BAB 49 - CEMBURU

Romance Completed 85459

Selepas beberapa hari koleksi gambar Puteri mengenakan persalinan pengantin itu diterimanya juga. Sungguhpun hanya mengenakan makeup harian saja gadis itu terlihat sungguh cantik sekali dengan persalinan yang dipilihnya itu. Pilihannya memang sama dengan apa yang Puteri inginkan. Walaupun dia menyuruh pekerja butik untuk mempamerkan koleksi itu didepan pintu masuk butik, namun dia tetap berlapang dada kalau itu bukan pilihan Puteri. Tengku adam haiqal membelek satu persatu koleksi gambar Puteri mengenakan persalinan tersebut.
Kenapa gambar ada sekali disini. Apakah Harith juga ikut menemani Puteri ke butik pengantin hari itu. Terdapat beberapa keping gambar Harith sedang duduk dipelamin dengan Puteri, Sungguh secocok kedua mereka dengan persalinan itu. Pandangan Harith pada Puteri penuh dengan bahasa cinta yang sukar untuk ditaksirkan dengan kata-kata. Hati Tengku Adam Haiqal mengebu tiba-tiba dengan perasaan cemburu yang bukan sedikit.
Hasratnya untuk makan bersama-sama staf dipantri hari ini juga dibatalkan. Hilang sudah moodnya untuk menikmati hidangan tenghari yang dioder kat kak sham sebentar tadi. Dek kerana gembira dia meminta kak sham mengoderkan pizza untuk semua staf jabatannya hari ini. Hasratnya dia ingin berramah mesra dengan staf bawahanya yang jarang dia bertemu itu. Sesekali bila ada perjumapan jabatan untuk menyiapkan draf lakaran untuk tender atau ada mesyuarat dengan Lembaga Pengarah Syarikat baru dia muncul disitu. Cara kerjanya yang fleksibel itu menyebabkan hubungan dengan staf bawahannya agak terhad. Namun dia tahu staf bawahannya sangat boleh diharapkan.
“Kenapa dengan Tengku hari ini, pagi tadi kak sham tengok ceria jer.” Tegur kak sham sambil membawa hidangan tengahari dua potongan pizza dan segelas air coke ke mejanya.
“Tak ada apalah kak.” Ujurnya separuh hati.
“Bunyi macam kecewa aje.” Duga setiausahanya itu lagi. Kalau nak akak bagi tips jangan segan-segan bagitahu. Kak sham mencapai album gambar yang terletak dimeja kerjanya itu.
“Wauuu cantiknya, Ini ke gadis bertuah yang selalu Tengku minta akak kirimkan bunga tu.” Kak Sham terus membelek helaian demi helaian album gambar itu. Tangannya berhenti digambar Puteri sedang duduk bersanding dengan seorang lelaki yang tak kurang hebatnya siap dengan persalinan yang sedondon pula dengan gadis tersebut.
Tahulah dia sekarang, kenapa mood bosnya itu tiba-tiba swing tak tentu pasal. Kak sham tersenyum dengan gelagat cemburu buta lelaki didepannya itu. Dah bertunang kot tak kan nak cemburu tak tentu pasal lagi. Itulah. Puan Sri Tengku Noris suruh berterus terang tak nak. kononnya nak buat sprusise sangat. Sudahnya swing seseorang, sekarang dah meroyam dengan tunagan sendiri. Bisik hati kak sham. Sebulan lepas Puan Sri Tengku Noris ada menelefonnya bertanyakan kalua-kalau Tengku adam haiqal ada memceritakan tentang pertunangan tergesa-gesanya dengan Puteri. Puan Sri Tengku Noris juga ada bertanya Tengku adam haiqal ada tak menyuruhnya buat sesuatu. Dari situlah dia tahu pesanan Tengku adam haiqal untuk mengirimkan bunga dan coklat dua kali seminggu itu pada siapa. Sengaja dia buat-buat tak tahu dan hanya memenuhi kehendak lelaki didepannya itu. Dan Kali ini dia dapat melihat pemilik nama gadis yang berjaya memiliki hati bosnya yang sejuk beku itu. Cantik, sempurna dengan packge lengkap sebagai seorang wanita, berwajah ayu, lembut dan dengan wajah kewanitaan sejati.
“Jemputlah makan, akak keluar dulu.” Kata Kak Sham sambil nak berlalu keluar.
“Sorry kak, entahlah rasanya nak tunggu tiga bulan ni macam lambat sangat. Qal makin susah nak control hati ini.” Ujurnya meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Perit betul nak tanggug rasa hati merindui gadis itu. Nak jumpa tak boleh, selalu dia hanya dapat tengok dari jauh saja. Itupun dia curi-curi pergi ke tempat kerja Puteri dan tengok gadis itu balik kerja dari jauh saja.
“Itulah sendiri cari penyakit. Tiga bulan aje pun, sabarlah sikit, kalua dia jodoh Tengku tak lari gunung dikejar. Doa selalu agar Allah tetapkan dia untuk Tengku.” Bebel setiausahanya dengan sedikit memujuk hati bosnya yang parah tahap tak boleh bincang dah tu. Kelakar betul bila orang sejuk beku bercinta ni. Bisik hati kak sham tersenyum.
“Hhmmmm…thank you pizza.” Tengku Adam haiqal menarik sepiring pizza yang dibawa setiaushanya itu. Hati sedikit kendur dengan pujukkan setiausaha yang sudah dianggap macam kakaknya itu. Kak sham memang orang yang paling rapat dengannya disitu. Wanita itu yang selalu jadi perhubung antara dia dan staf lain. Wanita beranak dua itu sentiasa menasihatinya. Dia tahu dari kak sham juga bondanya mengerok pelbagai cerita mengenainya. Namun wanita itu bukan seorang pengadu domba, tapi selalu menjadi penyelamatnya bila dia kalut dengan date line kerja hakiki dan kerja-kerja amal yang dia lakukan.
“Assalamualaikum…Lia saya dah terima gambar itu. Thank.” Kendur suaranya, hati masih berbuku dengan pasangan yang turut menumpang bersanding dengan bakal isterinya itu.
“Walaikumusalam… ok ke persalinan tu, puashati?” Usik Aliana pula.
“Tapi… siapa lelaki yang bersanding dengan dia tu?” Sela Tengku Adam Haiqal menutup amarahnya.
“Cemburuuu… Exboyfriend merangkap kekasih kembali bertaut tapi tak jadi.” Ketawa Aliana menanti reaksi Tengku Adam Haiqal ditalian sana.
“What???” keras nada suaranya
“Beberapa hari lepas Harith juga seperti Tengku di reject oleh Puteri… Kesian dia bertahun memendam rasa, ingat dah lepas Saiful pergi… cinta boleh bertaut kembali, tapi sayang kekasih hati dipinang putera kayangan plak.” Usik Aliana membuka cerita tentang sahabatnya itu.
“Saiful? Siapa pula Saiful ni….Lia banyak betul rahsia Puteri saya tak tahu ni.” Ucapnya sudah mula tak senang duduk.
“Itulah nak sangat bercinta di alam ghaib macam ni. Mula la Tengku panas hati sendiri. Itu belum Lia ceritakan tentang anak pengarah hospital ni yang dok tergila-gilakan cik tunang Tengku tu.” Makin galak pula Aliana mengusiknya. Sengaja ingin melihat reaksi Tengku sejuk beku itu.
“Ada cerita lain plak lagi… Lia jangan nak main-mainkan saya ya.” Ujur Tengku Adam Haiqal yang kelihatan panas hati semula.
“Lia balik kerja pukul berapa hari ni? Saya nak jumpa Lia juga.” Ujur Tengku Adam Haiqal tak senang duduk suaranya.
“Lia baru masuk syif ni… Lagipun hari ni, Lia tak free. Lagi dua hari Lia cuti tukar syif.” Kata Aliana menyusun kata, Sengaja dia mahu biarkan lelaki itu pula yang meroyan. Seronok juga, asyik melayan Puteri jer meroyan jemu juga. Bisiknya tersenyum sendiri.

Alhamdulilah...sorry semua lambat dapat sambungnya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience