BAB 17 - KERETA SIAP

Romance Completed 85459

Setelah tiga hari berlalu kereta yang sangat dirindukan akhirnya siap juga. Kebetulan hari ini dia off day. Selepas menerima panggilan dari Tengku Adam Haiqal sebentar tadi Puteri bersiap-siap untuk mengambil keretanya. Kegirangan hatinya bukan sedikit sudah tiga hari dia menempel aje dengan anak Tengku itu naik segan dia dibuatnya. Lebih kurang 10 minit berlalu kereta Tengku Adam Haiqal sampai ke rumahnya. Puteri yang sudah bersiap dengan Blause labuh ala muslimah dan jeans kain linen yang dipadankan shwal yang dililit dikepalanya ala-ala Hanis Zulikha gitu. Jarang Puteri berpakaian begitu. Selalu dia rembat apa yang selesa sahaja. Janji menutup aurat.
“Assalamualaikum.” Tegur Puteri sambil membuka pintu kereta sebelah penumpang.
Tengku Adam Haiqal memandangnya tunak. Salam yang dihulur juga tidak bersambut.
“Tengku!” Puteri menyeru nama lelaki itu sekali lagi.
“Haah... Iya...Dah lama tunggu.” Sapa lelaki di sebelahnya pula.
“Baru jer keluar tadi.” Puteri menjawab ala kadar, sebenarnya sudah hampir 10 minit dia menunggu di luar rumahnya. Dek kerena excited sangat nak pergi ambil keretanya lepas aje selesai panggil dari lelaki itu terus bersiap-siap macam lipas kudung.
“Kita pergi sarapan dulu la ya.” Saya sudah call Tauke Chong tadi, katanya dalam pukul 10 kita boleh ambil kereta awak tu.” Ucap Tengku Adam Haiqal sambil menoleh sekilas padanya. Cantiknya dia bila bersiap begitu. Desis hatinya.
“Oooo iya ke? Boleh jer.” Walaupun nada suara Puteri sedikit kecewa dia cuba mengawal sebaik mungkin. Lelaki itu telah banyak menolongnya. Apa la sangat dalam 1 jam lebih jer tu.
Ketika mereka sedang sarapan, telefon bimbit Tengku Adam Haiqal berbunyi nyaring.
“Hello... Iya bos. Hari ni ke? Pukul berapa mula. Ok-ok dalam 15 minit aku sampai.” Tengku Adam Haiqal meletakkan telefon semula.
“Kita ke ofis saya sekejap boleh? Big bos nak minta salinan proposal kebetulan saya terbawa balik plak semalam.” Katanya sambil memandang kearah Puteri didepannya.
“Kalau Tengku busy tak apa la, saya ambil grab jer ke Bengkel Tauke Chong tu, bukan jauh pun.” Puteri mencuba nasib. Dia sebenarnya lebih selesa terus ambil keretanya dan test drive mengikut kemahuan hatinya lagipula dia bercuti hari ini.
“No, awak datang dengan saya dan balik pun mesti dengan saya juga.”Tegas suaranya.
Plak tadi tanya. Kalau gitu jawabnya baik ajak ajer terus tadi. Peninglah lelaki sorang ni A katanya A la jawabnya. Jenuh siapa jadi bini dia ni. Puteri malas banyak soal dia hanya mengangguk cuma.
Lebih kurang 15 minit perjalanan mereka, Tengku Adam Haiqal membelok masuk ke Wisma bangunan JnZ Copration tempat dia berkerja. Bangunan gah sepuluh tingkat itu bukan calang-calang wisma. Dari luar sudah menampakkan design bangunan sangat sofisicated dan mewah.
“Awak nak ikut ke pejabat saya.” Pelawa Tengku Adam Haiqal. Walaupun dia tidak pernah membawa mana-mana wanita pun untuk melintas depan lobi pejabatnya namun dengan Puteri dia seolah tidak kisah. Apalagi pasti gosip-gosip akan berterbangan untuk seminggu dua dari kalangan stafnya.
“Tak mengapalah Tengku, saya tunggu di lobi saja. Nanti apa kata staf-staf Tengku nanti.” Puteri menolak lembut. Tak mahu dia dicop stok wanita-wanita lelaki bergelar Tengku itu. Seram.
“Puteri, buat apa kat sini?” Tegur Harith yang kebetulan baru keluar dari lift.
“Harith... Puteri tunggu kawan, kebetulan dia urusan disini. Harith buat apa kat sini?” Tanya Puteri pula. Dia agak teruja juga berjumpa lelaki itu disini.
“Puteri tak kerja ke hari ni.” Tanya Harith sambil melabuhkan duduk dikerusi berdepan gadis itu.
“Hari ni cuti, nak pergi ambil kereta di Bengkel. Itu minta tolong kawan hantarkan, Kebetulan dalam perjalanan tadi bos dia call minta hantarkan dokumen itu yang terus kesini dulu.” Terang Puteri panjang lebar.
“La kenapa tak call Harith jer semalam?” Kata lelaki itu pula.
“Harith pun sama busykan, Ini bukan baru habis meeting ke?” Duga Puteri pula.
Harith kemudiannya tersengih jer kerana Puteri lebih bijak membaca fikiranya.
“Esok kerja syif pukul berapa? Tanya Harith pula.
“Esok syiif pagi. Sampai pukul 2 petang. Nak ajak makan free ke?” Usik Puterl pula.
“Itu yang tanya tu, lagipun ada hal nak minta tolong. Esok pukul 2.00 petang Harith ambil kat Hospital ya.” Kata lelaki itu sambil mula berdiri.
“Harith kena pergi ni ada appoiment dengan Bank sekejap lagi. Jumpa esok ya.” Harith mengucapkan salam dan mula melangkah ke arah pintu keluar.
“Siapa tu?” Berdiri Tengku Adam Haiqal dibelakangnya yang sedang berdiri memandang Harith berlalu keluar itu.
“Dah settle, jom.” Ucap Puteri pula.
“Tell me who that guys.” Tegas suara Tengku membisik ke telinganya.
“Friend....kawan universiti saya la, kebetulan dia ada busines meeting disini tadi.” Puteri memandang tunak lelaki disebelahnya. Jealous ke? Over la mamat ni aku bukan girlfriend dia pun.
Sesampai di Bengkel Tengku Adam Haiqal menarik tangan Puteri terus masuk ke pejabat Tauke Chong untuk bertanyakan tentang keretanya. Perbuatan spontan lelaki itu menyebabkan Puteri terkedu seketika. Namun dia menurut juga langkah lelaki itu.
“Bos sudah sampai ya, Ini kunci bos punya cinta.” Usik lelaki cina itu.
“Sudah ok ke semua bos?” Tengku Adam Haiqal sekadar berbasi-basi.
“Sudahhhh....bos tak perlu risau lagi. Cantik kalau kereta breakdown lagi, cepat-cepat cari saya tau.” Usik Tauke Chong lagi.
“Ok la bos, senang-senag kita cerita lagi.” Tengku Adam Haiqal bangun.
Tengku Adam Haiqal menyerahkan kunci kereta milik Puteri.
“Jom.” Ucapnya sepatah.
“Tapi saya belum bayar lagi.” Kata Puteri pula sambil mata memandang Tauke Chong yang tersengih dari tadi.
“Sudah settle semua cantik.” Kata Tuke Chong sambil tersenyum memandang Tengku Adam Haiqal.
“Tengku berapa semuanya,nanti saya tranfer ya.” Kata Puteri sambil beriringan ke keretanya.
“Kalau nak bayar belanja saya makan tengahri, saya takut awak pinjam Ahlong plak. Jenuh saya nak tebus awak plak nanti.” Usiknya sambil tersenyum.
Puteri hanya mengetap bibir. Kelu seketika. Suka hati dia aje perli aku. Hishh ...

"Thank you all....Enjoy reading...smile....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience