang dalam kekalutan itu.
“Puteri free tak sekarang... boleh Adam nak bercakap sekejap.” Ujurnya ditallian sana.
“Boleh jer... Adam nak cakap apa?” Kata Puteri Pula. Kejanggalan antara mereka makin ketara bila hampir dua bulan masing-masing menyepikan diri. Puteri lebih lagi terasa kejanggalan itu kerana dia punca menyebabkan hubungan baik antara mereka dulu menjadi seperti ini.
“Lagi beberapa hari kita akan disatukan. Adam nak dengar dari mulut Puteri sendiri. Apakah Puteri jujur terima Adam dengan seikhlas hati.” Sayu suara lelaki itu menyentuh hatinya.
“Macam mana dengan Adam? Tak takut kalau apa yang akan kita lalui setelah diijabkabul nanti. Mana tahu setelah berjumpa Puteri... hati Adam beralih arah.” Duga Puteri pula.
“Puteri tahu kenapa Adam tetap memilih Puteri walaupun Adam tidak termasuk dalam senarai orang yang ditakdirkan mengenali, bercinta dan berkasih dengan Puteri sebelum kita diijabkabulkan.” Ujur Adam ditalian sana.
“Kenapa?” Ucap Puteri agak keliru dengan bicara lelaki itu.
“Kerana Puteri adalah isteri Istikharah Adam. Berkali-kali Adam bertanya pada diri sendiri apakah pilihan Adam ini adalah kerana nafsu atau ini pilihan Allah buat Adam. Dan jawapannya tetap sama.” Ucapan lelaki itu menusuk syahdu dibenak hatinya saat itu.
“Iya.. seperti Adam, Puteri juga redha terima perkahwinan ini. Adam juga adalah kiriman Allah untuk membimbing Puteri kelak. Cuma Puteri minta Adam dapat terima apa juga kekurangan yang Puteri miliki.” Ucap Puteri menyakinkan lelaki yang bakal bergelar suaminya itu nanti.
“Adam harap kita boleh saling melengkapi untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing kelak. Adam juga minta Puteri jadi pendamping Adam walau dalam apa jua stuasi yang akan kita hadapi nanti.” Ujur lelaki itu penuh syahdu.
“InsyaAllah...” Sela Puteri pula. Seperti mati kata mereka berbicara kali ini. Puteri sendiri pun tak tahu kenapa antara mereka jadi sekekok itu.
“Puteri rehatlah... InsyaAllah kalau antara kita ditakdirkan berjodoh, kita akan berjumpa nanti.” Ucapnya sebelum memberi salam dan menutup panggilan antara mereka.
Selepas memutuskan talian antara mereka. Puteri terduduk disisi bagasi yang diambilnya di dalam almari tadi. Hasratnya untuk mengemas pakaian untuk balik ke kampung keesokan hari juga bagai terhenti terus. Panggilan dari Adam tadi benar-benar menyebabkan dia berada di alam khayalan. Pelbagai persoalan menyesakkan benaknya ketika ini.
Alhamdulillah....sempat updated 1 chapter lagi.....InsyaAllah cuba updated next chapter secepat mungkin ya semua....enjoy reading.....
Share this novel