BAB 5 - TENGKU EDORA

Romance Completed 85469

Setelah menerima panggilan dari Tengku Emir malam tadi, Tengku Noris pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk ke hospital.
“Abang boleh tumpangkan saya ke hospital, risau plak saya dengan keadaan Edora tu.”
“OK abang drop sayang before abang ke pejabat. Ni Harris dan Haiqal mana?” Tanya Tengku Kamil kepada isterinya.
“Haris balik lewat semalam mungkin masih dibiliknya la tu. Haiqal kan pergi trip bike nya ke Terengganu, lusa baru balik.” Terang Tengku Norris kepada suaminya.
“Apa nak jadi la dengan anak bongsu you tu, tak habis-habis dengan motorbikenya tu. Dia ingatkan ini zaman cerita Musang Berjanggut lagi agaknya. Cuba you nasihatkan sikit.” Bebel Tengku Kamil lagi.
Ketika sampai dibilik Tengku Edora, Tengku Emir sudah keluar. Mungkin pergi bersarapan agaknya. Melihat Tengku Edora terbaring begitu membuatkan Tengku Noris turut berhiba hati. Anak saudaranya itu seperti anaknya sendiri. Tambahan pula, Kekandanya sekarang tinggal diluar negara.
“Bonda Noris dah sampai.” Tengku Emir bersalam dengan wanita yang sudah dianggap seperti bondanya sendiri itu.
“Macam mana keadaan Edora?” Tanya Bonda saudaranya itu.
“Dia dah sedar subuh tadi sekejap, lepas jururawat bagi ubat dia tidur semula. Menurut kata jururawat dalam pukul 10 pagi doktor request nak buat MRI sebab ada kesan hantukkan yang teruk di kepalanya. Emir pun belum jumpa dengan Doktor Imran lagi.” Terang Tengku Emir pula.
“Bonda pernah datang ke hospital ni masa Haiqal kemalangan hari tu. Sekejap bonda cuba tanyakan pada Doktor Puteri yang merawat Haiqal masa tu.” Kata bondanya sambil ingin berlalu keluar.
Baru saja Bonda hendak keluar dari bilik, Doktor Imran dan seorang jururawat ikut masuk ke bilik Tengku Edora untuk memeriksanya.
“Tengku? Tengku Edora dan Tengku...” Doktor Imran terhenti disitu.
“Tengku Edora anak saudara saya, parents dia kat luar negara, sekarang dia dan abangnya tinggal dengan saya disini.” Tengku Noris menjawab pertanyaan yang tergantung oleh Doktor muda itu.
“Terima kasih Doktor, saya keluar dulu.” Kata Tengku Noris sambil berjalan keluar untuk memberi ruang kepada Doktor Imran menjalankan tugasnya.
Beberapa langkah Tengku Noris keluar dari bilik Tengku Edora dia bertembung dengan Doktor Puteri yang kebetulan baru keluar dari bilik yang berdepn dengan bila di mana Tengku Edora ditempatkan.
“Tengku Noris... boleh saya bantu.” Sapa Doktor Puteri sambil tersenyum.
“Panggil saja Bonda Noris.” Katanya sambil menarik tangan Doktor Puteri ketempat duduk menunggu.
“ Bonda datang melawat anak saudara Bonda di bilik 302 sana tu. Excident semalam.” Terangnya tanpa dipinta.
“Tengku Edora ke?” Teka Doktor Puteri lagi.
“Iya betul la tu. Macam mana keadaan dia Doktor?” Tanya Tengku Noris pula.
“Nampak dari luaran hanya luka-luka ringan sahaja, Tapi menurut kata Doktor Imran ada sedikit kesan hantukan dikepala sebelah kirinya. Mungkin pihak Hospital akan membuat MRI hari ini untuk pastikan keadaan sebenar Tengku Edora.” Terang Doktor Puteri panjang lebar.
“Tapi kalau Ten...Bonda Noris nak tahu detail tentang kedaannya kita boleh berjumpa dengan Doktor Imran. Doktor Imran yang sedang memantau keadaan Tengku Edora sekarang.” Ujur Doktor Puteri lagi.
“Tak mengapalah, Bonda pun nampak Doktor Imran ke bilik Edora tadi, nanti Bonda tanya terus dengan dia disana.” Ujur wanita itu sambil tersenyum.
Selepas bersalaman dengan Tengku Noris, Puteri memohon diri untuk ke bilik pesakitnya bagi membuat pemeriksaan seterusnya.

"Thank You..... Enjoy reading...Hi silent readers....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience