BAB 7 - BERTEMU PANDANG

Romance Completed 85459

Melangkah masuk ke bilik 302 denga helmet yang masih ditangan. Tengku Adam Haiqal menghampiri katil adik sepupunya yang sedang makan tengahari itu. Nampak kepada keadaanya seperti sudah agak bertenaga. Dia yang kebetulan baru balik dari Terangganu terus singgah ke situ setelah mengetahui khabar keadaan adik sepupunya yang kemalangan dan dirawat pula di Hospital tempat doktor itu bertugas. Keinginan untuk bertemu pandang dengan Doktor itu turut terselit di akal fikirnya. Berkali-kali dia mengusir ingatan tentang Doktor yang kelihatan tegas dan tapi bersifat lembut itu. Namun setiap kali ingatan itu datang dia boleh terkhayal sendiri. Kenapa kuat sangat aura doktor manis itu.
“Assalamualaikum...dah sihat? Mana Emir?” tegur Haiqal kepada Adik sepupunya yang sedang menyuapkan nasi ke mulut itu.
“Walaikumusalam...Sihat, Abang Mir balik rumah sekejap, lepas tu ke airport ambil Ayahanda dan Bonda yang sampai tengahari ni. Abang Qal, bila sampai sini, Bonda kata abang ada trip ke Terengganu?” kata wanita itu sambil berpaling pada abang sepupunya yang duduk di kerusi sebelah katilnya.
“ Baru kejap ni la.... terus kesini, nak tengok adik abang ni ada patah riuk tak? Guraunya sambil tergelak.
“Hishh abang ni kan.” Edora tersenyum malu.
Setelah makan ubat yang diberikan jururawat selepas makan tengahri tadi, Tengku Edora terasa mengantuk sangat. Demi melihat adik sepupunya yang telah terlena, Haiqal turut beralih duduk di Sofa yang disediakan disebelah tingkat. Hendak balik kesian plak meninggalkan Tengku Edora keseorangan. Haiqal bersandar disofa, mungkin kerana kepenatan diperjalanan yang agak jauh tadi dia juga turut terlena.
“Qal, bangun... ni siapa jaga siapa ni?” marah Tengku Noris sambil menepuk bahu nak bongsunya yang jarang-jarang sekali dapat bersua muka itu.
Celik saja mata, bilik yang tadinya sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah dengan suara Bondanya, Bonda Nora, Ayahanda Kamal dan sepupunya Tengku Emir yang turut sama duduk disebelahnya di sofa empuk itu.
“Ayahanda Kamal...Bonda Nora dah sampai....Ayahanda dan bonda sihat?” tegur Haiqal sambil menyalami mereka. Dia kemudian berlalu ke bilik air untuk mencuci muka dan berwuduk untuk bersolat.
“Assalamualaikum....maaf menggangu, boleh saya periksa pesakit sekejap.” Ujur Doktor Puteri sambil berdiri disebelah katil Tengku Edora.
“Macam keadaan anak saya Doktor.” Tanya Bonda Nora yang kebetulan berdiri disebelah kanan katil.
“Alhamdullah Tengku... Result MRI pagi tadi juga menunjukkan tiada yang perlu dirisaukan. InsyaAllah Tengku Edora sudah boleh keluar esok pagi. Nanti saya maklumkan pada rekod rawatan Tengku Edora pada doktor yang bertugas esok pagi ya.” Ujur Doktor Puteri.
“Bonda tau....Doktor Puteri lah yang selamatkan Edora semasa kemalangan tu. Kalau tak tak tahu macam mana keadaan Edora masa tu.” Ujurnya sambil memegang tangan Doktor Puteri yang berdiri sebelahnya.
“Iyake? Syukur, terima kasih banyak Doktor, kami sekeluarga terhutang budi dengan Doktor.” Ujur Bonda Nora yang begitu tertarik dengan Doktor Muda yang cantik didepannya. Hatinya mula berangan-angan sendiri dengan hasratnya untuk melihat satu-satu anak lelakinya itu berkeluarga.
“Tak ada apa Tengku, kebetulan saya yang lalu jalan yang sama ketika itu, kalau orang lain pun pasti akan buat benda yang samakan. Kalau tak ada apa lagi saya keluar dulu ya” Ujur Doktor Puteri yang dah rasa seram sejuk bila berada bersama keluarga kerabat itu. Tambah pula dengan sepasang mata yang baru masuk kebilik itu yang terus tepat menatap ke arahnya.
Sekali lagi Doktor Puteri bertembung dengan wajah milik lelaki itu yang menggangu fikirannya. Lelaki yang sama dia jumpa semalam. Lelaki yang dia jumpa hari ini agak sempoi saja. Tak nampak serius seperti lelaki yang berbaju koprat ala-ala James Bond macam semalam.
“Hai doktor, jumpa lagi kita...” tegur Haiqal saat dia hendak masuk ke bilik dan bertemu pandang dengan Doktor Puteri yang diharap sangat dapat bertemu pandang hari ini. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Kata hatinya.
“Silakan....Doktor itu menberi laluan untuk dia masuk, tersenyum dan berlalu keluar.
Pertemuan sekejap dengan Doktor Puteri petang tadi masih tergambar2 diingatannya. Kuat betul Aura gadis itu kepadanya. Apakah itu orang yang dia cari selama ini. Merata tempat dia mengembara, namun kenapa dengan gadis itu hatinya terus berbicara indah. Seolah ada aura yang terus melekat dan tumbuh subuh dari hari ke hari. Siapa sebenarnya pemilik hati insan yang bernama Puteri Ayuni binti Zaidi ini.

"Thank You All.... Updated lagi....Enjoy reading....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience