Tepat pukul 9 pagi kereta Ford Ranger hitam milik Tengku Adam Haiqal sudah terpacak depan rumahnya. Setelah dia masuk ke dalam kereta. Mata lelaki memandang tunak kearahnya. Sengaja dia memakai tudung hadiah pemberian lelaki itu malam tadi. Mungkin ini kali terakhir dia akan menemui lelaki itu. Puteri sudah nekad untuk berterus terang. Apapun penerimaan Tengku Adam Haiqal terserahlah padanya. Puteri perasaan senyum melirik terukir dibibir lelaki itu.
Tengku Adam Haiqal memandu kearah luar Kuala Lumpur. Nampaknya kali ini lelaki ini memandu kearah pantai timur. Kot iya ada hal nak dicakapkan takkanlah nak pergi sampai ke pantai timur sana. Dahlah dia sehelai sepinggang aje ni. Pun begitu Puteri malas nak bertanyakan apa-apa. Lelaki itupun hanya menyenggih saja sejak tadi. Entah apa yang dia seronok sangat pun tak tahulah.
“Kita sarapan dulu di Genting Sempah ya.” Ujurnya memecah sunyi antara mereka.
“Ok...” Jawab Puteri sepatah.
Selepas pangkir kereta mereka bergerak naik ke tingkat atas. Mereka bergerak kdari satu gerai kesatu gerai yang berderet disitu. Pelbagai pilihan menu yang ada disitu. Mungkin hari ini adalah hari minggu jadi sudah agak ramai pelanggan yang memenuhi meja-meja disitu. Dihari minggu begitu tentulah ramai warga Kuala Lumpur keluar mencari udara baru sebelum memulakan episod baru keesokan hari dengan pelbagai tuntutan kerja pula.
Tengku Adam Haiqal memesan nasi lemak sambal ayam dan teh tarik, manakala Puteri pula memesan nasi lemak rendang kerang dan milo panas sahaja. Selepas makan baru sahaja mereka hendak bergerak keluar dari tempat makan itu terdengar seseorang memanggil namanya.
“Puteri tak sangka jumpa disini?” Sapa Aliana yang kononnya keluar berdating dengan buah hati katanya. Doktor Imran disebelah menghulur salam pada Tengku Adam Haiqal. Inilah lelaki yang diceritakan oleh Aliana kepadanya tempohari. Keputusannya memilih Aliana memang tak silap. Lelaki disisi Puteri bukan sebarangan orang. Dia tidak mahu terluka dengan perasaan sendiri. Lebih baik membina bahagia dengan orang yang setaraf dengan sebanding dengannya.
“Jauhnya ku dating, sampai kesini.” Bisik Puteri ke telinga Aliana.
“Kaupun apa kurangnya, kata nak buat perhitungan terakhir. Ini bukan perhitungan terakhir, tapi macam perancangan masa depan jer.” Bisik Aliana pula padanya.
“Nak dating ke mana ni.” Balas Puteri malas mahu melayan usikan sahabatnya itu.
“Entah, Im kata nak jalan-jalan cuci mata ke Genting Highland.” Kata Aliana teruja.
“Kebetulan kami pun nak kesana, jom la kita gerak sekali.” Sela Tengku Adam Haiqal sambil menoleh pada Imran dan kemudian pada Puteri pula.
Aliana mencuitnya dengan usikan nakalnya itu. Puteri yang tidak tahu arah tuju lelaki itu hanya tersenyum sumbing. Tengok perangai lelaki ini sesuka hati nak bawa tunang orang tapi sepatah haram pun tidak dimaklumkan padanya arah tujuan. Agaknya kalau tidak bertembung dengan Aliana dan Imran tadi sampai ke destinasi pun dia tidak tahu arah tuju lelaki itu.
Setelah sampai ke Awana Skyway mereka memangkir kereta untuk bergerak naik ke puncak Genting dengan menaiki skyway yang telah disediakan.
Sesampai ditempat dituju mereka kemudian berpecah mengikut haluan masing-masing. Aliana dan Imran hendak menikmati pelbagai permainan di Indoor thema Park katanya. Manakala Tengku Adam Haiqal lebih kepada hendak mencari tempat yang lebih tenang dan damai untuk mereka bercerita.
“Jangan lupa story kat aku tau esok. Semacam aku tengok anak raja tu pandang kau.” Bisik Aliana sebelum mereka berpisah sebentar tadi. Siapa tak kenal Aliana kalau bukan pakar gosip hot and spicy bukan Aliana namanya. Namun Puteri sangat selesa dengan sahabat terbaiknya itu. Walaupun perangai gila-gilanya itu, Aliana adalah sahabat yang sentiasa ada waktu susah senangnya. Hanya Aliana yang tahu segalanya tentang dia. Tentang Tengku Adam Haiqal, tentang Harith, cuma tentang Adam sahaja yang masih menjadi rahsia hatinya.
“Hissh kau ni, Selamat berdating.” Bisik Puteri ketelinga sahabatnya sebelum mereka berpisah.
“Jom kita ke Strawberry Leisura Farm.” Kata Tengku Adam Haiqal sambil menarik bucu baju Puteri untuk bergerak kearah yang ditunjukkannya.
Setelah sampai di situ, mereka memetik buah-buah strawberry yang telah masak ranum itu. Merah-merah warnanya. Puteri begitu teruja sehingga hasrat untuk berterus terang dengan lelaki itu hampir dilupakannya.
Setelah memetik dan membayar buah strawberry yang mereka petik tadi mereka berdua bergerak mencari tempat duduk yang membolehkan mereka makan sambil bercerita. Tengku Adam Haiqal memilih satu kerusi yang agak jauh juga dari tempat duduk pengunjung yang lain.
“Nah, manis macam Puteri.” Ujur Tengku Adam haiqal sambil menghulurkan sebiji strawberry kepada Puteri.
“Puteri, Boleh Qal tanya sesuatu.” Lelaki itu memulakan bicara.
“Boleh tanyalah.” Jawab Puteri selamba sambil mengigit sedikit hujung buah strawberry yang ranum itu.
“Boleh Qal kenali hati Puteri lebih dalam lagi. Qal sebenarnya ingin ikatan kita ini diakhiri dengan sesuatu yang lebih indah.” Ujur Tengku Adam Haiqal sambil merenung tunak ke anak matanya. Puteri mengalihkan pandangan dengan rasa serbasalah. Lama dia terdiam.
“Kenapa Puteri? Apakah Qal sudah terlambat.” Sayu suara lelaki itu.
“Puteri minta maaf, Puteri juga perlu berterus terang dengan Qal tentang status diri Puteri. Antara kita ada batas yang perlu dijaga. Walaupun Puteri akui Puteri juga mula selesa dengan Qal namun antara kita tak mungkin akan ada ikatan apa-apa.” Ujur Puteri pelahan.
“Tapi kenapa?” Lelaki didepan itu mula berdiri sambil mengusap rambutnya berkali-kali.
“Puteri sudah menjadi milik orang lain.” Tutur Puteri memandang tunak lelaki yang berdiri didepannya itu.
“Maksud Puteri, Harith?” Sengaja Tengku Adam Haiqal menduga wanita yang duduk didepannya itu.
“Bukan... Harith adalah sahabat baik Puteri sejak di Universiti lagi. Lelaki ini pilihan keluarga Puteri. Pertunangan kami diatur keluarga. Puteri pun tidak pernah mengenalinya. Beberapa hari yang lepas kami ada berbual melalui telefon. Sepertinya dia lelaki baik. Puteri malas mahu memikirkannya. Biarlah Allah yang tentukannya.” Luah Puteri seperti pasrah.
“Puteri cintakan dia.” Soal Tengku Adam Haiqal pula.
“Entah, mungkin selepas berkahwin kami akan memulakan semua itu.” Jawab Puteri bersahaja.
“Puteri yakin dia pilihan hati Puteri?” Desak lelaki itu lagi.
“Puteri pun tak tahu, menolak dia seolah Puteri melukakan hati atuk, ibu dan ayah yang mengharapkan sangat ikatan ini. Puteri tak sanggup melukakan mereka.” Ujur Puteri semakin sayu.
“Qal carilah wanita yang setaraf dengan Qal itu lebih baik. Kita boleh kekal berkawan seperti biasa. Puteri minta maaf.” Selanya lagi bila melihat perubahan riak diwajah lelaki didepanya begitu sayu. Anggukan dari lelaki itu menandakan yang lelaki itu tidak mahu memujuk atau meneruskan hasrat hatinya itu. Siapalah untuk berjuang kalau perjuangan itu sudah terhenti saat lelaki itu dengan mudah merelakan rasa hati mereka untuk dikuburkan begitu sahaja.
Kalaulah Tengku Adam Haiqal dapat menyelam hatinya pasti lelaki itu tahu betapa lelaki itu yang didarmbarkan olehnya selama ini. Namun perbezaan taraf antara mereka membuatkan Puteri takut untuk mengapai hati lelaki itu. Biarlah mungkin telah tertulis tiada jodoh antara mereka. Puteri pasrah sekurangnya dia jujur dengan lelaki itu.
Share this novel