BAB 46 - BUTIK

Romance Completed 85459

Tengku Adam Haiqal akan memulakan misi yang telah dirancangkannya itu. Untuk permulaan ini dia akan terus mendekati gadis itu dengan selalu menghubungi gadis itu. Mengenali gadis itu dengan dunia yang dia ciptakan. Menghantar kiriman cinta setiap minggu untuk mengikat hati gadis itu. Mendekatinya dengan cara yang akan membuatkan gadis itu merasakan yang dia sentiasa ada bersama. Tengku Adam Haiqal yakin Aliana akan membantunya untuk menyakinkan Puteri untuk membuka hati dan menerima Adam Kamil juga nanti. Buat mana ini setiap pesanan ringkas yang dihantarnya tidak pernah lagi gadis itu mengabaikannya. Kalau nak kata rindu, dia sangat rindu untuk bersemuka dan menatap gadis yang telah memiliki seluruh jiwanya itu. Bonda juga sudah mula bising tentang majlis yang hanya tinggal kurang dari tiga bulan saja lagi. Antara dia dan Puteri masih menjadi tanda tanya buat mereka. Dalam tempoh yang singkat itu, banyak perkara yang perlu dia lakukan. Macam-macam borang yang perlu dilengkapkan sebelum majlis akad nikah nanti. Semalam dia sudah berhubungan dengan keluarga bakal mertuanya itu untuk bertanyakan apa lagi keperluan yang perlu dia sediakan untuk majlis tersebut. Semua yang diberitahu oleh bakal ibu mertuanya sudah dimaklumkan kepada bondanya.
Berkenaan dengan majlis kenduri dipihaknya dia menyerahkan segalanya diuruskan oleh kedua ayahanda dan bondanya. Cuma berkenaan dengan persalinan baju persandingan dibelahnya dia perlu uruskan dengan Puteri. Dia sudah menyatakan pada bondanya tentang itu biar dia uruskan. Dia mahu Puteri memilih sendiri apa yang diinginkannya untuk hari bahagia mereka itu. Walaupun terpaksa membuat helah dia mahu Puteri merasai sendiri saat mencuba persalinan pengantin seperti juga pasangan yang lain.
Semalam dia sudah memberi tahu Aliana supaya membuat helah untuk mengajak Puteri menemaninya mencuba baju pengantin. Dia perlu tahu apa yang Puteri suka untuk dipakai dimajlis menyambut menantu nanti. Mujuklah Aliana sangat membantunya. Soal persalinan pengantin dan ukuran cincin diserahkan pada Aliana dan Imran untuk membantunya. Kedua pasangan doktor itu yang menjadi penghubungan antara dia dan Puteri sekarang. Aliana dan Imran juga nampaknya bersungguh-sungguh membantunya. Kedua sahabat iserinya itu sangat baik dan tidak berkira langsung menolongnya.
“Puteri esok free tak?” Ujur Aliana sambil mengekor dia ke bilik rehat untuk bersolat tengahari itu.
“Esok pagi free jer, petang janji nak jumpa Harith. Dah lama tak jumpa best freind forever tu. Kenapa?” Ujur Puteri sambil membuka baju putih yang dipakainya itu.
“Aku dan Imran nak pergi cuba baju pengantin, Please teman aku.” Sela Aliana sambil menoleh pandang pada sahabat baiknya itu.
“Baju pengantin. Wow senyap-senyap ya. Ok boleh jer. Esok nak pergi pukul berapa?” Tanya Puteri.
“Esok Lia ambil pukul 9 pagi boleh? Puteri janji dengan Harith pukul berapa?” Tanya Aliana pula.
“Harith kata dalam pukul 3 petang. Tak pe nanti Puteri minta Harith ambil kat sana jer.” Ujurnya menyusun rancangan.
Semalam dia sudah menelefon memberitahu Harith esok dia akan berkongsi lokasi untuk mengambil dia dibutik pengantin tempat dimana Aliana dan Imran hendak mencuba persalinan pengantin mereka.
Sesampai dibutik pengantin yang mewah itu, Puteri seakan terpaku memandang semua jenis koleksi yang dipamerkan disitu. Entah kenapa dia begitu tertarik dengan set persalinan pengantin berwarna cream pastel dengan hiasan krostis berwarna putih gading dengan gabungan 3 warna yang menghiasinya. Puteri menilik baju itu dengan begitu teruja sekali.
“Kalau cik nak cuba boleh jer.” Kata pelayan disitu sambil tersenyum.
“Boleh ke? Tak apalah saya teman kawan saya tu.” Puteri menunjukkan kearah Aliana dan Imran yang sedang memilih persalinan mereka disebelah kiri butik itu.
“Cubalah. Mana tahu sesuai, nanti encik tunang tu balik terus boleh sambar jer.” Kata Aliana yang berdiri dibelakangnya.
“Betul Puteri, cubalah kata Imran pula disebelah Aliana.” Imran membuat isyarat mata pada Aliana supaya membawa Puteri ke bilik persalinan untuk mencuba baju itu.
Baju itu juga sebenarnya yang Tengku Adam Haiqal arahkan pada perkerja disitu untuk diletakkan dipintu butik agar senang dilihat oleh Puteri. Tepat sekali pilihannya sama dengan apa yang Puteri mahukan.
Sengaja pekerja butik itu mengenakan set persalinan lengkap untuk Puteri seperti yang dipesan oleh Tengku Adam Haiqal semalam. Lelaki itu juga memesan untuk mengambil gambar Puteri dipelamin butik itu untuk tatapannya.
“Cantiknya, Ini kalau kena plak makeup AlhaAlfa fuhh terangkat.” Komen Aliana sambil menilik setiap inci persalinan itu ditubuh Puteri. Perfect macam puteri kayangan. Jom kita ambil gambar di pelamin pula kata Aliana menariknya.
Sedang mereka sibuk bergambar sakan itu. Harith muncul sambil tersenyum.
“Ini Puteri ke Lia nak kahwin ni.” Usiknya sambil mengeluarkan telefon bimbit mengambil beberapa keping gambar Puteri.
“Kejap-kejap Puteri jangan tukar baju lagi. Harith nak juga rasa jadi pengintin lelaki.” Sela lelaki itu sambil menyambar satu persalinan pegantin untuknya.
Aliana dan Imran hanya tersenyum.
“Bagi cam lah kat dia, tak dapat sanding betul-betul. Olok-olok pun jadilah.” Bisik Aliana ke telinga Puteri mengusik sahabatnya itu. Puteri hanya tersenyum dengan mengeleng-gelengkan kepalanya dengan usikan tersebut.
Bukan dia tidak tahu Harith memang sudah lama menaruh hati pada Puteri. Mungkin silap dia juga terlambat tahu, hati kedua teman baiknya itu. Kerana tidak mahu melukakan hatinya Puteri memilih untuk menutup hatinya pada Harith dengan memilih arwah Saiful. Kerana kecewa dengan Puteri bertahun lelaki itu pergi membawa diri. Semua terjawab bila arwah Saiful menceritakan segalanya pada dia sebelum lelaki itu pergi. Arwah Saiful juga tahu Puteri pada mulanya hanya mengunakan dia untuk menolak Harith demi memberi ruang padanya dekat dengan lelaki itu. Namun segala berlaku sebaliknya. Harith pergi tanpa khabar berita. Oleh kerana kebaikkan hati yang ditunjukkan oleh arwah Saiful lama-lama mencairkan juga hati Puteri untuk jatuh cinta pada lelaki itu. Namun setelah keduanya telah saling mencintai, Perancangan Allah juga jodoh mereka tidak panjang. Saiful terlibat dalam kemalangan dan sekaligus membawa bersama sekeping hati Puteri. Bertahun Puteri menutup hatinya pada mana-mana lelaki sehinggalah munculnya Tengku Adam Haiqal. Dan kerena itulah dia beria-ia menyakinkan Imran untuk membantunya menjayakan misi Tengku Adam Haiqal walaupun dengan cara yang pelik begitu. Yang terpenting dia mahu lihat sahabatnya itu bahagia. Itulah harapannya.

"Thank All.... Smile... Enjoy reading ya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience