Seawal jam 8.00 pagi Puteri mendengar orang menyeru-yeru namanya dari luar pagar rumah.
“Siapa pula sepagi ini sudah mahu mengganggunya. Oooo mungkin Abang Lok Atau Kak Hani kot semalamkan keretanya ada masalah.” Fikir Puteri sambil tangannya cepat-cepat mencapai selendang yang sengaja disangkut dikerusi dan menarik pintu gelongsor rumahnya.
“Cik Puteri ke?”Tanya suara seorang lelaki cina yang berdiri diluar rumahnya. Manakala kawannya masih menunggu di dalam kereta yang dipangkir diseberang jalan.
Bukan Abang Lok atau Kak Hani, Siapa pula ni. Puteri bermonolog sendiri sambil berjalan menghampiri pagar rumahnya.
“Encik siapa ya.” Tanya Puteri pula.
“Oooo boyfriend you Tengku tak ada bagitahu ya. Saya Chong, semalam Tengku bagi location rumah you, katanya kereta you rosak dan minta bawa bengkel untuk servis.” Terang lelaki cina itu.
“Haah...” Biar betul mamak ni, bila masa plak aku jadi girlfriend dia ni. Chong ini aku tak kenal pun entah scammer mana entah. Nak telefon Encik Tengku pun tak tahu plak nombor telefonnya. Macam mana ni. Abang Lok dan Kak Hani mesti dah keluar kerja tima-time macam ni.
“Maaf la Tauke Chong saya tak boleh nak contact Itu Tengku. Tauke bagi alamat bengkel sekejap lagi saya sendiri bawa kereta ke sana.” Kata Puteri berhati-hati takut menyinggung lelaki cina diluar pagar rumahnya itu. Takut juga dia dibuatnya.
“Ok la itu macam, ini kad saya.” Lelaki itu menghulurkan kadnya. Baru beberapa tapak Puteri melangkah kakinya ke dalam.
Ping..” sebuah kereta Ford Ranger hitam pula berhenti depan rumahnya.
“Bos...Awak punya girlfriend mau hantar sendiri kereta ke bengkel, macam mana?” Tanya Tauke Chong pada Tengku Adam Haiqal yang sudah berdiri disebelahnya.
“Sekejap tauke.” Tengku Adam Haiqal menapak kepagar dan meyeru namanya pula.
“Puteri sorry saya lupa nak minta no telefon awak semalam. Saya yang minta Tauke Chong datang ambil kereta awak untuk diservis dibengkelnya. Pasti bukan masalah bateri saja tu.” Ujurynya lagi.
“Tapi kerja sebelah petang nanti.” Tak apalah bila saya bercuti nanti saya sendiri hantar ke bengkelnya.” Balas Puteri pula.
“Kalau kereta rosak lagi balik kerja malam-malam macam mana? Semalam ada saya dan Abang Lok. Buatnya rosak kat jalan tak ada orang?” Tengku Adam Haiqal cuba menakut-nakutkannya.
Kecut pulak rasa hatinya. Hish dia ni kan.
“Sudah buka pagar ni, biar Tauke Chong bawa kereta awak ke Bengkel dulu. Awak pergi bersiap kita keluar sarapan dan terus ke bangkel Tauke Chong.” Arah lelaki didepannya itu.
Macam itu aje dia arahkan aku. Bila masa pula aku jadi sedekat ini dengan dia, nak kata bestfriend bukan, Girlfriend jauh sekali. Konpius Puteri dibuatnya. Namun dia rasa takut juga dengan kata-kata Tengku Adam Haiqal kalau keretanya rosak malam-malam dan sorang-sorang. Seram.
Puteri kemudian menbuka pagar rumahnya dan menyerahkan kunci keretanya pada Tengku Adam Haiqal. Dia kemudian berlalu masuk kedalam rumahnya untuk bertukar pakaian. Biarlah Tengku Adam Haiqal yang uruskan apa yang patut dengan Tauke Chong tu. Nak tolong sangatkan?
Selepas 10 minit berlalu Puteri menapak keluar, lelaki bernama Tengku Adam Haiqal itu sedang duduk-duduk dikerusi kayu yang sengaja dia letakkan bersebelahan rak kasutnya.
“Sudah siap, Jom.” Ujurnya sambil berjalan kedepan.
Setelah mengunci pintu dan pagar rumah Puteri menapak ke kereta Ford Ranger hitam milik lelaki itu.
Thank you.... Happy reading all....
Share this novel