Tepat jam 8 malam Puteri sampai ke tempat yang dijanjikan. Kelihatan Harith sudah sedia menunggunya di situ. Selepas pertemuan mereka dua minggu lepas. Harith menelefon dia malam tadi mengajaknya menyertai kerja amal NGO yang dijalankan oleh syarikatnya. Sebenarnya syarikat milik ayahnya. Selepas pemergian arwah ayahnya mahu atau tidak Harith terpaksa mengambilalih syarikat tersebut. Dan sekali lagi dia terpakas memujuk hatinya untuk kembali. Melihat insan yang digilainya sejak dulu mungkin sedang berbahagia dengan kekasih hati dengan putera puteri yang menghiasi rumahtangga mereka.
Walaupun telah lama dia kembali, dia mencari maklumat secara senyap untuk mengetahui tentang kehidupan Puteri dan Saiful. Sehinggalah kepada pertemuannya dengan Hairul sahabat baiknya ketika dirumah sewa dulu.
“Dah sampai pun Tuan Puteri ni.” Usik Harith ketika melihat Puteri sudah terpacak disebelahnya.
“Iyalah Tuan Putera Katak, patik sedia menerima apa saja arahan tuanku.” Puteri pula berjenaka.
Selepas semua makanan yang disediakan oleh pihak NGO sudah diedarkan. Mereka berdua duduk-duduk di tembok untuk melepaskan lelah.
“Jom pergi perkena mee mamak, lama wei tak makan mee mamak macam dulu-dulu kan.” Puteri tersengih sambil terjun dari tembok tempat duduk mereka.
“Jom...syarat beli sepinggang jer kita kongsi berdua. Aku tak sanggup jadi gemuk macam dulu. Asyik habiskan makanan ko jer.” Sengaja Harith mengungkit memori lama antara mereka.
“Iyalah, saja mengungkit kan.” Puteri buat-buat merajuk.
Selepas makan malam Harith menghantarnya balik macam biasa. Walaupun Cuma mengikut kereta Puteri dari belakang cukuplah baginya agar dia tahu gadis itu selamat. Mungkin untuk permulaan, hanya ini yang mampu dia hintkan pada Puteri yang gadis itu telah lama menapak dihatinya.
Dalam masa yang sama sepasang mata terus memerhatikan pasangan dua sejoli itu berkongsi mee mamak hanya dari kejauhan. Walaupun hatinya terbit sedikit rasa cemburu, namun dia sendiripun masih belum pasti siapa yang dia cari.
"Thank you... New chapter updated next week ya.... Enjoy reading awak......
Share this novel