BAB 1 - KEMALANGAN

Romance Completed 85459

“Encik macam mana rasa sekarang? Ada rasa pening, nak muntah atau apa-apa?”
Pandangan tunak lelaki yang berbaring dikatil bilik rawatan sementara membuatkan Doktor Puteri sedikit kaget. Lelaki yang berbaring itu seperti hidup sendiri dalam fantasinya. Tengok pada luka di angotanya tidaklah sampai mencacatkan akal fikiran. Atau lelaki ini terhantuk dengan tembok jalan sampai jadi separuh sedar begini. Doktor puteri kehilangan punca seketika untuk merawat lelaki itu. Namun akal sedarnya memikirkan sesuatu yang logik patut dibuatnya agar lelaki didepannya bersuara.
“Nurse tolong ambilkan jarum paling besar, saya rasa pesakit ini perlu dibius supaya kita boleh terus merawatnya.”
“Ta...tak tak perlu. Saya cuma luka di sini dan di sini.” Tunjuk lelaki itu ke arah tangan dan lututnya.
“ Ohh...masih boleh bersuara rupanya. Nurse tolong cuci dulu luka di tangan dan lutut encik ni. Sekejap lagi saya akan periksa dia.”
“ Tak...tak boleh... saya tak mahu nurse rawat saya. Saya mahu doktor rawat saya. Saya akan bayar berapa pun kosnya.” Kata lelaki itu sambil menarik tangannya kesisi.
“ Nurse...teruskan kerja awak. Saya nak tengok pesakit tadi sekejap.” Arah Doktor puteri sambil meneruskan langkahnya.
Doktor Puteri berlalu tanpa menghiraukan perangai mengada-ada lelaki itu. Sudah sakit mengada-gada pulak. Ingat duit dia boleh beli semua benda ke? Doktor puteri mengomel sendiri. menyemak fail lelaki itu yang telah lengkap diisi oleh seorang lelaki yang Doktor Puteri kira seusia lelaki itu juga. Mungkin geng-geng motobikenya kot.
Dia berlalu melihat pesakit yang ditinggalkan sebentar tadi. Setelah selesai memeriksa pesakitnya yang sedang menunggu di bilik rawatan tadi. Doktor Puteri bercadang ke tandas sekejap sebelum memeriksa pesakit lain yang masih ramai ditempat menunggu. Hari ini hanya dia dan Doktor Imran yang bertugas. Doktor muda dari Johor. Baru beberapa bulan bertugas di situ. Wajahnya yang seiras arwah Saiful selalu mengingatkan Puteri pada teman sekampus yang juga sahabat baiknya.
“ Doktor.. pesakit tadi tu tak mahu kami merawatnya, dia mengamuk-gamuk nak jumpa big boss kat sini.” Siti menghampirinya dengan nafas tercungap-cungap kerana panik.
“Haah...mengada-gadanya. Tak apa, biar saya tengok dia.” Kata Doktor Puteri sambil melangkah kearah katil lelaki tadi.
“Dia kata kalau bukan doktor yang rawat dia, jangan siapa-siapa sentuh dia.” Tambah Siti lagi ketika sama-sama berjalan kearah katil tersebut.
“Amboi...tak apa, biar saya uruskan.”
“ Kenapa Encik? Ada masalah ke?” Sengaja Doktor Puteri menekankan perkataan itu bagi menarik perhatian lelaki berlagak anak raja tu.”
“ Hahahh.. Doktor!” Sapanya kedengaran kasar.
“ Nurse... biar saya uruskan.” Doktor Puteri mengarahkan Nurse Siti meninggalkan mereka berdua.
“ Encik.. saya kena potong seluar encik ini. Atau encik nak buka dan pakai kain hospital.” Tanpa menghiraukan pandangan sini lelaki itu Doktor Puteri memulakan kerjanya.
“Potong la...saya nak tanggalkan pun tak boleh ni.” Katanya antara dengar dan tidak.
Doktor Puteri meminta izin lelaki bermata redup itu untuk memulakan tugasnya. Mata lelaki itu yang tunak memandangnya langsung tidak dihiraukannnya. Walaupun hakikatnya sebagai wanita biasa hatinya tetap berdetap deras, Puteri cuba mengawalnya seboleh mungkin. Setelah selesai memcuci dan membalut luka di tangan dan lutut lelaki itu. Doktor Puteri mencuci tangan. Keluar ke ruang menunggu mencari teman lelaki tadi.
“Pewaris pesakit Tengku Adam Haiqal.” Doktor Puteri memanggil nama tersebut setelah puas mencari kawan yang menghantar lelaki tersebut.
“ Kami... berdiri sepasang suami isteri yang agak bergaya di depan Doktor Puteri.”
“Sila ikut saya Encik...Puan.” Kata Doktor Puteri dengan sopan.
“Bonda ...Ayahanda...” Sapa Tengku Adam Haiqal yang kelihatan terkejut dengan kehadiran kedua orang tuanya.
“Tengku Adam Haiqal... selalu buat ayahanda dan bonda susah hati.” Bebel wanita cantik separuh umur itu.
“ Ma...maaf...Tengku saya tak tahu.” Kata Doktor Puteri teragak-agak seolah bersalah kerana dia sendiri pun tidak tahu yang orang yang dirawatnya sebentar tadi benar-benar keturunan istana.
“ Tengku Adam Haiqal tidak mengalami apa-apa yang serius. Tapi sekiranya Tengku mahu kami memeriksa lebih lanjut saya boleh refer ke bahagian pakar untuk rawatan selanjutnya.”
“ Tidak mengapa Doktor... sekiranya tidak serius kami akan rujuk dia dengan doktor keluarga nanti.”
“Sebentarnya.... saya minta nurse siapkan ubat untuk tengku.” Kata Doktor Puteri pula.
Setelah mengiringi keluarga diraja itu ke kenderaannya Doktor Puteri bersandar di biliknya seketika. Hari ini memang mengejutkannya. Belum pernah keturunan diraja datang ke pusat perubatan tempatnya berkerja, memandangkan pusat perubatannya yang merupakan sebuah pusat perubatan yang bertaraf 3 bintang sahaja. Layanan yang diberikan pada Tengku Adam Haiqal tadi pun agak suam-suam kuku. Bagaimanalah tangapan mereka kepada dia dan staf-staf yang bertugas hari ini.
Kad namanya yang bertukar tangan dengan keturunan Tengku yang baik hati itu membuatkan dia bertambah risau. Kalau perkara ini sampai ke pihak pengurusan Hospital. Masak dai. Jangan dia dibuang kerja plak nanti. Tapi dari cara dan gaya mereka yang biasa-biasa itu membuatkan Puteri rasa selesa melayan mereka. Sengaja Puteri cuba menyedapkan hati sendiri.

"Thank you.... Updated lagi ya....enjoy reading.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience