Puteri terjaga tepat jam 6.30 pagi. Kenapa telefon bimbitnya tidak berbunyi alarm seperti biasa. Puteri meraba telefon bimbitnya itu. Kehabisan bateri patutlah senyap aje. Aduh aku dah lambat ni. Kebetulan hari ini dia bertugas syif pagi. Bergegas dia bangun mengecas telefonya dan mencapai tuala untuk ke bilik air.
Ketika telefon bimbitnya telah mengisi bateri. Masegge kedengaran masuk bertalu-talu. Oleh kerana dia perlu bergegas ke Hospital telefon bimbitnya dibiarkan saja berbunyi. Setelah selesai bersiap Puteri mencapai telefon bimbitnya dan berlari arnab menghidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari rumahnya.
Puteri sampai di hospital sudah agak terlewat, dia bergegas kebiliknya untuk meletakkan handbag dan sekaligus mengecas semua telefon bimbitnya yang baterinya baru tercas ala2 nyawa ikan itu.
Selesai menukar baju kerjanya dia menapak ke ruang pemeriksaan pesakit di Zon kuning. Seorang ibu muda yang baru tiba sebentar tadi dalam keadaan separuh sedar kerana tumpah darah selepas proses bersalin beberapa hari yang lepas. Kata jiranya yang menghantarnya ke Hospital, Ibu muda itu baru dua hari bersalin, namun sudah menerima tempahan membuat kuih dari pelanggan demi menampung kelangsungan hidup mereka. Suaminya pula masih dipusat permulihan kerana terlibat dengan dadah. Saat mendengar penerangan dari jiran ibu muda itu Puteri hanya mampu mengurut dada. Dia akan menolong selagi terdaya. Sebagai doktor perasaan simpati dan empati harus dibezakan demi ketulusan untuk berkhidmat pada masyarakat. Dia hanya mampu berdoa agar ibu muda itu diberikan pertolongan oleh Allah s.w.t.
Seorang anak kecil turut dibawa bersama oleh jiranya itu kerana masalah jaundis atau demam kuning. Penyakit ini adalah dimana keadaan yang boleh dialami oleh bayi selepas 2-3 hari dilahirkan. Bayi yang terkena jaundis akan menyebabkan kulit dan mata putihnya menjadi kekuningan. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan. Kesian ibu muda dan bayi itu, apalah nasib mereka. Suami sudahlah dipusat pemulihan. Dimanalah keluarga mereka agaknya. Mujurlah jiran tempat mereka tinggal seorang yang berhati mulia. Wanita separuh umur dan suaminya itu terus menunggu disitu sehingga kedua Ibu dan anaknya kecil itu dimasukkan ke wad.
Puteri menyelesaikan prosuder yang bisa dilakukannya sebagai seorang doktor yang dipertanggungjawabkan. Doanya semoga kedua ibu dan anak itu sembuh dengan kehendakNYA.
Selepas hari menjelang ke waktu makan tengahari barulah Puteri dapat melepaskan lelah seketika. Tadi dia hanya meminta Nurse Seri membungkuskan sandwish tuna untuk mengalas perut tengahari itu. Setelah masuk ke biliknya Puteri melabuhkan duduk dikerusinya. Telefon bimbit itu yang dicas dari tadi telah penuh sepenuhnya. Sambil makan sandwish dia membuka satu demi satu hantaran whatsapp ditelefon bimbitnya. Tiba ke whatsapp dari Tengku Adam Haiqal tangannya berhenti ada tiga pesanan dari lelaki itu.
“Qal dah sampai depan rumah sekarang”
“Qal tunggu lagi 10 minit, Kalau Puteri rasa kita perlu selesaikan apa yang terjadi tadi.”
“Tq..”
Alamak pesanan dari Tengku Adam Haiqal malam tadi dia tidak baca pun. Tambah pula telefon bimbitnya kehabisan bateri dan kekalutan hari ini dengan macam-macam kes menyebabkan dia terlupa terus tentang whatsap yang diterimanya malam tadi. Puteri kemudian membuka bagtangannya mencari nota yang dititipkan oleh Tengku Edora semalam.
“Nota –Qal nak jumpa Puteri setelah sampai dirumah nanti.”
Puteri kemudian menepuk dahinya dengan kealfaan yang dia sendiri cipta semalam. Pasti Tengku Adam Haiqal yang mula ingin berbaik dengannya akan semakin menjauh darinya. Kenapa dengan kau ni Puteri. Pasti kali ini lelaki itu merajuk dan menjauhkan diri darinya lagi dan lebih lagi.
Semangat Puteri luntur tiba-tiba. Hanya tinggal dua jam lagi dia akan bertukar syif dengan Doktor Imran. Harapannya tiadalah kes-kes emengency seperti tadi. Hatinya sudah separuh-separuh sekarang.
Puteri mencapai semula telefon bimbitnya. Dia cuba mendail nombor telefon bimbit Tengku Adam Haiqal beberapa kali. Namun hanya masuk ke peti simpanan suara sahaja. Hari demi hari Puteri cuba menjejak lelaki itu namun hampa jua. Kemanakah dia menghilang?
"Thank you all...sabar menunggu.... Busy sangat dengan event tahunan....Hari ni baru dapat updated.... Enjoy reading sayang2 semua....."
Share this novel