Hari ini sudah sebulan dan lima hari berlalu. Ingatan dan rasa bersalah pada lelaki itu terusan menghimpit hatinya. Kalau ikut perkiraan Puteri sepatutnya lelaki itu sudah ada di Malaysia sekarang. Tapi kenapa lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Panggilan yang dibuatnya hanya masuk ke peti suara, Hantaran pesanan ringkasnya juga tiada tanda-tanda blue tick. Ingin sekali dia melihat lelaki itu. Sebulan lebih menunggu khabar berita dari lelaki itu membuatkan dia resah gelisah menunggu bayangan lelaki itu.
Selepas waktu kerja syif malam itu dia singgah ke gerai Abang Lok untuk mencari kudapan malam yang sudah hampir dua minggu tidak dijamahnya. Hatinya yang terlalu merindu menyebabkan separuh jiwanya terbang entah ke mana.
“Assalamualaikum.. Abang Lok sihat? Macam biasa ya.” Pesan Puteri setelah melabuh duduk di kerusi tepi meja kerja Abang Lok.
“Walaikumusalam... Kenapa ni Puteri lemau aje, tahu ler syif malam. Tapi ini macam lemau jiwa raga ni.” Usik Abang Lok sambil memandang gadis disebelah meja gerainya itu.
“Rindu... sengaja Puteri tekankan ayat itu.” Mungkin berkata begitu hati akan sedikit terubat.
“Hish parah dah kamu ni Puteri, Cuba cerita pada Abang Lok.” Lelaki itu mengamit pekerjanya memyambung tugas sementara dia berkalih tempat dan menarik kerusi menghadap adik angkat kesayangan isterinya itu.
“Abang Lok, macam mana nak tahu hati lelaki ni. Kadang Puteri tak faham, kata berkawan aje, tapi dia punya takcare, cemburu dan merajuk mengalahkan perempuan.” Toleh Puteri pada abang angkatnya itu.
“C.I.N.T.A la tu cik adik oii... buat apa dia nak buat semua tu kalau dia tak sayang. Hishh... slow la Puteri ni.” Kata Abang Lok sambil berdiri masuk semula ke meja kerja gerainya.
“Hishh ke situ plak... bukan ke kalau cinta tu kena lafazkan? Declare perassan tu, baru boleh respon.” Puteri bertanya akan jawapan Abang Lok yang buat hatinya tambah gundah itu.
“Kamu pun sama, saja main tarik talikan. Sama-sama slow....Abang Lok dulu masa nak pikat Kak Hani..gentleman tau. Depan Umi Abang Lok propose...tengok sekarang Aidan dan Aisya dah muncul.” Guraunya pada Puteri sambil tangannya menghulur burger yang dipesan gadis itu sebentar tadi.
“Itu kalau Abang Lok tapi kalau Encik Tengku tu....lambattt lagi ler. Ok la ni duit.” Puteri menghulurkan bayaran burgernya.
“Hari ini Abang Lok belanja, bagi hati yang gundah gulana tu ceria sikit.” Duit ditangan Puteri tidak diambilnya.
“ Haah itu dah sampai pun orang yang disebut-sebut kan?”Abang Lok memuncungkan mulut kepada sekumpulan geng motobike yang baru tiba di depan gerai Abang Lok.
Puteri menoleh kearah sama yang ditunjukkkan oleh Abang Lok. Pasti lelaki bernama Tengku itu ada dalam kelompok mereka. Selepas meminta izin pulang, Puteri tergesa-gesa menapak ke keretanya. Nasib kali ini dia pangkir kereta di sebelah tepi gerai, jadi agak jauh dari kumpulan geng mat-mat moto tersebut.
Setiba dirumah Puteri menapak ke dapur mencapai gelas. Peti sejuknya ditarik. Air Oren yang dia bancuh semalam masih tersisa separuh lagi. Dia tuangkan air tersebut digelas. Walaupun selepas melihat sosok lelaki itu didalam kumpulan tadi dia pasti lelaki itu tidak perasaankannya. Biarlah buat apa dia terus mengingat lelaki itu. Kalau tuan badan sendiri sudah menjauh. Dia perlu tahu diri siapa dia. Putus Puteri lagi. Selesai memakan burger dia menapak naik ke tingkat atas, membersihkan diri, bersolat dan tidur.
Esok kebetulan dia memohon cuti rehat selama dua hari bersambung pula dengan cuti bertukar syif. Jadi dapat la tiga hari dua malam dia dikampung. Rindu benar dia pada Ibu, Ayah dan Atuk, Sudah lama dia tidak meronda-ronda sawah bendang Atuknya. Selepas pemergian nenek setahun yang lalu Ibu dan Ayahnya pulang ke kampung bagi menguruskan Atuk sebelah ayahnya yang sendirian disana. Ayahnya anak tunggal, pastilah tanggungjawab menguruskan Atuk terpikul dibahu Ayah dan mereka terus menetap disana. Selepas perkahwianan Abang Afif, Ibu dan Ayah hanya tinggal berdua sahaja dirumah teres dua tingkat tempat kami membesar itu. Puteri pula terpaksa menyewa rumah lain kerana Hospital tempat dia bertugas berada didaerah berlainan walaupun cuma memakan masa 45 minit perjalanan sahaja. Oleh kerana syifnya yang tidak tentu masa, Puteri tidak berani memandu kenderaan waktu malam sendirian untuk pulang ke rumah. Ibu dan Ayahnya juga tidak membenarkan, kerena risau keselamatanya itu.
Kalau dulu setiap kali cuti bertukar syif dia akan balik kerumah mereka di Klang. Menghabiskan masa menemani Ibu dan kadangkala mereka keluar bershoping bersama. Tapi kini hanya telefon bimbit yang menjadi penghubung antara mereka. Dan jika permohonan cutinya diluluskan dapatnya dia balik bermanja dengan Ibu, Ayah dan Atuk kesayangannya itu. Tak sabar rasanya menunggu esok hari.
Thank you all.... Enjoy Reading.....Smile..."
Share this novel