Memulakan perjalanan ke utara tanahair pada pagi tu memberi ruang untuk dia bersendirian seketika. Semalam selepas menghantar Bonda pulang ke Villa Bahagia Tengku Adam Haiqal keluar semua ke rumah Puteri, hampir sejam dia menuggu gadis itu didepan rumahnya namun bayang keretanya langsung tidak kelihatan. Kerana dia perlu ke Pejabatnya sekejap dia kemudian menukarkan plan kepejabatnya dulu, kerana mungkin Puteri masih belum pulang dari sesi berwindow shopping dimall tadi.
Hampir pukul sembilan malam, Tengku Adam Haiqal keluar dari pejabatnya dan terus memandu ke rumah sewa Puteri namun bayang keretanya tiada dan lampu digarajnya juga langsung tidak terpasang. Kemana gadis itu pergi fikirnya. Hampir pukul 11 malam dia menunggu namun bayang gadis itu tetap juga tidak kelihatan. Panggilan dan pesanan ringkasnya juga langsung tidak bersambung. Hanya pesanan operator saja sedari tadi. Gusar juga hatinya. Apakah perlakuan tadi sekali lagi mengusik hati gadis itu. Aduh makin sukarlah dia hendak memujuk semula untuk berbaik dengan gadis itu. Esok dia akan ke Utara pula. Bercelaru otaknya. Apakah hanya berserah padaNYA cukup untuknya buat masa kini.
Hampir lima jam lebih juga perjalanannya untuk sampai dikampung keluarga angkatnya itu. Menurut kata Bondanya dia telah memaklumkan kedatangan dia kesitu oleh Bondanya ketika Bondanya meminta alamat lengkap kerumah itu.
“Assalamualaikum...” Haiqal memberi salam setelah sampai didepan rumah kampung yang berukiran cantik dan betul-betul menghadap sawah padi yang sedang menghijau itu. Damainya disini, bisik hati Haiqal lagi.
“Walaikumusalam...” Menjengah seorang lelaki yang agak berumur dimuka pintu. Haiqal agak cuak seketika. Apakah dia tersalah rumah. Dia menoleh semula pada alamat yang diberikan Bondanya pagi tadi.
“Apakah Puan Adila dan Encik Zaidi tinggal disini.” Haiqal bertanya kepada lelaki dipintu itu.
“Iya-iya masuklah. Orang Kuala Lumpur ya.” Pelawa lelaki didepannya itu.
“Saya Haiqal anak Tengku Kamil dan Tengku Noris.” Haiqal menyalami lelaki didepannya itu.
“Tok Din... masuklah.” Katanya mempelawa tamu itu kedalam rumah.
“Haah dah sampai pun kamu, Ucap Encik Zaidi sambil menghulur tangan kepada Haiqal.
“Ayah Di, akhirnya dapat juga Qal jumpa dengan Ayah Di katanya sambil memeluk lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri itu.
“Mana Ibu Dila?” Tanyanya pula setelah pelukan mereka terlerai.
“Ada ni, Ibu dan Ayah bersolat tadi.” Kata Puan Adila yang turut berdiri didepan anak muda itu.
“Ibu sihat?” Tanya Haiqal mahu saja dia memeluk Ibu angkatnya itu, namun batas agama menghalangnya. Kalau dulu dia berbuat begitu mungkin tidak apa-apa sebab dia masih kecil, Tapi sekarang mahu disula oleh Tok Din yang memerhatinya sedari tadi.
“Qal dah makan?” Tanya Ibu Dila Lagi.
“Belum, sarapan aje tadi di R&R Tapah.
“Eloklah tu kami pun belum makan lagi, Jom kita makan sekali.” Sela Ayah Di disebelahnya. “Hari ini Ibu kamu masakkan lauk kesukaan kamu tu. Lepas terima telefon dari Bonda kamu siang tadi. Ibu kamu ni paksa Ayah pergi pasar. Macam-macam dikirimnya.” Usik Ayah Di pada isterinya sambil mereka berempat menapak ke rumah makan diruang tengah rumah kampung itu.
Bertambah-tambah nasi Haiqal dengan air tangan Ibu angkatnya itu. Sudah lama benar dia rindukan air tangan Ibunya itu. Berbulan-bulan dia singgah dimacam-macam tempat makan di Malaysia sejak dia sekeluarga pulang ke sini, tapi tiada satupun masakan yang sama dengan air tangan Ibu angkatnya itu.
“Tambah lagi Qal, Ujur Tok Din. Seronok betul dia tengok bakal menantu cucunya itu makan bertambah-tambah begitu. Esok akan dia ajak anak muda itu merasai kehidupan orang kampung. Nak juga dia uji tahap kecekalan hati bakal cucunya itu.
“Tak boleh dah Tok, kalau tambah lagi Ayah kena angkut ke Hospital plak Qal ni nanti. “Katanya berselora.
“Tapi masakkan ibu, Memang tip top sama aje rasanya dari dulu. Sampai Qal termimpi-mimpi la.”Usik Haiqal kepada Ibu angkatnya pula.
“Selepas makan ni Qal masuk bilik sana tu. Itu bilik Ayuni. Qal gunalah bilik tu buat sementara. Ayuni pun tiada di sini. Dia kerja. Qal solat dan rehatkan diri dulu penat juga tu memandu jauh dari Shah Alam.” Ujur Ibu angkatnya setelah menunjukkan bilik tempat dia akan tinggal untuk selama dia dirumah itu.
Setelah masuk ke bilik itu, Haiqal mandi dan bersolat. Dia kemudian merebahkan badannya yang kekenyangan itu dikatil berwarna kuning pastel. Tempat di mana bilik adik angaktnya beradu selama ini. Macam manalah rupa adik angkatnya tu sekarang sampai Bonda begitu bersemangat untuk dijadikan menantu. Tak apa aku risik-risik pelahan-lahan dari Ibu Dila tentang siapa pemilik nama Puteri Ayuni ini.
Selepas bangun tidur dan bersolat Asar Haiqal turun ke laman melihat Tok Din sedang menyembat bubu untuk menangkap ikan sawah. Haiqal pernah tengok peralatan itu ketika dipameran yang dia hadiri beberapa bulan lepas. Tapi dia tidak pernah tahu cara untuk menggunakan alat itu.
“Qal... duduklah. Haah sekejap lagi boleh kita ke sawah, mengerkap puyu. Pernah tengok orang mengerkap puyu. Kalau Ayuni pulang ke sini itulah kerjanya. Sampai habis lumpur bertepek-tepek dibajunya.” Cerita Tok Din tentang cucu kesayangannya itu.
“Ayuni tak balik bercuti ke Tok Din...” Tanya Haiqal pula.
“Ada dia balik tiga minggu lepas. Kebetulan bertukar syif dan ditambah cuti tahunan dapatlah dia balik kesini tiga hari. Kerja syif sepertinya memang susah bercutinya. Kami suruh balik berkerja disini. Sayang nak tinggalkan suasana yang kerja yang sudah sebati dengan jiwanya tu.” Cerita Tok Din Lagi.
Pagi itu selepas sarapan Haiqal mengikut Ayah Di ke sawah. Melihat kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki seusia Ayahandanya itu. Tok Din pula ke surau ada mesyuarat jawatankuasa Masjid yang akan mengadakan Majlis ceramah agama anjuran Yang Berhormat dikampungnya itu.
Setelah hari sudah menginjak ke tangahari mereka pulang ke rumah melalui batas-batas sawah. Haiqal mula seronok dengan kehidupan yang berbeza dengan kehidupannya yang dilaluinya dibandar. Patutnya Bondanya yang hanya singgah sekejap ke sini sudah tidak cukup ayat bercerita itu ini. Damai benar kehidupan disini.
Selepas makan tengahari, Ayah Di dan Tok Din masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Haiqal belum rasa mengantuk. Ibu Dila pula masih didapur. Entah apa lagi yang ingin dimasak oleh wanita itu. Haiqal menapak kealmari yang tersusun pelbagai buku. Dia kemudian membukanya. Beberapa Album gambar keluarga Ibu Angkatnya itu tersusun elok disitu. Semalam dia bertanyakan Kak Farisya dan Abang Afif kedua kakak dan abang angkatnya itu sudah berkeluarga dan tinggal tidak jauh juga dari tempat tinggalnya di Shah Alam. Selepas pulang kesana nanti dia akan menemui mereka berdua juga.
Haiqal membelek album gambar lama yang ada disitu. Gambar-gambar kenangan ketika dia tinggal dirumah keluarga itu di Klang masih tersimpan elok. Bertukar pula ke Album gambar yang agak baru juga kulitnya. Gambar Ayuni ketika kecil dan remaja. Dan setelah separuh dibelek-beleknya ada sekeping gambar Puteri Ayuni yang cukup dikenalinya.
“Puteri...Ini ke Puteri Ayuni gadis yang dikejar olehnya selama ini. Ya Allah kecilnya dunia. Benar ini gambar-gambar Puteri. Ini gambar ketika dia menerima Ijazah Kedoktoran bebarapa tahun lepas.
Haiqal menarik satu gambar yang dia cukup pasti itulah Puteri gadis yang dicari sekian lama.
“Ibu...Ibu...Ibu....” Haiqla terjerit-jerit memanggil nama Ibu Angkatnya itu.
“Kenapa ni Qal.” Ibu Angkatnya itu menjengah kepala dari luar rumah dibahagian dapur.
“Ini ke Puteri Ayuni bu....” Haiqal menapak juga keluar rumah menunjukkan gambar Puteri hanya berkaki ayam sahaja.
“Iya Puterilah tu. Kenapa Qal.” Kata Ibu angkatnya itu sambil tersenyum dengan gelagat lelaki didepannya itu. Benarlah telahan Puan Sri Tengku Noris yang Haiqal sudah lama mengenali Puteri dan antara mereka ada sesuatu yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“ Apa kecoh-kecoh dua beranak ni.” Ayah Di menjengah wajah dipintu dapur.
“Ayah Di, Qal nak bersiap-siap balik ke Shah Alam Petang ini juga.” Haiqal menapak kepintu dapur dan memeluk Ayah kekasih hatinya itu.
“Dah pulak, Bertenang Qal. Apa sebenarnya ni.” Tanya Encik Zaidi sambil menoleh isterinya yang hanya tersenyum dari tadi.
“Abang tengoklah apa ditangannya tu.” Kata Puan Adila kepada suaminya disisi.
“Ooooo kamu sudah tahu, Tapi kenapa nak balik Shah Alam pulak.” Ayah Di masih kurang faham.
“Ayah, Ibu... Qal nak minta izin nak memperisterikan Puteri. Qal nak balik minta Bonda hantar rombongan kesini secepat mungkin. Qal tak mahu Puteri jadi milik orang lain lagi.” Katanya sambil mengenggam tangan kedua Ayah dan Ibu angkatnya itu.
Terpempan seketika kedua suami isteri itu. Tok Din yang turut menjengah ke ruang dapur setelah mendengar riuh rendah suara mereka bertiga itu menoleh pandang pada mereka bertiga tanpa berkelip.
“Cucu Ayah ni kemaruk nak kahwin, tak menyempat-yempat pulak.”Usik Ayah Di sambil menepuk bahu bakal cucu menantunya itu.
“Haahh, elok sangatlah tu, Dila telefon Ayahanda dan Bonda si Haiqal suruh dia datang jumpa kita, esok kita tunangkan aje budak berdua ni.” Arah Tok Din pada menantunya itu.
“Tapi Ayah, kita belum tanyakan Puteri lagi. Kalau dia sudah ada orang lain macam mana?” Tanya menantunya agak ragu-ragu. Yang dipertaruhkan ini anak bongsu kesayangannya. Bukan dia tidak sayangkan Tengku Adam Haiqal tapi perasaan anaknya perlu juga diambilkira.
“Aku tahu hati cucu aku tu, kamu jangan risau. Budak berdua ni saling suka tapi masing-masing slow benar.” Rumus Tok Din pula.
Keputusan Tok Din seolah mengunci mulut kedua suami isteri itu. Bertunang pun adalah tempoh pengenalan juga. Dia tidak akan memaksa anaknya itu. Biarlah apapun mereka serahkan semua keputusan yang akan dibuat oleh Puteri nanti.
"Thank You All....Smile Enjoy Reading..."
Share this novel