BAB 29 - ZIARAH

Romance Completed 85459

Tengahari itu mereka menerima kedatangan orang yang ditunggu-tunggu. Tamu yang sudah dianggap seperti keluarga itu. Selepas kenduri semalam mereka menyambung pertemuan singkat di lobby Hotel dimana tempat Tan Sri Tengku Kamil dan Puan Sri Tengku Noris menginap itu. Sehinggalah hari hampir menjelang senja barulah mereka berdua suami isteri balik ke kampung mereka yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan sahaja dari situ. Driver Tan Sri Tengku Kamil menghantar mereka hingga ke rumah. Tan Sri Tengku Kamil mempelawa mereka untuk bermalam di Hotel itu, namum terpaksa ditolak kerana ayahnya tinggal sendirian dirumah. Tan Sri Tengku Kamil juga tidak dapat kerumahnya kerana ada meeting dinner dengan beberapa rakan niaganya pada malam nanti dan mereka berjanji akan ke rumahnya pada tengahari esok sebelum mereka pulang semula ke Shah Alam sebelah petangnya.
Tengahari itu Puan Adila menyiapkan masakan kampung yang sangat popular di dearah mereka. Nasi daging air asam, ikan perkasam goreng, sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan dan pencuci mulutnya dia membuat Lengat Pisang dan Apom.
“Alhamdulilah sampai juga Tan Sri dan Puan Sri berdua ke rumah kami.” Ucap Zaidi sambil menjemput tamu itu masuk ke rumah.
“Panggil aje macam dulu Zaidi, tak payah ber Tan Sri Puan Sri rasa macam bukan keluarga plak. Saya gunakan gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi jer. Kawan-kawan dan keluarga cukuplah dengan panggilan biasa tu, tak adalah kekok saya nak berbual.” Kata Tan Sri Tengku Kamil kepada tuan rumah yang sudah diangggap seperti keluarga itu.
“Iyalah Tengku, Tapi ini aje la rumah kami, harap Tengku selesalah, rumah kampung kan.” Ujur Zaidi pula beralas kata.
“Rumah macam ini yang saya suka sangat, angin sawah yang terbentang indah didepan mata, Aduh damainya. Ini kalau saya stres dengan macam-macam hal di Shah Alam jangan terkejut kalau tiba-tiba kami terpancak didepan rumah Zaidi.” Gurau Tan Sri Tengku Kamil sambil menjenguk keluar tingkap.
Isterinya sudah berlalu ke dapur bersama Puan Adila, Puan Sri Tengku Noris sudah buat seperti rumah sendiri tanpa dipelawa. Tak malu betul. Nasiblah keluarga itu sudah dikenal lama, Itulah sikap isterinya yang dia sangat suka. Selalu menjadi diri sendiri. Bukan seperti orang yang membawa title Puan Sri dan Datin Seri yang konon-kononnya menjaga nama itu.
“Banyaknya Dila masak, Nasi Daging Air Asam. Ya Allah kecur air liur.” Kata Puan Sri Tengku Noris sambil melihat Puan Adila menyenduk semua masakanya sebelum mereka menjamu selera tengahari itu.
“Assalamualaikum....” Ayah Mertuanya menjengah ke pintu dapur rumah.
“Walaikumusalam. ..” Jawab mereka serentak sambil menoleh ke arah pintu.
“Sudah sampai orang Kuala Lumpur ya.” Ungkap Ayah Mertuanya.
“Tengku inilah Atuknya Puteri, Tok Udin, Ayah Mertua Dila. Baru balik dari kebun pisang la tu. Pagi-pagi sudah kekebun pisangnya katanya nak carikan bekalan untuk orang Kuala Lumpur bawa balik.” Kata Dila sambil menoleh Ayah Mertuanya yang mencapai tuala lalu masuk kebilik air.
“Tok Din. Sihat?” Sapa Puan Sri Tengku Noris dan diangguk senyum serta tunjukkan ibu jari oleh Tok Din sambil berlalu kebilik air.
Begitulah Ayah Mertuanya, bukan tahu duduk diam, ada aje benda yang hendak dibuatnya. Minggu lepas melayan Puteri menjala puyu di sawah. Bukan main seronok dua beranak tu. Puteri pun menempel ajelah dengan Atuknya itu.
“Sampai juga orang Kuala Lumpur.” Kata Ayah sambil menghulur salam kepada tamu yang duduk bersembang dengan anaknya Zaidi diruang tamu.
“Ini Ayah saya, Tok Udin, Tadi dia kekebun pisang mencari bekalan untuk orang Kuala Lumpur bawa balik katanya.
“Tengku Kamil bangun bersalam dengan tuan rumah itu.” Teringat dia akan arwah Ayahandanya yang juga seperti itu seorang Datuk yang sangat suka melayan tetamu.
"Bang makan tengahari sudah siap ni, jomlah kita makan dulu, lepas ni boleh sambung lagi.” Kata Puan Adila sambil menjengah ke ruang tamu.
Akhirnya mereka bertiga turut berdiri dan menapak kedapur menurut langkah Puan Adila. .
Selepas menjamu selera yang menyebabkan Tengku berdua itu bertambah dua tiga
kali juga. Mereka dihidangkan dengan Lengat Pisang dan Kuih Apom di ruang tamu pula.
Selepas solat Zohor berjemaah dengan Tok Udin mereka duduk diruang tamu sambil bersembang. Puan Sri Tengku Noris sudah dibawa masuk ke bilik Puteri untuk berehat dan bercerita versi perempuan-perempuan ala mak-mak tu.
“Ini album gambar anak-anak Dila. Ini Farisya, Afif dan ini Puteri yang Tengku nak sangat tengok tu.
“Ini Puteri... Ya Allah Dila, Ini Doktor Puteri yang bertugas di Shah Alam tu kan.” Sela Puan Sri Tengku Noris teruja.
“Iya Puteri bertugas disitulah.” Jawab Puan Adila.
“Ya Allah Dila budak-budak ni dah kerap bertemu, Haiqal kemalangan motor beberapa bulan yang lepas, Puterilah yang merawatnya. Tak lama lepas itu sepupunya Edora terbabas kereta, Puteri juga yang menolongnya. Kecilnya dunia.” Puan Sri Tengku Noris bingkas bangun sambil mengusung album gambar itu untuk ditunjukkan kepada suaminya diruang tamu.
“Sayang you tengok ni siapa?” Puan Sri Tengku Noris menunjukkan gambar Puteri kepada suaminya.
“Ini... Doktor yang menolong Edora ketika kemalangan tu kan.” Tukas suaminya sambil memandang tunak isteri disisi.
“Ini jugalah gadis yang Haris ceritakan pada kita tu.” Sela Puan Sri Tengku Noris pada suaminya.
Dia kemudian menceritakan apa yang diceritkan oleh Haris tempohari pada mereka tentang hubungan yang baru berputik antara anak mereka itu. Senario main tarik tali antara keduanya bukan biasa-biasa. Menurut kata Haris, seperti keduanya saling menyukai, tapi masing-masing terlalu slow untuk berani mengakuinya.
“Apa kata, kalau kita plankan sesuatu untuk budak-budak berdua ni. Mana tahu kita boleh berbesan Dila.” Saran Puan Sri Tengku Noris memandang Puan Adila didepannya.
“Bagus juga tu, mana tahukan kalau betul jodoh mereka, berbesan kita.” Sokong Puan Adila pula tersenyum senang.
Tok Din, Tan Sri Tengku Kamil dan suaminya mengangguk senyum sambil mengeleng-geleng kepala dengan akal kedua wanita didepan mereka itu.

"Thank You All.... Smile again all......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience