BAB 33 - MERISIK

Romance Completed 85459

Keesokkan harinya rombongan keluarga Tan Sri Tengku Kamal dan Puan Sri Tengku Noris tiba ke rumah mereka setelah masuk waktu zohor. Majlis merisik yang dirancang pada mulanya terus menjadi majlis bertunang. Kerana ketidaksabaran Tengku Adam Haiqal yang tidak mahu bertangguh lagi. Takut benar gadis idamannya itu direbut oleh jejaka lain. Majlis diadakan secara ringkas yang dijalankan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Cincin merisik dan bertunang tidak disarungkan kepada bakal tunang kerana pertunangan itu terjadi terlalu tergesa-gesa. Namun Puan Sri Tengku Noris meminta Puan Adila sekeluarga merahsiakan dulu siapa insan yang menjadi tunangan puteri. Lagipula atas permintaan Tengku Adam Haiqal yang mahu cuba menguji dan mendekati Puteri tanpa Puteri tahu siapa sebenarnya dia.
Pada mulanya Puan Adila tidak begitu setuju, namun jaminan yang diberikan oleh Tok Din yang Puteri juga menyukai Tengku Adam Haiqal membuatkan dia diam tanpa kata. Cuma Puan Adila menyuarakan sekiranya sepanjang tempoh pertunangan itu Puteri menolak untuk disatukan mereka sekeluarga akan menuruti kehendak anak bongsunya itu. Sekarang terpulang pada Tengku Adam Haiqal untuk menjalankan misinya, sekirannya dia benar-benar ingin memiliki anak gadisnya itu.
Berbunga-bunga hati Puan Sri Tengku Noris bila hasratnya ingin berbesan dengan keluarga angkat anak-anaknya itu termakbul. Tengku Adam Haiqal jangan cakaplah senyum sampai ketelinga. Tidak pernah dia melihat anaknya yang bersifat pendiam dan sedikit tertutup kehidupan sehariannya seceria itu. Sebagai Ibu dia mendoakan agar jodoh kedua anak dan bakal menantunya itu tiada halangan lagi.
Selepas solat Asar mereka sekeluarga bertolak balik ke Shah Alam. Tan Sri Tengku Kamil dan rombongannya tidak dapat berlama-lama disitu kerena ada mesyuarat penting keesokkan harinya. Tengku Adam Haiqal,Puan Adila dan Encik Zaidi turut sama menghantar mereka ke Airport. Tengku Adam Haiqal akan balik keesokkan hari dengan memandu. Kerana dia datang dengan kenderaan sendiri beberapa hari yang lepas. Pertunangan terkejut begitu, tentulah segala yang dirancang juga secara terkejut. Namun hatinya sudah cukup tenang kerana gadis yang bernama Puteri Ayuni itu sudah menjadi tunangannya. Misinya sekarang hanya mengikat semula hati gadis itu.
Setelah tiba dirumah jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Ayah Di dan Ibu Dila terus masuk kebilik untuk membersihkan diri dan tidur. Tengku Adam Haiqal juga berbuat demikian. Setelah membersihkan diri dan bersolat dia hanya berbaring dikatil milik bakal isterinya itu.
Pelbagai ingatan memenuhi ruang fikirannya itu. Bermula ketika dia selalu bermalam dirumah Ibu Dila diKlang. Ketika itu dia baru berusia 10 tahun dan Puteri berusia 5 tahun. Puteri begitu manja dengan mereka berdua. Dia yang selalu membuli gadis itu. Kadang sampai menangis tersendu-sendu dibuatnya. Dan setiap kali Puteri menangis Abang Haris kembarnya akan mendukung gadis itu untuk dipujuk. Sebenarnya dia terlalu sayang dan suka kepada adik angkatnya itu. Namun keakraban dan kemanjaan Puteri dengan Abangnya itu menyebabkan dia selalu menganggu gadis itu untuk menarik perhatian. Walaupun Abang Haris selalu mengalah dengannya, Tengku Adam Haiqal tetap juga cemburu dengan keakraban mereka berdua.
Sehinggalah dia mula kenal erti dunia dewasa, selepas itu dia sudah agak jarang kerumah itu. Begitu juga dengan Abang Haris. Mereka bertiga juga tidak lagi tidur bersama seperti beberapa tahun yang lalu. Sehinggalah mereka berpindah ke luar negara kerana Ayahandanya perlu menguruskan perniagaan mereka disana. Kali terakhir dia menemui Puteri ketika mereka melawat keluarga itu untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum mereka berangkat ke luar negara. Setelah itu hubungan mereka seolah terputus terus. Kepulangan mereka ke Malaysia dan mimpi-mimpi yang kerap menganggu tidurnya membuatkan dia tercari-cari akan kebenarannya. Sehinggalah pertemuan antara dia dan Puteri, mimpi-mimpi itu juga terus lenyap dari menganggunya. Mungkin inikah jawapan yang dia cari selama ini.
Entah kenapa sudah puas mengelamun akan masa silam mereka, namun mata Tengku Adam Haiqal masih juga tidak mahu dilelapkan. Dia kemudian bangun membuka laci meja sebelah katil Puteri. Dilaci terakhir ada terselit beberapa buah buku peribadi Puteri.
“Dairi.” Boleh ke dia buka dan baca. Tapi ini milik peribadi Puteri. Bukan pencerobohan hak kemanusian ke kalau dia berbuat begitu. Bisik hati kecilnya.
Namun akalnya meronta-ronta ingin mengetahui apa isi didalam dairi itu. Apasalahnyakan mungkin dengan membaca dairi peribadi gadis itu dia akan lebih mengenali siapa bakal isterinya itu.

"Thank You All....Enjoy reading"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience