BAB 20 - DINNER

Romance Completed 85469

Tengku Adam Haiqal sedang bersiap dengan sut kemeja siap berkot warna biru gelap. Walaupun dia tidak begitu suka bergaya begitu namun panggilan telefon abangnya Tengku Adam Haris yang meminta dia mengantikannya di majlis makan malam untuk menyerahkan sponsor syarikatnya kepada satu badan NGO yang ditaja oleh syarikatnya. Abangnya terpaksa bergegas ke Jakarta kerana ada belaku kemalangan pekerja mereka di tapak pembinaan disana. Mahu atau tidak dia terpaksa juga bersiap ala-ala ahli korparat yang bukan bisa-bisa. Ikutkan hatinya dia tidak mahu pergi ke majlis itu... Ah harapnya tak adalah orang yang perasan yang dia bukanlah CEO JnZ Copration yang sebenarnya.
Selepas menerima paggilan abangnya tadi Tengku Adam Haiqal terus menelefon sepupunya Tengku Edora untuk menemaninya pada malam ini. Mujur juga sepupunya free pada malam itu. Alhamdulilah selamat satu hal,kata hatinya.
Tepat pukul 8 malam dia sudah terpacak didepan Vila Tengku Nora bonda saudaranya. Tengku Edora akan menjadi pasangannya pada malam ini.
“Wow cantik adik abang malam ni. Abang bagi cam cari sepupu baru malam ini.” Usiknya setelah melihat adiknya sepupunya yang sudah terpacak didepannya.
“Jangan Abang yang jumpa sepupu baru sudah, langsung Rara kena balik naik Grab nanti.” Tengku Edora pula yang mengusiknya.
“Siapalah yang sudi dengan abang ni, lainlah CEO JnZ Copration saham dia lain macam.” Jawab Tengku Adam Haiqal pula.
Selepas mereka masuk ke kereta , Tengku Adam Haiqal terus memaklumkan pada adik sepupunya supaya jangan sesekali memanggil dia dengan nama Tengku Adam Haiqal. Dia tidak mahu sesiapa kenal dia adik kembar kepada CEO JnZ Copration itu. Untuk menjadi Tengku Adam Haris dia tak ada masalah sebab wajah mereka seiras. Cuma kulitnya sahaja sedikit gelap berbanding abang kembarnya itu.
“Abang ni kan, kata tadi nak cari sepupu baru untuk Rara. Ini nak jadi Ceo JnZ Copratian plak. Saham tentu la tinggi tu” Gurau adik sepupunya itu.
“Kalau ada yang abang berkenan nanti abang PM tepi la.” Pecah gelaknya dengan usikan adik sepupunya itu.
*****************************
Setelah sampai didewan itu Harith membuka pintu kereta untuknya. Sebelum melangkah masuk ke ballroom itu. Harith menyerahkan kunci kepada pekerja hotel yang sedia menunggu diluar. Baru dua langkah mereka menapak ke dalam.
Kereta Ford Ranger warna hitam berhenti betul-betul ditempat Harith menurunkannya tadi. Seperti kereta Tengku Adam Haiqal bisik hati Puteri pula. Beberapa minit lelaki itu keluar dan membuka pintu sebelah penumpang untuk membolehkan pasangannya agar dapat beriringan dengannya keluar ke Hallroom tersebut.
Selepas menyerahkan kunci kereta pekerja hotel yang sedia menunggu disitu. Dia melangkah masuk ke Hallroom seperti Puteri dan Harith juga.
“Doktor Puteri jerit Tengku Edora yang terperasaan akan kehadiran wanita itu.” Teruja aje gayanya.
Jeritan Tengku Edora menyebabkan langkah Puteri terhenti. Harith disebelahnya juga menoleh kepada wanita yang memanggil nama Puteri itu.
“Tak sangka jumpa Doktor kat sini.” Sapanya sambil memegang tangan Puteri.
“Puteri jer. Puteri temankan kawan. Kenalkan Harith Iskandar.” Puteri kenalkan Harith pada Tengku Edora yang beriak tertanya siapakah lelaki disebelahnya itu.
“Oooo hai, Harith jer.” Harith menghulurkan tangan kepada gadis itu.
“Edora...Oh ya ini abang saya, Tengku Adam Ha...Haris.” Ujurnya.
“Abang ini Doktor Puteri, ingat tak doktor yang Rara cerita selamatkan Rara ketika kemalangan dulu tu. Dan ini Mr. Prince dia Harith Iskandar kan?” Riang benar suara Tengku Edora dapat bertemu orang yang dia kenal dimajlis yang tentunya akan ramai berwajah plastik ini.
“Hai. Harith menghulurkan tangan kepada lelaki didepannya.” Kenapa Tengku Adam Haris seakan tidak mengenalinya sedangkan baru minggu lepas mereka berjumpa dan bermeeting tentang projek di Johor itu.Bisik hati Harith pula.
“Hai, nice to meet you.” Tutur Tengku Adam Haiqal dengan senyum dibuat-buat. Dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi didepan Puteri. Dia yang dikenalkan sebagai nama Tengku Adam Haris sewajarnya dia terus berlagak sebagai abangnya. Namun gelora yang menunjal-nunjal hatinya bila melihat Puteri berpasangan dengan lelaki yang sama dia terserempak sebelum ini. Hatinya mula tidak keruan. Siapakah lelaki itu dengan Puteri. Kalau tidak silap pandangannya lelaki itu juga yang terserempak dengan mereka ketika dia membawa Puteri tempohari. Benarkah mereka hanya rakan seUniversiti sahaja. Hati Tengku Adam Haiqal mula resah gelisah.
Puteri yang berpura-pura tersenyum hanya mengangguk cuma. Walaupun hatinya terguris lagi. Dia hanya berpura-pura tidak mengenali lelaki didepannya itu. Siapa sebenarnya Tengku Adam Haiqal ini. Siapa pula nama lain yang digunakannya sebagai Tengku Adam Haris. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Apakah dia tersalah dengar atau lelaki itu berpura-pura tidak mengenalinya.
Setelah masuk ke dalam Hallroom itu, Harith membawanya duduk dimeja sebelah kanan. Manakala Tengku Adam Haiqal dibawa oleh Usher ke meja VVIP di depan pentas. Namun sesekali Puteri perasaan pandang Tengku Adam Haiqal melirik kearahnya.
“Harith... Puteri pergi ke washroom kejap ya.” Bisiknya kepada Harith disebelahnya.
Puteri bangun melangkah ke sudut kiri Hallroom itu untuk ke washroom di bahagian tepi Hallroom tersebut.
Ketika keluar dari washroom, Tangan Tengku Adam Haiqal menyambar tangannya dan menarik dia ke sudut tangga yang bersebelahan washroom hotel tersebut.
“Sudah tiga kali saya tengok Puteri bersama lelaki itu. Siapa dia? Mustahil rakan Universiti kan?” Tegas suara Tengku Adam Haiqal menerjah telinganya.
“Tengku pun sama... siapa Tengku Adam Haris? Kenapa perlu berpura-pura?” Kata Puteri tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia ingin tahu kenapa lelaki itu berpura-pura tidak mengenalinya. Hatinya terluka dan kecewa sebenarnya.
“Jawab pertanyaan saya dulu.” Kasar suara lelaki didepannya.
“Kawan saya, Kebetulan saya juga terlibat dengan NGO yang sama dengannya, Kami datang bersama itu sahaja. Salahkah kalau dia dan saya ada apa-apa pun. Saya bukan milik siapa-siapa pun.” Terlantung ayat itu dari mulut Puteri.
“Ok baik.” Tengku Adam Haiqal melepaskan bahunya dan berlalu keluar dari situ.
Puteri akhirnya menyandarkan tubuhnya ke dinding kesal dengan kelancangan bicaranya sebentar tadi. Pasti lelaki itu terasa dengan bicaranya sebentar tadi. Apakah apa yang dia rasa sama dengan apa lelaki itu rasakan. Tapi kenapa semua jadi begini. Kesal iya itu yang Puteri rasakan sekarang.

"Thank You All.... Enjoy Reading again.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience