BAB 8 - PEJABAT

Romance Completed 85459

Bergaya dengan pakaian yang tidak begitu digemarinya. Namun mesyuarat dengan semua Ahli lembaga Pengarah JnZ Corpration memaksa Haiqal bergaya sebegitu. Dia berbeza dengan Abang kembarnya yang sentiasa segak bergaya dengan sut koparat yang tersarung ditubuhnya. Sebagai Arketik Syarikat dia jarang sekali ada di pejabat. Banyak tugasannya dilakukan mengikut kesukaannya. Seminggu sekali atau dua kali sahaja dia akan ke pejabat untuk bertemu dengan staf-staf bawahanya. Namun begitu setiap tugasan yang diberikan akan mengikut date line yang ditetapkan oleh CEO syarikatnya. Kerana setiap kerja yang diberikan tidak pernah mengecewakan.
Selama mereka berhijrah di New Zeland beberapa tahun yang lalu. Adiknya Haiqal tidak pernah ada seseorang yang rapat denganya terutamanya perempuan. Dunia Haiqal terlalu berbeza dengan apa yang ada dalam fikirannya itu, terlalu sukar untuk diteka.
“Assalamualaikum Tengku...” Sapa Kak Cha sambil tersenyum manis.
“Walaikumusalam Kak...Rindu nak kopi special akak tu.” Tengku Adam Haiqal menyenggih kepada PA nya itu.
“Dah tahu dah, pagi-pagi lagi akak dah siapkan kat meja dibilik tu.” Sela Kak Cha yang sentiasa faham apa kesukaannya itu.
Haiqal masuk kebiliknya. Hampir satu minggu lebih dia tidak masuk ke biliknya itu. Semua kerja yang diamanahkan kepadanya telah diselesaikan dengan tiktok sekali. Hari ini kalau bukan kerana ada mesyuarat lembaga pengarah pastinya dia juga tidak ada disini.
Ketika dia membuka laci bawah mejanya mencari beberapa dokumen untuk di bawa ketika mesyuarat sebentar nanti,sekeping gambar lama terjatuh dari dairinya. Gambar mereka bertiga. Dia dan Haris yang duduk dibangku bersama seorang gadis kenit yang merupakan adik angkatnya. Selepas berpindah ke luar negara perhubungan antara mereka terputus terus.
“Abang janji ya nanti abang kahwin dengan Teri, Teri akan tunggu abang.” Kata-kata gadis itu sering muncul dalam mimpi-mimpinya. Kalau sebelum ini sekali sekala sahaja tapi sejak dia balik semula ke Malaysia. Mimpi-mimpi tu seolah sudah menjadi peneman malamnya. Keadaan itu membuatkan malamnya sering terganggu. Saat ini teka -teki tentang kenangan yang sudah bertahun berlalu dari hidupnya itu seringkali menggangu lenanya masih belum terjawab. Dan kerana mimpi-mimpi itu jugalah dia berkelana mencari apa yang tersurat dan tersirat selama ini.
Beberapa hari lepas dia ada pergi ke rumah lama tempat dia tinggal bersama keluarganya sebelum pindah ke luar negara dulu. Rumah Ibu Adila juga sudah lama tinggal kosong tidak berpenghuni. Kemanalah keluarga angkatnya itu telah berpindah. Keinginannya untuk mencari semula keluarga itu begitu kuat menarik-narik hatinya untuk terus menjejaki mereka.
“Tengku... Mesyuarat dah nak bermula tu.” Ketukan oleh Kak cha dipintu mengejutkannya.
Selepas mesyuarat lembaga pengarah itu berakhir, Abangnya Haris mengajak dia keluar makan tengahari.
“Mana jumpa tempat heavan macam ni?” Tanya Haris sambil menoleh ke arahnya.
“Adalah, Qal bukan macam CEO Encik Haris makan kat tempat lima bintang aje.” Usiknya sambil tersengih.
“Mengadalah...” Marah Haris menumbuk lembut bahu adiknya itu.
“Qal... Sampai bila nak cari keluarga Ibu Adila tu. Bonda dah cuba minta orang tolong carikan mereka kat mana, tapi sampai sekarang masih tidak tahu lagi keluarga itu berpindah kemana.” Sela Haris setelah duduk semula dimeja makan mereka.
“Tapi Long... Qal rasa sejak kita balik sini, Qal makin kerap diganggu dengan mimpi-mimpi yang sama. Seorang gadis kecil yang berbisik ke telinga sambil menghulurkan tangan dan tersenyum. Gadis kecil tu seiras dengan Puteri anak bongsu Ibu Adila yang selalu bersama dengan kita dulu tu.” Ujurnya.
“Entah-entah merek dalam kesusahan dan perlukan pertolongan kita tak?” Duga Haris pula.
“Itu yang Qal nak juga tahu apa kaitan semua itu dengan mimpi-mimpi yang selalu menggangu tidur Qal tu.” Balas Haiqal pula.
“Tak mungkin la Qal, itu semua mainan mimpi jer, mungkin sebab Qal terlalu ingin berjumpa semula dengan mereka, sebab itulah sampai terbawa-bawa ke alam mimpi kot.” Nasihat Haris demi tidak mahu melihat adiknya dalam keadaan begitu.
Haiqal sekadar menayangkan sengih yang panjang. Dia benar-benar yakin yang Allah ada sesuatu untuk memberitahunya kenapa dia perlu menjejaki keluarga angkatnya itu. Bukanlah dia taksub pada mimpi-mimpinya itu. Tapi hatinya bagai menarik-narik dia untuk terus menjejaki mereka.

Thank You All..... New chapter updated....Enjoy reading.....smile.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience