BAB 36 - RINDU

Romance Completed 85459

“Hai Princess...Rindu Harith tak?” Usik lelaki itu setelah melihat kelibat Puteri di Lobby Hospital tengahari itu.
“Rindulah nak makan free CEO belanja.” Jawab Puteri sambil melangkah ke arah lelaki itu.
Hampir dua minggu mereka tidak bertemu, lelaki didepanya itu tetap kelihatan sama. Puteri selalu perasaan sejak bertemu semula dengan Harith, lelaki itu sudah tidak seperti dulu. Malu-malu dan selalu merahsiakan apa jua yang ada dihatinya. Semakin hari lelaki itu semakin berani menunjukkan perasaanya. Kalau dulu dia tidak begitu mengendahkan kerana memikirkan persahabatannya denga Aliana. Dia tidak sanggup melukakan hati sahabat baiknya itu yang sangat mengilai lelaki itu. Walaupun pada ketika itu dia juga jatuh sayang dengan persahabatan mereka berdua. Harith lelaki baik. Dia tidak pernah melakukan Puteri diluar batas persahabatan mereka. Kalau dia membuka hati pada lelaki itu juga tiada salahnya. Namun bila terpandangkan cincin yang disarung Atuk dijarinya, Puteri mengendurkan hasrat hatinya untuk membuka ruang buat Harith. Dia tidak mahu hatinya dan terutama hati Harith terluka. Dia sayangkan persahabatannya dengan lelaki itu.
Puteri melangkah masuk kekereta lelaki itu. Lelaki itu mengajak dia keluar setelah tiba di Malaysia petang semalam. Nasib baik hari ini dia berkerja syif pagi. Jadi dapatlah dia menemui lelaki itu selepas kerja. Cadangan asalnya ingat mengajak Harith keluar kerana dia akan bercuti keesokan harinya. Namun lelaki itu mengatakan yang dia ada meeting khas keesokkan hari dengan syarikat usahasama dengan syarikatnya di Putrajaya. Dia akan bertemu dengan Arkitek syarikat tersebut untuk pembincangan akhir bagi fasa pertama yang akan bermula dalam masa dua minggu lagi.
Mereka kemudiannya pergi ke sebuah restoran eksklusif yang terletak di Puchong Utama. Rindu pada Puteri yang sudah agak lama tidak ditemuinya. Dia berhasrat membawa gadis itu jauh sedikit dari tempat mereka keluar sebelum ini.
Lagipula rindu benar dia dengan gelak tawa gadis disebelahnya itu. Sejak dulu itulah Puteri yang dia kenali. Sentiasa ceria, manis dan happy go luckly sentiasa. Dan kadangkala kenakalan gadis itu bila dalam kekalutan selalu membuatkan dia tersenyum sendiri.
“Buahtangan untuk My Princess. Ole-ole dari Jakarta ni tau.” Usiknya sambil menghulurkan paperbag yang dibeli khas buat gadis itu.
“Wowww...seronoknya dapat makan, dapat ni.” Tunjuk Puteri kearahnya sambil tersenyum manis.
Setelah mereka memesan makanan masuk sepasang lelaki dan perempuan yang bergaya ala-ala model berjalan meliuk-liuk kearah meja mereka. Perempuan disebelah lelaki itu bukan main manja lagi. Gayanya macam nak ditelan aje mamat poyo sebelahnya itu. Yang mamat poyo tu plak bukan main melayan sicantik yang meliuk-liuk macam sotong itu.
Setelah menarik kerusi untuk sigadis itu. Dia pula mengalih duduk menghadap kearah mereka berdua. Pandangan mereka kemudiannya bertaut lama. Tengku Adam Haiqal???
Setelah dihantar pulang oleh Harith. Puteri termanggu berfikir sendiri. Apakah lelaki yang dia nampak tadi benar-benar Tengku Adam Haiqal. Patutlah lelaki itu begitu memanjakan gadis tadi. Cantiknya seperti Miss Universe Asian. Sesuailah mereka berdua. Sama cantik sama padan. Sudah-sudahlah Puteri jangan nak berangankan lelaki sehebat dia. Mungkin cincin pertunangan yang tersarung dijari adalah pilihan yang terbaik untuknya.
Pagi itu Puteri hanya bermalas-malas ditilam. Taida perancangan penting yang ingin dia lakukan hari ini. Dia merancang untuk mengemas stor ditingakat atas bersebelahan dengan biliknya itu. Seandainya dalam masa 5 bulan lagi dia benar-benar berjodoh dengan pilihan keluarganya. Pasti dia akan meninggalkan rumah sewanya itu dan tinggal bersama bakal suaminya pula.
“Tuan Harith, ingat saya tak?” Sapa Tengku Edora pada lelaki yang pernah dia temui ketika majlis penyerahan sumbangan oleh syarikat keluarganya beberapa bulan yang lepas.
“Tengku Edora right.” Teka Harith pula, tentulah dia ingat gadis yang datang bersama Arketik syarikat itu beberapa bulan lepas. Hari ini mereka berkumpul semula dibilik mesyuarat itu. Cuma Puteri yang tiada disitu. Dan baru hari ini juga dia tahu yang Tengku Adam Haiqal adalah kembara Tengku Adam Haris CEO JnZ Corportain. Lelaki itu juga adalah salah seorang pemegang saham itu.
Selepas meeting dan segala pembincangan akhir tentang projek di Putrajya itu mereka bergerak balik kedestinasi masing-masing. Harith juga turut bergerak dari bilik tersebut. Sebelum dia kelauar Tengku Edora menghampirinya. Huluran kad nama yang dititipkan oleh gadis itu disambung dengan senyuman sebagai tanda salam persahabatan olehnya.
Ketika memasuki kereta, Tengku Adam Haiqal tersenyum sendiri. Puteri nyata membohoginya tentang pertemuannya dengan Harith hari ini. Kalau meraka keluar bersama tentu Harith tiada disitu hari ini. Gadis itu pasti ada dirumah sekarang. Tengku Adam Haiqal terus keluar parkir memandu dengan senyuman melirik dibibir. Dia tidak akan tertipu lagi dengan helah Puteri kali ini. Semalaman dia menyoal tentang hati Puteri pada Harith. Apakah mereka berdua benar-benar ada sesuatu antara satu sama lain. Dan hari ini dia tidak akan mengalah lagi. Kalau pun Harith ada sesuatu dihatinya pada Puteri dia lebih berhak kerana Puteri adalah tunangannya. Dia akan memikat hati gadis itu sehingga ke akhirnya,

"Thank You All.....Rindu tak?....Enjoy Redaing...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience