BAB 11 - HOT STORY

Romance Completed 85459

“Bersemangat benar ko pagi ni.” Tegur sahabatnya Doktor Aliana saat dia melangkah masuk ke biliknya beberapa minit yang lepas.
“Mestilah, ada story hot wei, ko tahu aku jumpa siapa semalam?” Sengaja dia membuat teka teki sebegitu. Dia tahu keterujaan Aliana sanggup tinggal patient demi nak bergosip.
“Cepatlah cerita, aku nak pergi melawat patient tingkat dua ni.” Sambil melabuhkan punggungnya di kerusi depan meja Puteri.
“Semalam aku date dengan Harith, ko ingat Harith the best friend in the world masa kita belajar dulu tu. Lama dia menghilangkan?” Puteri memasang muka teruja tak ingat tu.
“Ooooo Harith yang aku suka gila kat dia dulu tu, sampai kau dengan rela hati tarik diri tu. Hensem lagi tak dia sekarang? Dah kahwin ke?” Soal Aliana bertalu-talu.
“Tambah-tambah hensem wei, CEO ko dia sekarang?” Sengaja Puteri memancing sahabatnya itu untuk terus melekat dibiliknya.
“Ko ni sengaja buat aku gini kan, Alaaa aku kena naik atas dulu ni. Ko janji sambung gosip lepas aku settle kat atas tau.” Rayu Aliana lagi, ingin benar dia tahu tentang lelaki yang dulu buat dia separuh mati, angaukan lelaki itu.
“Tak mahu aku ko call la dia sendiri ajak date, lagi banyak rahsia ko boleh koret dari dia. Hensem dia wei.” Puteri memprovok sahabatnya itu sekali lagi.
“Menci la cakap ko ni tak sporting langsung.” Aliana berlalu keluar dengan muka buat-buat merajuk. Gelihati Puteri dibuatnya.
Selepas Aliana berlalu menjalankan tugasnya, Puteri kembali duduk dimejanya sambil membelek-belek jadual kerjanya sekejapnya lagi. Dia akan bertukar syif dengan Doktor Imran lagi setengah jam lebih kurang. Memandangkan dia ABC jadi adalah masa dia rest jap.
Walaupun sudah lebih dua minggu dia bertemu semula dengan Harith, namun sengaja dia tidak memaklumkan kepada sahabatnya Aliana, dia perlu pastikan yang Harith benar-benar masih single. Dia tidak mahu melihat sahabatnya kemurungan seperti dulu kerana kehilangan Harith tanpa kesan. Dia cukup tahu hati Aliana terus terkunci buat mana-mana lelaki selepas kejadian itu. Begitu rapuh hati sahabatnya itu.
Hampir lima tahun Harith pergi tanpa khabar berita buatnya dan kawan-kawan sekampus mereka. Dia sebenarnya tahu Harith sedikit kecewa dengannya bila dia menjalin hubungan dengan Saiful dulu. Tipu rasanya kalau dia tidak kecewa selepas kehilangan sahabat sebaik Harith. Tapi demi melihat hati satu-satu sahabatnya dari kecil yang sudah dianggap saudara kandung itu, dia tidak tega. Aliana yang begitu memuja lelaki itu, dia tidak mahu persahabatan mereka tercalar dengan keakraban dia dan Harith. Dia sengaja menjaga jarak antara dia dan Harith. Sehingga menyebabkan Harith berjauh hati dengannya dan pergi tanpa berita.
Walaupun hubungan dia dengan Saiful pada awalnya hanya sekadar teman baik demi mengabuli mata Harith yang menunjukkan minat terhadapnya dulu. Namun kebaikan hati budi dan perkerti Saiful lama-lama mengikat dia untuk jatuh sayang pada lelaki itu. Kemalangan yang menimpa Saiful sekali lagi menyebabkan dia kehilangan insan-insan yang dia sayang. Kecewa iya dia agak kecewa juga setelah dia seikhlas hati memberikan sedikit hatinya untuk lelaki itu. Lelaki sebaik Saiful memang disayang Allah. Dia redha.
Dek kerana bosan termenung dibilik, Puteri menilik jam di tanganya. Lagi 15 minit nak masuk syif ni. Pekena kopi Kak Ain pun ok juga ni . Puteri kemudian membawa langkahnya ke cafe Hospital untuk mencari Kak Ain tauke Cafe yang selalu melayan tekaknya itu.

"Thank You for Support ..... Enjoy Reading wei......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience