Bab 62 – RAHSIA HATI

Romance Completed 85459

Malam pertama yang dinantikan akhirnya tiba jua. Setelah semua jiran sekampung yang datang membantu mengemas semua keperluan kenduri disiang hari tadi pulang ke rumah masing-masing. Puteri masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah berpakaian baju tidur corak bunga dari kain satin yang dihadiahkan oleh sahabat baik ketika ulangtahunnya beberapa bulan yang lepas, Puteri kemudian melangkah masuk ke biliknya untuk bersolat. Baru dia selesai menyarung telekung... Tengku Adam Haiqal menjenguk masuk ke bilik mereka.
“Sayang tunggu abang sekejap... kita solat bersama.” Ujur suaminya sambil mengambil tuala yang telah disediakan oleh sang isteri ditempat penyidai.
Puteri kembali duduk ke katil menunggu suaminya selesai membersihkan badan. Sementara itu dia melangkah ke almari mengambil persalinan pakaian untuk suaminya. Setelah beberapa minit suaminya masuk semula ke bilik dengan bertuala separas lutut. Walaupun merasa agak malu Puteri menghulurkan juga persalinan untuk suaminya yang sengaja berdiri agak hampir dengannya.
Setelah menukar pakaian, Tengku Adam Haiqal melangkah ke sejadah yang telah disiapkan olehnya. Inilah kali pertama dia diimankan oleh seorang yang akan menjadi peneman hidupnya sepanjang hayat. Memulakan hidupnya dengan apa yang dituntut Allah adalah impiannya sewaktu dia menetapkan untuk menerima lelaki itu. Keputusan dan laluan yang dilorong oleh Allah untuk hatinya menerima lelaki itu dengan redha adalah perkara terbaik yang dia lakukan dalam hidupnya. Usai solat berjemaahan Tengku Adam Haiqal menarik tangan isterinya untuk duduk lebih rapat dengannya. Tangan isteri diraih dan digenggam erat ke dadanya.
“Sayang... abang minta maaf buatkan sayang terluka sepanjang pertunangan kita. Abang lebih lagi menderita dengan keputusan yang abang buat sendiri. Abang hanya dapat melihat sayang dari jauh. Rindu ini bukan sikit-sikit tau.” Ujur suaminya sambil mencium tangan halus sang isteri.
“Macam mana abang tahu sayang adalah wanita yang sama abang cari selama ini.” Tanya isterinya masih lagi keliru dengan apa yang dia tidak tahu selama ini.
Suaminya menceritakan segala yang dilakukan setelah kembali semula Malaysia. Sehinggalah bondanya berjumpa semula dengan keluarga angkatnya itu. Bila dia datang berjumpa dengan keluarga angkatnya itulah dia terlihat album gambar Puteri bersama keluarga angkatnya itu. Bagai telah ditakdirkan, insan yang sangat dia inginkan adalah orang yang sama dia cari selama ini.
“Selepas bonda berjumpa dengan ibu, abang datang sendiri ke sini beberapa hari kemudian. Abang bermalam disini beberapa malam. Dan ketika abang tinggal disini, abang terjumpa album gambar keluarga sayang. Ketika itulah abang tahu sayang adalah wanita yang sama yang membuka hati abang yang selama ini kosong.” Ujur suaminya.
Puteri terdiam tanpa berkutik. Perasaannya kini berlibang libu dengan pengakuan suaminya. Dan kedua ibubapa, atuk dan keluarganya tahu siapa lelaki yang akan dikahwininya selama ini. Mereka biarkan dia berperang sendiri dengan perasaannya yang hampir membuatkan dia pasrah.
“Lagi satu... Aliana dan Imran juga tahu siapa abang, siapa tunangan sayang. Sebab itulah abang minta Aliana temankan sayang g fitting baju kat butik DeAmore tempohari.”
“Jadi baju dibutik tu untuk sayang bukan untuk Aliana dan Imran yang kononnya nak kahwin....” Satu cubitan hinggap dilengan suaminya.
“Aduhhhh... boleh lebam seluruh badan abang kalau selalu diketam gini.... untuk majlis resepsi kita di Shah Alam nanti.” Sela suaminya sambil mengosok-gosok tangannya yang masih terasa bisa dek cubitan sang isteri.
“Lagi satu sayang...” Renungan bersalah sang suami tepat ke matanya.
“Ada lagi...” Ujur Puteri membutangkan mata ke arah suaminya.
“Janji ini last.... abang minta maaf kerana membaca dairi sayang ketika abang menghuni bilik sayang masa tu.” Ujur suaminya sambil mencium pelupuk tempurung tangannya yang masih digenggamannya itu.
“Abang baca....jadi abang tahu semuanya...” Ujurnya sambil menarik muka merajuk.
“Abang minta maaf sayang... abang hanya berfikir saat itu, inilah pertunjuk untuk abang mengenali siapa Puteri sebenarnya. Siapa abang di hati Puteri selama ini.
Suaminya bangun berjalan ke arah almari yang mana menempatkan bag pakaian yang dibawa tadi. Puteri kemudian bangun berdiri membuka telekung dan menyidai sejadah yang digunakan untuk mereka bersolat tadi.
“Sayang duduk kat sini....” Suaminya menarik tangannya duduk dibirai katil.
“Ini dairi sayang...” Akhirnya diari itu bertukar tangan.
“Jadi selama ini dairi ini ada dengan abang... puas Puteri cari di rumah ni, dirumh sewa.” Ujur Puteri dengan memuncungkan bibirnya.
“Abang minta maaf sekali lagi... Tapi sekurangnya dairi itu menjadi pengubat rindu dan kekuatan buat abang untuk teruskan semua ini. Abang hampir putus asa bila sayang menutup semua pintu pendamaian kita.” Ujur lelaki itu mengenggam tangannya.
“Siapa sebenarnya yang menjauh...abang kan.Sengaja mendera perasaan sayang. Sayang hampir-hampir nak lupakan semua dan tinggalkan negara ini. Mujurlah pujukan atuk supaya sayang meminta pertunjuk dari-NYA mematahkan hasrat sayang untuk keluar negara ketika itu.” Sela isterinya membuka rahsia hati yang di pendam selama ini.
“Kalau sayang pergi saat itu... abang tak tahu apa yang akan belaku pada abang sekarang.” Tubuh isterinya diraih ke dalam pelukkan.
“Sekarang segala kekusutan antara kita telah berlalu... Abang harap apa yang terjadi sebelum ini menjadi kenangan terindah antara kita berdua. Abang tidak minta apapun dari sayang, cukup sayang setia disamping abang hadapi susah senang hidup ini sehingga ke akhir hayat kita.
“Bolehkan sayang?”

Alhamdulillah...maaf semua berkejar-kerja dengan keinginan hati dan tugas hakiki selalu menghambatkan waktu.....Enjoy reading buat semua yang setia menunggu...nantikan episod akhir ya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience