Selepas pertemuannya dengan Puteri semingu yang lepas Tengku Adam Haiqal menutup nombor telefon bimbitnya yang dimiliki oleh Puteri sebagai Tengku Adam Haiqal itu. Dia cuba menjauh dan tidak berhubung langsung dengan gadis itu. Dia mahu melenyapkan terus nama Tengku Adam Haiqal dari hati gadis itu. Dia juga sudah cukup yakin yang Puteri juga mempunyai perasaan yang sama padanya. Tengku Adam Haiqal mengubah plan asalnya untuk memikat Puteri sebagai Tengku Adam Haiqal lagi. Tapi sebaliknya misi dia sekarang dia perlu mendekati Puteri sebagai Adam Kamil iaitu tunangan kepada gadis itu. Mungkin dengan cara ini dia dapat memiliki hati gadis itu secara hakiki sebelum meraka diijabkabulkan nanti.
“Assalamualaikum. Puteri sudah balik kerja ke?” Ujur suara lelaki ditalian sana.
“Walaikumusalam. Baru sekejap sampai rumah ni. Adam dah balik kerja?” Tanya Puteri pula.
“Lemau jer suara, penat sangat ke menyedut darah hari ni.” Usik lelaki yang mengelarkan dianya drukula itu.
“Penatlah jugak, hari ini banyak darah gerd O, sebab susah nak dapat agak mencabar juga la.” Puteri membalas usikan lelaki itu. Terasa ceria sedikit hatinya kini. Berbual dengan Adam kadangkala membuatkan dia lupa seketika kerawangan hatinya hampir dua minggu lebih ini.
“Ok la, Adam tak mahu ganggu lama-lama. Lepas makan dan solat, rehat ya sayang.” Ujur lelaki itu ditalian sana.
“Adam...” Panggilnya.
“Iya sayang...” Jawab lelaki itu bernada romantis sekali.
“Thank bunga dan coklat tu.” Ujur Puteri pula. Kiriman bunga dan coklat yang dihantar lelaki itu telah diterimanya pagi tadi.
“Oh ok. Buat masa ini biar bunga-bunga itu temani bakal isteri Adam ni, sebelum kita benar-benar berjumpa tiga bulan lagi.” Ujurnya lembut meresap kejiwa Puteri. Ngilu.
“Bye sayang, sweet dream.” Ucap lelaki itu lagi.
“Bye. Take care.” Ucap Puteri pula. Aduh panggilan sayang berkali-kali itu boleh cair tahu tak. Bisik hati Puteri.
Hampir dua minggu lebih berlalu selepas pertemuan dia dengan Tengku Adam Haiqal tempohari. Dan selama itulah lelaki itu terus hilang lenyap dari pandangannya. Biarlah dia perlu melepaskan lelaki itu dengan sebenarnynya. Mungkin telah tertulis lelaki itu bukan jodohnya. Kalau dia teruskan mengingati lelaki itu bukan saja jiwanya yang tersiksa tapi dia turut sama menyiksa lelaki itu. Biarlah lelaki itu mencari kebahagiannya. Salah Puteri juga menolak lelaki itu dulu. Segalanya sudah terlambat untuk diperbetulkan semula. Dia pasrah dengan kekhalifan yang dia cipta sendiri. Kehadiran insan bernama Adam Kamil mungkin dapat merawat hatinya sedikit demi sedikit. Puteri akan cuba membuka ruang hatinya semula untuk mengenali lelaki bergelar tunangannya itu.
“Doktor, ini surat untuk doktor dari pihak pengurusan Hospital.” Huluran surat bersampul putih dari Seri disambut Puteri dengan ucapan terima kasih.
“Seri saya ke bilik dulu. Nak bersolat kejap. Kalau ada apa-apa masalah dengan pesakit bilik nombor 205 panggil saya ya.” Ucap Puteri sambil berlalu kebilikya.
Pesakit yang baru masuk ke bilik 205 adalah pesakit bawah umur yang disahkan mengidap masalah appendik dan akan dibedah keesokkan hari. Oleh kerana kategori darahnya agak sukar didapati dia terpaksa menunggu penderma dari kalangan keluarganya untuk membantu. Setelah diberikan ubat penahan sakit gadis itu sedang tidur sekarang. Puteri berdoa ada kalangan keluarganya yang boleh menolongnya dengan seberapa segera.
Baru Puteri melangkah masuk kebiliknya Aliana turut mengekor dibelakangnya.
“Tak kerja ke?” Usik Puteri pada sahabatnya itu.
“Kerjalah, saja nak gosip sikit ni.” Aliana menunjukkan surat bersampul putih ditangannya.
“Lia pun dapat. Baru nak tanya tadi.” Ujur Puteri tersenyum.
“JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Tiga hari dua malam ni kot.” Ujur Aliana padanya.
“Boleh kita cuci mata sekali. Mesti ramai doktor-doktor macho dari tempat-tempat lain juga ni.” Kata Aliana bukan main seronok kalau bab-bab mengatal.
“Doktor Imran tu nak letak mana cik adik oii.” Balas Puteri pula sambil ketawa.
“Dia tetap disini...Alaaaa sesekali buat cuci mata. Asyik jadi drukala aje jemu juga kan.” Ketawa Aliana pecah terburai mengusik dia la tu.
Selepas peristiwa yang terjadi antara dia dan Tengku Adam Haiqal itu. Pada Aliana tempat dia mengceritakan segala yang terjadi padanya. Tentang kiriman bunga, panggilan telefon tunangannya itu. Pada Aliana dikongsi segalanya.
Pagi jumaat itu dia dan Aliana bertolak dari Shah Alam ke Kuala lumpur untuk berkursus di Hotel di tengah kota metropolitan itu. Selepas mendaftar dan diberikan bilik penginapan masing-masing, mereka akan berkumpul di cafe hotel untuk makan tengahari dan masing-masing boleh berehat sebentar untuk bersolat dan sebagainya. Selepas pukul 3.30 petang semua peserta dikehendaki ke Hall utama untuk sesi taklimat dan pembahagian jadual sepanjang tiga hari dua malam mereka berseminar disitu.
“Tengok jadual ni, doktor Tengku Natasha bagi yang bagi speech nanti, tak sabarnya aku.” Ujur Aliana sahabat baiknya itu. Doktor Natasha adalah pakar bahagian pembedahan Neuro disalah satu Hospital Pakar terkenal di Kuala Lumpur ini. Sejak masih di Universiti lagi Aliana cukup idola akan nama doktor ini. Sudahlah cantik, bijak pula tu katanya. Lagi teruja Aliana tak sabar menunggu esok hari slot doktor tersebut.
Tepat jam 8 malam mereka turun ke cafe hotel untuk makan malam yang telah disediakan oleh penganjur. Slot malam ini adalah sesi suaikenal antara semua perserta yang telah diatur oleh pihak penganjur.
Mereka duduk di meja berdekatan dengan pintu keluar. Saja kata Aliana nak menjamu mata. Puteri hanya menurut saja langkah si Aliana yang bukan main ceria dari tadi. Maklumlah esok nak jumpa doktor idolanya itu.
“Puteri itulah doktor Tengku Natasha tu. Ya Allah cantiknya dia.” Ujur Aliana sambil. Mata mereka keduanya memandang tepat ke arah pintu masuk.
“Tapi dibelakangnya tu, bukan ke???” Belum habis Aliana menyudahkan ayatnya Puteri sudah berkalih duduk membelakangi pintu masuk ke cafe hotel itu.
Aliana kehilangan kata-kata buat seketika. Tangannya mengapai tangan Puteri untuk mengenggamnya sebagai memberi respon kepada sahabatnya itu untuk bersabar dengan stuasi yang terhidang didepan mata mereka. Ketika Puteri menoleh pandang pada lelaki yang duduk dimeja berdepan dengan doktor Tengku Natasha mata mereka saling bertatapan. Terkejut, terkesima dan entah apa ter lagi yang patut distilahkan. Ngilu hati seorang Puteri.
"Thank All.....Ok jom naik roller coaster..."
Share this novel