BAB 41 - ENCIK TUNANG

Romance Completed 85459

Selepas bercakap dengan Adam sebentar tadi Puteri berasa lega. Lelaki bernama Adam itu bukanlah spesis yang sombong. Bila berbicara lelaki itu seolah masih boleh berkompromi dengan keadaan masing-masing dan sekiranya tiada jodoh antara mereka rasanya lelaki itu bukan la seorang pendendam. Namun hati manusia siapalah yang tahu. Biarlah masa yang menentukan. Lelaki itu sudah berjanji akan menghubunginya nanti.
Setelah menghabiskan syifnya dua hari lagi, dia akan bertemu semula dengan Tengku Adam Haiqal seperti yang dijanjikan oleh lelaki itu. Puteri sudah nekad akan memaklumkan lelaki itu tentang status dirinya. Dia tidak mahu lelaki itu terusan bertemu dan semakin rapat denganya. Walaupun dia mula merasakan bunga-bunga rindu bila beberapa hari tidak bertemu lelaki itu, namun dia tidak mahu menjadi seorang yang munafik dengan dirinya sendiri. Dia akan berterus terang dan selebihnya terpulang pada Tengku Adam Haiqal untuk memutuskannya.
Selepas syif terakhir minggu itu, Puteri menyinggah dikedai burger Abang Lok. Sudah hampir dua minggu dia tidak perkena burger lelaki itu. Selalu sebelum pergi kerja dia hanya sempat menyapa Kak Hani diluar pagar rumah sahaja. Itupun secara tergesa-gesa kerana Kak Hani kelam kabut untuk menghantar anaknya ke sekolah.
“Lama tak jumpa Puteri? Sibuk benar doktor seorang ni.” Usik Abang Lok bila nampak kelibatnya sebentar tadi.
“Sibuk sikit la Abang Lok, burger macam biasa ya.” Ujurnya sambil menarik kerusi tempat biasa yang dia duduk kalau datang kesitu.
“Penat sangat ke?” Tegur Abang Lok sambil membakar burger yang diorder oleh gadis itu tadi.
“Penat hati dan perasaan, Ini lagi penat dari penat berkerja.” Katanya bersuara lemah.
“Apalagi ni Puteri, Abang Lok tengok kusut semacam aje ni.” Abang Lok meletakkan sebakul kecil bawang besar di meja tempat Puteri duduk sambil menarik kerusi untuk duduk disebelah gadis itu. Kerja-kerja membakar burger diambilalih oleh pekerjanya pula.
“Entahlah Abang Lok soal hati ni payah nak bawa berbincang. Makin dipujuk makin degil plak. Serabut, kesian, sedih, kecewa semua bercampur aduk ni.” Luahnya sudah merapu meraban tuturnya itu.
“Tenat sangat bunyinya tu. Macam ni Puteri. Abang Lok ni tak pandai sangat nak nasihat orang. Tapi Puteri mintalah dengan DIA. Minta sungguh-sungguh. InsyaAllah akan ada jalannya nanti walau sekusut manapun masalah itu.” Nasihat Abang Lok meresap masuk ke jiwa Puteri. Hatinya seolah dikejutkan sebenar, buatkan hati Puteri tersentak sendiri.
Alllahuakbar, sombongnya dia dengan Allah selama ini. Ya hanya Allah Maha Pengatur akan hidupnya. Sekuat mana pun dia berfikir kalau bukan dengan izinNYA siapa la dia untuk menidak atau meniyakan tentang takdir hidupnya.
“ Hahh ni lagi satu... Mertua Abang Lok tu dah bising, katanya lama sudah tidak bertemu Puteri.” Komen lelaki itu pula.
Abang Lok mula membuka topik tentang dirinya. Memang salahnya juga jarang dapat menjengah Mak Munah dirumah. Aidan dan Aisya pun cuma sempat disapa ketika budak-budak itu sedang kelam kabut nak ke sekolah pepagi jer. Memang patut pun Abang Lok merunggut begitu padanya.
“Macam biasa jer Abang Lok, tapi beberapa minggu ni kerap ke rumah Kak Long kat Putrajaya ada hal keluarga. Itu yang hari cuti jer Puteri hilang.” Katanya bercerita stuasi dirinya beberapa minggu ini.
“Oooo patutlah, ada rombongan meminang ke?” Gurau Abang Lok pula sambil menghulurkan burger yang dipesannya tadi.
“ Hishhh ke situ pulak.” Selepas burger bertukar tangan Puteri cepat-cepat meminta izin untuk pulang. Bahaya betul la Abang Lok ni, macam ahli nujum, mengena plak tekaannya itu. Sebelum Abang Lok buat scan lebih panjang lebar lagi baik dia cabut cepat-cepat.
Sesampai didepan rumahnya, kereta Ford Rangger Hitam sudah terpangkir menghalang laluan pagar rumahnya. Melihat kelibat keretanya Tengku Adam Haiqal mengundur sedikit keretanya untuk memberi laluan kepada Puteri masuk ke garaj keretanya.
“Assalamualaikum... Apa Tengku buat depan rumah saya ni.” Tegur Puteri setelah keluar dari kereta dan menghampiri pintu pagar rumahnya. Tengku Adam Haiqal juga turut turun sambil membimbit bag kertas berwarna kuning cair.
“Walaikumusalam... Saja rindu nak jumpa bakal isteri.” Balasnya selamba sambil menghulur bag kertas yang ada ditangannya.
“Hishh mengada... Bila balik ke sini?” Tanya Puteri pula menutup rona malu diwajahnya.
“Baru kejap sampai ni, belum balik rumah pun. Ingat nak ke Hospital macam dah tak sempat. Itu terus tunggu disini.” Katanya menjelaskan.
“Esokkan kita nak berjumpa, tunggu esok jer la.” Kata Puteri pula. Buat-buat selamba badak.
“Kenapa Puteri tak rindu dekat Qal ke?” Soalnya pula.
“Jangan mengadalah...Tengku rindu Puteri ke?” Aduh salah soalan plak dah. Mulut ni kan?
“Rindulah kalau tidak tak adalah Qal terpacak depan rumah sayang macam ni.” Sengaja dia membuat suara mengoda gatal begitu.
“Oklah dah jumpa kan... Puteri masuk dulu.” Kata Puteri tergesa-gesa memusing badan dan laju melangkah kepintu rumah. Makin seram dia berlama-lama disitu. Mukanya jangan cakaplah macam udang kena panggang dah rasanya.
“Sayang esok, Qal jemput pukul 9 pagi ya.” Suara lelaki itu memecah sunyi ketika dia baru mahu menutup pintu rumahnya.
“Thank.... “ Puteri mengangkat bag kertas ditangannya itu. Dek kerana terkasima sebentar tadi dia senonong je berlalu ke rumah tanpa sempat mengucapkan terima kasih atas pemberian lelaki itu.
Setelah menutup pintu. Puteri duduk bersandar dipintu yang telah tertutup rapat itu. Jantungnya macam nak tercabut dibuatnya. Aduhai lelaki ini.
Selepas membersihkan diri dan bersolat dia menapak ke katil sambil membaca pesanan ringkas yang baru masuk beberapa minit yang lalu. Dari Abang Afif bertanya adakah dia sudah pulang kerja. Begitulah kedua kakak dan abangnya tu. Walaupun jauh kalau bukan dengan panggilan pasti ada saja pesanan ringkas yang dihantar setiap hari bertanyakan keadaannya. Ikatan keluarganya terlalu erat, jadi kerna itulah Puteri tidak sanggup melukakan siapapun antara mereka. Dia akan cuba memberi ruang untuk dia kenali lelaki itu. Adam adalah jodoh buatnya dari Allah, kerana lelaki itu adalah pilihan keluarga untuknya.
Tiba-tiba masuk pesanan ringkas dari Tengku Adam Haiqal pula ketika dia telah menutup lampu dan bersedia untuk melelapkan mata. Ting.
“Sayang dah tidur ke? Sweet dream, Mimpi Qal ya......”
Puteri hanya membalas semula dengan hantaran icon gambar tidur jer. Aduhailah lelaki ini kenapalah selalu buat hatinya berlibang libu. Dia sudah nekad dengan hatinya untuk berterus terang dengan lelaki itu esok. Tapi kenapa lelaki itu membuatkan dia serbasalah dengan keputusannya sendiri. Janganlah sampai dia menukar niatnya hanya kerana hatinya telah dicairkan lelaki itu sepenuhnya. Ya Allah tolonglah tunjukkan dia arah. Kalau benar lelaki itu jodohnya dekatkan mereka dan kalau lelaki itu bukan ditakdirkan untuknya jauhkanlah mereka. Doa Puteri sebelum melelapkan mata.

"Thank You All....Enjoy reading Sikit lagi nak sampai plot twist......sabar ya sayang2 semua......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience