Sudah dua minggu berlalu selepas majlis makan malam yang dihadirinya bersama Harith. Dan sudah dua minggu juga Tengku Adam Haiqal hilang terus. Beberapa kali juga Puteri cuba menghubunginya sama ada melalui panggilan atau pesanan ringkas. Namun lelaki itu terus juga membisu. Puteri sudah seakan kematian akal untuk menghubungi lelaki itu. Namun dihatinya nama lelaki itu terus melekat kukuh, bermain-main dimindanya. Dua minggu yang berlalu seolah meletakkan dia didalam dunia yang dia sendiri sukar menaksir hatinya.
“Assalamualaikum Cik Doktor, pukul berapa habis syif hari ini?” Sela Hairith ditalian.
“Walaikumusalam tuan CEO, mana menghilang dah seminggu lebih tak dengar khabar berita ni.”Balas Puteri pula.
“Mengapa? Rindu ke?”Usik Harith pula.
“Rindulah nak makan free CEO belanja.” Gurau Puteri pula.
“Puteri habis syif pukul berapa ni, tuan CEO nak belanja ni.” Kata Harith pula.
“Baru habis ni, ondway ke bilik ni, Harith kat mana ni?” tanya Puteri pula
“Kat depan bilik doktor la, kat mana lagi.” Katanya sambil melambaikan tangan bila melihat kelibat Puteri berjalan ke arah biliknya.
“Wow satu penghargaan bila tuan CEO kat depan bilik ni.” Usik Puteri pula.
“CEO pun adakala sakit juga, Lagi-lagi sakit rindu, ada ubat ke doktor?” Usiknya lagi.
“Duduklah dulu, Puteri ke washroom jap.” Kata Puteri membawa langkahnya ke washroom untuk membersihkan diri. Cuak juga dia dengan usikan bermakna sebegitu dari Harith.
“Sorry lama sikit, Puteri bersolat sekali tadi. Dah jom.” Katanya sambil mengambil handbagnya dilaci.
Sesampai ditempat makan yang boleh tahan agak eksklusif itu, mereka berjalan beriringan masuk ke dalam. Rupanya Harith sudah tempah meja khas untuk mereka petang itu. Harith memaklumkan dia ada pertemuan dengan CEO JnZ Copration sekejap disitu. Kerana ingin menyerahkan proposal tander kepada CEOnya dan sekaligus minum petang. Puteri tidak ambil pusing tentang itu, Dia pun tak ada rushing untuk kemana-mana selain balik tidur untuk merehatkan diri selepas ini.
“You duduk dulu, Puteri nak ke Washroom sekejap ya.” Kata Puteri yang melangkah ke arah washroom.
Setelah kembali semula ke meja, Puteri melihat seorang lelaki dikerusi bersebelahan tempat duduknya tadi.
“Assalamualaikum.” Ujur Puteri menarik perhatian mereka.
“Walaikumusalam,.” serentak kedua-dua lelaki yang duduk dimeja itu menoleh ke arahnya.
Mata Puteri tunak memandang lelaki yang duduk disebelah Harith itu.
“Puteri, kenalkan ini Tengku Adam Haris CEO JnZ Corporation syarikat yang menaja program NGO yang kita hadiri tempohari, ingat tak?” Harith memperkenalkan lelaki didepanya.
“Doktor Puterikan? Ucap lelaki itu, Inagt tak kita pernah bertemu ketika adik sepupu saya eksiden tempohari.
“Oooo iya, abang sepupu Tengku Edora ya?” Puteri tergagap-gagap beramah mesra dengan lelaki itu. Tapi kenapa lelaki didepannya ini terlalu serupa dengan pemilik nama Tengku Adam Haiqal. Kalau adik beradik pun tak akan seiras sangat, bisik hati Puteri lagi.
Sepanjang pembincangan itu, Puteri hanya diam membisu membiarkan kedua-dua lelaki itu berbincang urusan perniagaan mereka. Sesekali dia merenung lelaki seiras Tengku Adam Haiqal itu. Rindu datang mengebu dihatinya pada pemilik nama itu. Hampir setengah jam berlalu, Tengku Adam Haris meminta diri untuk berlalu. Sebelum berlalu lelaki itu sempat berbisik padanya.
“Qal mengikuti misi kemanusian bersama Syria Care ke Lubnan selama sebulan, dua minggu lagi dia akan balik.”
Sambil tersenyum dan mengganguk dia berlalu dari meja itu. Harith pula mengalihkan pandang tunak padanya. Puteri hanya mengangkat bahu sebagai isyarat no comment.
Patutlah lelaki itu hilang terus dari radar mengikut misi rupanya atau membawa hati yang rajuk. Hishh Puteri sesitu pula fikirnya.
Tapi kenapa lelaki seiras Tengku Adam Haiqal tadi berbisik begitu padanya, adakah lelaki itu tahu akan apa yang telah terjadi diantara dia dan Tengku Adam Haiqal. Maknanya... Aduhhh malunya diaa.
"Thank You All...Smile...Enjoy Reading ya semua...."
Share this novel