BAB 48 - TIADA JODOH ANTARA KITA

Romance Completed 85459

Selepas pertemuan mereka pada malam itu dimana Harith meluahkan perasaannya. Apa yang dirasakan oleh lelaki itu turut juga dirasakan olehnya. kalaupun bukan cinta tapi rasa sayang pada persahabatan mereka masih utuh dihatinya. Bertahun dia mengenali lelaki itu. Dia pernah kehilangan lelaki itu sekali dulu. Tapi Kali ini dia terpaksa pasrah juga demi sebuah perjanjian keluarga. Lelaki itu kini langsung hilang lenyap. Pesanan ringkas darinya juga tidak dibuka oleh Harith terbit rasa risau dihati puteri tentang lelaki itu. Bukan sekali lelaki itu kecewa dengannya tapi ini kali kedua. Apa dayanya, segalanya berlaku diluar kemahuan hatinya. Walaupun diawal pertemuan semula mereka rasa yang dulu pernah terbit dihatinya sudah mula tumbuh kembali tapi pertunangan tiba-tiba yang dimaklumkan oleh keluarganya seolah mencantas semua rasa itu. Beberapa minggu yang lepas hati Tengku Adam Haiqal yang terpaksa dia lepaskan dan sekarang hati Harith pula yang terpaksa dia relakan. Berat betul dugaan perasaan yang dia terpaksa ketepikan demi mengikhlaskan hatinya untuk membahagiakan hati keluarganya.
"Kenapa ni sejak semalam lia tengok puteri menung jer. Encik tunang tak call ke?" Usiknya ketika sedang beratur mengambil makanan tengahari mereka di kafeteria hospital itu.
"Entahlah lia, Puteri semakin takut dengan jalan hidup puteri ni. Takut akan kifarah Allah." Ujurnya sambil mengambil satu set checiken chop dan teh ais lemon untuk makan tengaharinya itu.
"Lain benar jer bicara Puteri hari ni, ada apa2 nak syer dengan Lia ke?" Ujur sahabatnya itu setelah mereka melabuh duduk dimeja makan hujung kafeteria Hospital itu.
Puteri menceritakan semula yang terjadi ketika dia keluar bersama dengan Harith dua hari lepas. Tentang luahan perasaan Harith itu terhadapnya dan tentang apa yang dia juga rasa terhadap lelaki itu setelah bertemu semula dengannya. Dan kini lelaki itu telah pergi tanpa pesan. Terus lelaki itu hilang dari hati dah pandangannya. Kehilangan lelaki membuatkan puteri rasa bersalah sendiri.

Sorry lama terhenti... Insyaallah akan Cuba habiskan ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience