BAB 40 - GRAB

Romance Completed 85459

Pagi-pagi lagi Harith sudah menelefonnya menyatakan yang lelaki itu tidak dapat menghantarnya tengahari nanti kerana terpaksa bergegas ketapak projek di Putrajaya kerana ada masalah dengan pembekal disana. Namun dia akan menghantar pekerjanya untuk menjemput Puteri tengahari nanti. Namun Puteri tidak mahu menyusahkan lelaki itu untuk menghantarnya pula.
“Tak mengapalah Harith, nanti saya akan ambil grab jer nanti. Jangan risau la.” Puteri menjawab akan kerisauan lelaki itu.
“Ok la tapi kalau Puteri tak dapat grab atau perlukan apa-apa dari Harith mesti cepat-cepat maklumkan tau.” Pesan Harith yang masih tidak puashati dengan penolakan gadis itu.
Baru beberapa minit Puteri meletakkan telefon bimbitnya. Sekali lagi telefon itu nyaring memanggilnya.
“Qal diluar rumah ni, jom kita pergi sarapan.” Ujur lelaki itu tanpa salam atau apa-apa mukadimah.
“Walaikumusalam...kenapa tidak telefon dari tadi. Puteri belum mandi lagi ni. Baru lepas kemas rumah.” Marahnya pula. Sudahlah main terjah tanpa salam apa. Pastu tu sesedap rasa jer mengarah itu ini. Puteri merungut didalam hati.
“Sorry-sorry...Assalamualaikum. Iyalah sayang mandi dulu, wangi-wangi, Qal tunggu kat kereta ya. Nanti Qal hantar Puteri ke Hospital terus ya.” Pujuknya bila telah mendengar suara gadis idamannya itu dah mula naik seoktaf.
Setelah bersiap ala kadar lebih kurang 20 minit, Puteri menapak keluar rumah. Kereta Tengku Adam Haiqal masih sedia terpangkir kat situ. Tak kerja ke lelaki ini, pagi-pagi buta sudah ada melepak didepan rumahnya. Haru betul la.
“Sayang sudah wangi-wangi ya, jom kita pergi ke syurga.” Usiknya kepada gadis manis yang nampak makin cantik dan segar itu.
“Hissh apa Tengku merepek ni.” Muka Puteri mula berona merah dengan usikan gatal lelaki disebelahnya itu. Apa kena pulak Tengku Adam Haiqal hari ini. Tertelan cicak ke pagi tadi. Melawak lain macam pagi ni. Semalam macam merajuk jer. Hari ni plak macam baru dapat anugerah pelakon lelaki terbaik plak tahap seronoknya tu. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam membisu. Sesekali Puteri menoleh pandang pada lelaki disebelahnya itu. Tadi bukan main bising mulutnya, Sekarang diam tanpa bicara. Namun keresahn jelas terbayang diriak wajahnya.
“Puteri.” Panggilnya sambil menoleh pandang gadis disebelahnya. Puteri juga menoleh padanya menanti respon apa yang ingin dikatakannya.
“Minggu depan Puteri bertukar syif hari apa?”Tanyanya memandang gadis disisi,
“Ahad, kenapa?” Tanya Puteri pula.
“Qal nak ajak Puteri ke satu tempat. Qal ada hal nak bagitahu Puteri.” Katanya bernada tegas.
“Qal akan ke Utara hari esok kerana ada terlibat dengan misi kemanusian disana. Lepas balik misi tu kita jumpa ya.” Katanya lembut.
“InsyaAllah, buat masa ni Puteri tak ada plan apa-apa program.” Kata Puteri sebagai menjawab pertanyaan lelaki itu.
Puteri juga perlu menjelaskan tentang dia pada lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu memulakan sesuatu yang akan membuatkan dia juga turut serba salah nanti. Hatinya yang dulu ditutup mula mencair sedikit demi sedikit dengan segala kata-kata lelaki itu.
“Assalamualaikum.... Boleh saya bercakap dengan Adam.” Tutur Puteri berhati-hati. Hampir sebulan dia menunggu panggilan dari tunangannya itu. Namun dia hampa. Nampaknya lelaki itu tidak berminat dengannya. Mungkin ini hanya memenuhi kehendak orangtuanya untuk menyatukan mereka.
“Walaikumusalam... “ Terdengar suara garau lelaki ditalian sana.
“Puteri Ayuni bin Zaidi right.” Kata lelaki itu lagi.
“Iyaaa...Encik Adam kan? Encik Adam tahukan tentang hubungan kita. Encik Adam kenal saya ke? Encik Adam tak kisah kalau saya hodoh, hitam dan bermuka penyek.” Tanya Puteri pula.
“Eeee seramnya Adam dengar. Tapi Adam tak kisah pun janji Puteri manusia, bukan drukula yang jenis sedut-sedut darah tu.” Usiknya pula.
“Hishhh ke situ plak. Saya drukula spesis special, diternak dekat Hospital. Macam-macam darah dah saya sedut.” Balas Puteri plak dengan nada geram. Boleh pula manusia nama Adam ini samakan dia ngam drukula.
“Puteri ni kelakar la, Puteri buat Adam rasa nak balik jumpa Puteri hari ini juga.” Katanya sambil ketawa sakan. Gelihati sangat ke?
“Adam sekarang kat mana?” Tanya Puteri menutup gelak sakan lelaki itu.
“Kat hati Puteri la. Try touch your heart. Ada tak?” Usik lelaki itu lagi.
“Puteri... Puteri pula tak kisah ke kalau perkahwinan kita ini diatur keluarga. Adam ni tiada apa-apa yang special nak bagi pada Puteri. Kerja pun dengan family jer.” Tanya lelaki itu pula. Menutup topik pertanyaan Puteri sebentar tadi.
“Entah, Puteri pun tak tahu nak komen tentang itu. Soal harta benda bukan masalah bagi Puteri. Kita boleh jer sama-sama cari kan?. Tapi soal hati kita. Mustahil Adam tiada sesiapa dihatikan?” Puteri menunggu reaksi lelaki ditalian sana.
“Ada kami sudah kenal dari kecil, kami terputus hubungan bila Adam dan keluarga berpindah. Bila Adam balik semula kesini dia sudah berpindah. Adam cuba mencarinya kerana dia cinta pertama Adam namun sehingga kini kami belum bertemu. Mungkin Puteri jodoh saya bukan dia.” Cerita lelaki itu.
“Cubalah cari dia lagi. Cinta pertama bukan mudah untuk dilupakan.” Saran Puteri pula.
“Kenapa Puteri tidak sudi jadi Isteri saya, atau Puteri juga sudah ada pilihan hati.” Duga lelaki itu lagi.
“Ada, bohonglah kalau Puteri katakan Puteri tidak menyukainya. Namun antara kami masih berkawan. Puteri bukan orang yang setaraf dengan keluarganya. Dan rasa suka itu mungkin hanya dari pihak Puteri sahaja. Jadi Puteri tidak mahu memanjangkan tentang itu. Lagipun Puteri terima apa yang Atok dan keluarga Puteri fikirkan yang terbaik buat Puteri.” Puteri menjelaskan panjang lebar tentang hatinya.
Walaupun tiada lagi rasa cinta antara mereka, Namun puteri yakin rasa itu akan datang sekiranya mereka sama-sama ikhlas menerima antara satu sama lain. Apa yang Puteri risaukan tetang gadis yang Adam ceritakan tadi. Bagaimana kalau cinta petamanya itu muncul setelah mereka berkahwin kelak. Apakah hati Adam akan memihak padanya yang bukan siapa-siapa pada lelaki itu.
“Puteri... Kenapa Puteri tidak terus terang dengan lelaki itu kalau Puteri benar menyukainya.” Terbit nada cemburu pada suara itu.
“Entah Puteri sendiri pun tak mampu untuk menjawab pertanyaan itu. Dia sendiri pun sibuk, jadi biarlah kalau dia juga menyukai Puteri pasti sudah lama dia nyatakan. Kami sudah berkawan lama.
“Kawan lama?” Tanya Adam ditalian sana.
“Iya... Cuma dia ni selalu busy, lagipun mungkin dia menanggap Puteri sekadar teman aje kot.” Balas Puteri sambil ketawa sendiri. Malu. Bercerita soal hati pada lelaki lain, dengan bakal suami pula tu. Puteri ko dah kenapa? Bisik hatinya.

Thank All...Enjoy Reading ya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience