BAB 6 - KERABAT

Romance Completed 85459

Sebelah petang, Tengku Adam Haris bergegas ke hospital setelah mengetahui tentang kemalangan yang menimpa adik sepupunya itu. Sebenarnya dia ingin terus kesana pagi tadi, tapi kerana ada mesyuarat sangat penting yang terpaksa dia hadiri. Lagipun Bonda telah ke sana dan telah memaklumkan keadaan Tengku Edora yang sudah sedar dan dalam pantauan doktor.
“Mir...Macam mana keadaan Edora?” sapa Haris sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan sepupunya yang sedang menunggu diluar kerana Tengku Edora sedang diperiksa oleh doktor.
“Doktor!... macam mana keadaan adik saya.” Tanya Tengku Emir setelah melihat Doktor Puteri keluar dari bilik rawatan adiknya.
“Encik abang pesakitkan? Alhamdulillah keadaannya sudah stabil cuma kita perlu tunggu ujian MRI yang dilakukan tadi.”
“Bila kita boleh tahu tentang result MRI tu ya doktor?” Tanyanya lagi.
“Insya Allah esok pagi, nanti Doktor yang bertugas esok akan maklumkan pada encik ya, saya pergi dulu.” Sela Doktor Puteri sambil berlalu.
“Sekejap doktor, Saya Tengku Emir, semalam saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada Doktor kerana membantu adik saya. Kalau tak ada doktor tak tahulah macam mana keadaannya.
“Sama...saya pun kebetulan lalu jalan yang sama, Allah yang takdirkan, kalau orang lain pun pasti akan buat pekara yang samakan.” Ujur Doktor Puteri sambil tersenyum dan meminta diri untuk berlalu keluar.
Fikiran Puteri masih sedikit terganggu dengan lelaki yang bersama dengan Abang pesakit yang dia pantau sebentar tadi. Kalau tidak salah pengamatannya itu lelaki yang sama yang dia rawat sebulan yang lepas. Kenapa lelaki tu langsung tidak bertegur sapa atau paling tidak pun menoleh kearahnya. Aahhh dungu la kau Puteri, kau ingat kau itu siapa dia nak pandang. Doktor yang kebetulan bertugas pada hari tersebut sahaja. Ada hati nak berangan nak bertegur sapa dengan keluarga kerabat seperti mereka. Puteri mengutuk diri sendiri dengan bisikan perasaannya.
Hampir pukul 5 petang Tengku Noris datang semula ke hospital di mana anak saudaranya itu dirawat.
“Assalamualaikum... Haris dah lama sampai? Edora macam mana hari ni?”Tegur wanita itu sambil menapak duduk dikerusi yang dikosong oleh Tengku Haris sebentar tadi.
“Alhamdulillah bonda...cuma kepala ni sesekali rasa berdenyut juga.”selanya sambil memicit dahinya.
“Apa kata doktor?” tanya Tengku Noris sambil menoleh ke arah anaknya Tengku Haris.
“Emir kata tak ada yang serius, cuma perlu tunggu result ujian MRI yang dilalkukan pagi tadi.” Jawab Tengku Harris seperti yang dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya tadi.
“Hari tu, masa Haiqal dirawat disini, Doktor Puteri yang mengurusnya, sekejap Bonda keluar jumpa dengan dokotr tu sekejap.” Ujur Tengku Noris berdiri untuk berlalu keluar.
“Bondakan maksudkan Doktor Puteri Ayuni ke?” Tanya Tengku Edora kepada ibu saudaranya itu.
“Haah dia la tu.” Ujur Bonda.
“ Bonda tahu dialah yang selamatkan Edora ditempat kemalangan semalam, berpatahbalik ke hospital menguruskan Edora dan menyelamatkan semua barang milik Edora dikereta. Bukan itu saja dia turut hantar Edora ke wad dan tunggu sehingga Abang Emir sampai. Bonda sampaikan salam terima kasih Edora padanya ya” Ujurnya bercerita.
“Iyalah, Bonda keluar kejap.” Ujur Tengku Norris sambil berlalu ke pintu.
“Boleh saya jumpa dengan Doktor Puteri.” tanya seorang wanita yang kelihatan kemas bergaya ala Datin2 itu dikaunter jururawat.
“Maaf Puan, Doktor Puteri dibilik nombor 5, jom saya hantarkan.” Sambil menunjukkan jalan kepada Wanita tersebut.
“Iya Seri...”Sapa Doktor Puteri sambil menoleh ke arah pintu.
“Doktor, ada tetamu nak berjumpa doktor.”ujur Seri sambil menbuka pintu untuk wanita itu masuk.
“Assalamualaikum... Doktor Puteri, masih ingat saya.” Ujur wanita itu sambil melangkah masuk kearahnya dan Seri menutup kembali pintu bilik tersebut.
“Walaikumusalam...Tengku Noris, sila duduk.” Pelawa Puteri yang tersedikit kelam kabut dengan kedatangan wanita kerabat itu.
“Saya ibu saudara Tengku Edora. Macam mana keadaan dia.” Maklum wanita itu kenapa dia turut ada dihospital itu.
“Oooo keluarga Tengku Edora...Alhamdullah dari pantauan yang saya lakukan tadi keadaannya bertambah baik. Cuma kami perlu lihat result ujian MRI yang dilakukan pagi tadi. Tapi Tengku tak perlu risau itu, adalah prosuder normal bagi pesakit yang kemalangan dan ada kecederaan hantukan yang agak kuat dikepalanya. Biasanya kalau tidak terdapat masalah lain, keadaan pesakit akan pulih seperti sediakala setelah beberapa hari.” Ujur Puteri panjang lebar.
“Alhamdullah... saya dengan Puteri juga yang selamatkan Tengku Edora ketika kemalangan semalam, Terima kasih Puteri walaupun kepenatan balik kerja Puteri tolong bantu merawatnya sehingga Tengku Emir datang ke hospital semalam. Malah turut sama selamatkan barang2 penting milik Edora.” Bicara wanita itu yang sangat berterima kasih kepadanya.
“Kebetulan saja Tengku, saya melalui jalan tersebut. Kalau orang lain pun pasti akan buat pekara yang samakan?”Ujur puteri yang tersangat segan disanjung setinggi itu.
Setelah wanita berstatus Tengku itu keluar dari biliknya, dugaan Puteri terhadap lelaki yang dia jumpa ketika keluar dari bilik Tengku Edora tadi adalah tepat. Itulah lelaki yang sama yang dia selamatkan hari tu. Tidak mengenalinya.. itu biasanya, siapalah dia, seorang doktor biasa yang kebetulan merawat ketika itu. Hissh apa yang ku memikirkan sangat tentang dia, sebelum ini pun macam2 orang telah aku rawat kenapa nak terkesan sangat hanya dengan sifat orang-orang kerabat sepertinya untuk mengenaliku. Puteri berangan-angan la kau ni.

"Thank you....New Chapter Updataed....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience