BAB 16 - GRABKU

Romance Completed 85459

Puteri baru berkira utk menelefon Harith. Tiba2 Tengku Adam Haiqal sudah terpacak depan pintu biliknya. Lelaki itu menonong jer masuk ke biliknya dan duduk di kerusi di depan meja Puteri.
“Pinjam telefon, minta Tengku Adam Haiqal memandang telefon bimbit ditangan Puteri.” Sambil menghulurkan tangannya.
Puteri yang terkedu seketika, hanya seperti robot yang telah diprogramkan. Setelah telefonnya bertukar tangan lelaki itu menaip sesuatu lalu telefon dia yang diletakkan dimeja kerja Puteri bernyanyi merdu.Lirik lagu tu macam dejavu di telinga Puteri.
Setelah menyerahkan telefon milik Puteri ketangan gadis itu semula. Tengku Adam Haiqal melirik seolah melihat reaksi gadis itu apa yang tertulis di telefon bimbitnya.
“Kanda?” Puteri toleh lelaki didepannya. Perasaan betul la dia ni.
Beberapa minit kemudian dia suakan telefon bimbitnya pula untuk Puteri lihat nombor telefon bimbit Puteri yang disavekan dengan nama dinda. Apoo lah mamat ni.
“Jom la...” Puteri cepat-cepat menoleh kearah lain dan mengambil bag tangannya dilaci meja. Dadanya boleh meletup kalau masih berlama-lama lagi dengan lelaki ini.
Setelah sampai ke kereta lelaki itu. Puteri menapak masuk tanpa banyak bicara. Setelah beberapa minit berlalu. Tengku Adam Haiqal bersuara.
“Puteri nak makan malam dulu atau terus balik?” Soal Tengku Adam Haiqal sambil menoleh kepada gadis yang seolah menarik hatinya dari kehidupan biasa dia yang nampak brutal dan seolah dalam dunianya sahaja itu.
“Tak apa la saya makan dirumah aje.” Walaupun perutnya terasa lapar tapi dia seganlah mahu berduaan lagi dengan lelaki itu.
“Kalau begitu kita beli drive thru aje la. Awak mesti penatkan.” Celah lelaki itu pula.
Belum habis lagi ayat dibibirnya kereta itu sudah menghalakan masuk ke Restoran Drive Thru yang berdekatan dengan Hospital tempatnya bertugas itu. Itulah satu perangai Tengku Adam Haiqal yang Puteri mula belajar dalam masa dua hari ini. Lelaki itu bertanya tapi seolah memberitahunya kenyatan yang terhidang didepannya.
Malas mahu banyak bicara Puteri hanya mengoderkan satu set burger saiz sederhana dan Tengku Adam pula menambah satu lagi aiskrim untuknya. Macam tau-tau aje apa ada dalam otak aku ni. Bisik Puteri setelah pesanan berjaya diterima.
Lebih kurang setengah jam perjalanan mereka sampai didepan rumah Puteri.
“Terima kasih sudi jemput saya, Rasanya esok Tengku tak usahlah ambl saya nanti saya order Grab jer.” Kata menyusun kata.
“Kenapa, tak sudi?” Celah lelaki itu memandang tepat padanya.
“Bukan begitu, saya tak mahu menyusahkan Tengku aje. Menggangu pula urusan kerja Tengku nanti. Lagipun siang hari saya tak adalah cuak sangat nak naik Grab tu.” Puteri cuba beralasan sebaiknya.
“Saya janji saya ambl, awak tunggu aje.” Tegas sekali suaranya.
“Oklah, Terima kasih saya masuk dulu. Drive safety ya.” Puteri cuba lembutkan tuturnya. Tak apalah dia mengalah lelaki itu sudah menolong dia bukan sedikit.
Tengku Adam Haiqal tersenyum menghantarkannya masuk ke rumah. Sejuk hatinya. Gadis itu selalu membuatkan hatinya yang beku itu seakan hidup. Setelah pasti Puteri selamat masuk ke dalam rumah Tengku Adam Haiqal terus bergerak pulang.

"Thank you...smile....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience