BAB 19 -HILANG DARI RADAR

Romance Completed 85459

Sudah hampir dua minggu dia tidak mendapat apa-apa panggilan atau pesanan test dari Tengku Adam Haiqal. Selepas pertemuan di Restoran tempohari lelaki itu terus hilang dari radar. Puteri tertanya sendiri kenapa lelaki itu berubah laku. Tak kan dia marah bila melihat dia dan Harith tempohari. Cemburukah dia? Kenapa dia nak cemburu plak, Mereka bukan ada terikat dengan janji apa-apa pun.
Selepas habis dari syif malam itu, Puteri bergerak balik ke rumah sewanya. Badan terasa lesu selesu hatinya. Ingatan terhadap lelaki itu membuatnya kelelahan sendiri. Rindukah dia pada tutur bicara, gerak laku dan apa saja milik lelaki itu. Kenapa bersama dengan Arwah Saiful dulu dia tidak begitu. Dengan Harith juga begitu. Budi lelaki itu cuma beberapa hari ketika dia ditimpa musibah dengan kerosakan keretanya itu.
Tapi penangan lelaki itu seakan melekat kuat dalam hatinya.
“Kenapa ni Puteri? Abang Lok tengok lemau aje, penat sangat ke?” Tegur Abang Lok selepas Puteri mengoder burgernya. Puteri menarik kerusi di tepi gerai burger Abang Lok merenung pekatnya malam.
Dalam beberapa minit datang lima biji Mat Moto memangkirkan motor mereka berdekatan dengan tempat Puteri memangkir keretanya.Oleh kerana mereka memakai fullface Puteri hanya menoleh sekilas cuma. Mungkin kawan-kawan Abang Lok agaknya.
“Nah siap, Dirive elok-elok.” Ujur Abang Lok sambil menghulurkan burger yag dipesan Puteri.
“Duit disitu ya Abang Lok, Chau chin chau dulu.” Kata Puteri sambil berlalu ke keretanya.
Puteri membuka keretanya tanpa menoleh lelaki-lelaki bermotor yang memakir moto masing-masing itu.
Entah mengapa matanya menoleh memandang sesusuk tubuh yang menghantar resah gelisah selama beberapa minggu ini. Tengku Adam Haiqal desis hatinya.
Pandang mata mereka bertembung lama. Masing-masing cuba diam tanpa berkelip. Lama mereka begitu. Namun Akhirnya Tengku Adam Haiqal melarikan wajahnya. Dia kemudian berjalan menyaingi geng-gengnya yang lain. Kecewa memang Puteri kecewa sangat bila Tengku Adam Haiqal seolah tidak mengenalinya. Kenapa dia berubah laku begitu. Hati Puteri gundah gulana saat itu. Entah mengapa dia rasa terluka sangat. Cepat-cepat puteri nmasuk ke dalam kereta dan bergerak keluar dari tempat pangkir itu.
Sesampai dirumah airmata yang ditahanya sejak tadi akhirnya tumpang juga. Kenapa dia perlu sedih sangat dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu. Selepas menbersihkan badan dan solat Puteri terus terlena bersama hati yang lara. Burger yang dibelinya tadi hanya tinggal sejuk dimeja.

"Thank You All... Enjoy Reading........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience