BAB 51 - PUTUS TERPAKSA

Romance Completed 85459

Setelah dipanggil oleh pihak atasan petang tadi, Puteri memohon cuti selama 2 hari untuk pulang ke kampung menguruskan hal yang sepatutnya dia mahukan sejak dulu lagi. Ini soal masa depannya. Bukan sedikit perkara yang perlu dia korbankan. Sebolehnya Puteri tidak mahu melukakan hati kedua ibuayah dan atuknya. Namun semakin dia memikirkannya semakin kusut akal fikirannya. Kenapalah nasib hidupnya selalu begitu. Kalau dulu dia mula menyimpan rasa suka kepada Harith namun dia terpaksa melepaskannya juga demi sahabat yang amat dikasihnya. Bila dia membuka ruang hatinya untuk Saiful, lelaki itu ditakdirkan bukan jodohhnya juga. Sehingga Allah pertemuakan dia dengan Tengku Adam Haiqal. Kesakitan dengan rasa menyintai lelaki itu lebih hebat pukulannya dari apa yang dia rasakan ketika diusia remaja dulu. Walaupun hadir kembali Harith yang menghulurkan rasa cinta yang pernah tumbuh dulu. Menolak lelaki itu tidak sesakit membuang bayangan cinta yang diwujudkan oleh Tengku Adam Haiqal. Puteri tidak menyalahkan takdir namun sukar benar untuk dia mengapai bahagia. Kalau dia tidak membuat keputusan sekarang dia akan menyesal seumur hidupnya. Puteri yakin Allah panjangkan lagi nyawa Tengku Adam Haiqal kerana Allah mahu bagi peluang kepadanya memilih apa yang hatinya mahukan. Kalaupun lelaki itu terus begitu selamanya dia tetap dengan keputusan hatinya yang telah dia bulatkan itu.
“Assalamualaikum bu...” Puteri memberi salam ketika keluar dari keretanya. Semasa dia sampai petang itu ibu sedang duduk pangking sebelah pokok manggis yang dibuat pondok kecil untuk mereka sekeluarga duduk sambil menghirup udara segar bila semua berkumpul dikampung.
“Walaikumusalam... lambat Puteri sampai, bertolak pukul berapa tadi? Kata ibunya sambil memeluk anak gadis yang sering menghantar kerisauan dihatinya itu.
“Lambat sikit tadi bu, Puteri ke Hospital sekejap, ada hal sikit. Mana ayah dan atuk bu?” Tanya Puteri sambil meninjau-ninjau ke dalam rumah mencari kelibat kedua insan yang dirinduinya itu.
“Atuk dan ayah ke surau tadi...ada mesyuarat jawatankuasa masjid katanya. Sekejap lagi balik la tu.” Ujur Ibunya sambil menarik tangan Puteri untuk duduk disisinya.
“Anak ibu ok ke ni?” Renungan mata ibu jatuh tepat ke mata Puteri. Ibunya seperti dapat membaca apa yang tersirat disudut hatinya.
“Entahlah ibu....Puteri keliru dengan hati Puteri sendiri.” Ucapnya sambil menbawa tangan ibunya ke bibirnya.
“Minta pertunjuk dengan Allah... dia yang Maha Mengetahui apa yang kita sebagai hambanya tak termampu.” Pujuk ibunya sambil menepuk lembut tempurung tangannya.
“Sudah bu... mungkin inilah pertunjuk Allah, Puteri balik ni pun untuk berbincang dengan atuk, ibu dan ayah.” Selanya memandang tunak ke arah ibunya pula. Ibunya mengangguk Cuma sebagai memberi respon dengan apa yang tersirat dihati anak bongsunya itu.
Selepas makan malam pada malam itu, Puteri turut duduk di ruang tamu bersama atuk, ibu dan ayah. Menempal disebelah atuknya sambil memeluk lengan lelaki berusia 70an itu.
“Atuk...ayah...ibu... Sebenarnya Puteri ada sesuatu yang ingin disampaikan.” Ujur Puteri memandang atuknya disebelah.
“Kenapa dengan cucu atuk ni, Ada masalah apa sebenarnya ni?” Ujur atuknya menarik si cucu menghadapnya.
“Atuk....Puteri minta maaf... Puteri minta atuk putuskan pertunangan Puteri dan Adam boleh ke? Puteri sudah dapat jawapan dari apa yang Puteri cari selama ini. Bagi peluang Puteri untuk buat keputusan hidup Puteri untuk sekali ini sahaja. Tolong atuk...ayah ibu.” Puteri mencium tangan tua atuknya yang sedang memandang tunak kearahnya itu.
“Tapi majlisnya tinggal beberapa bulan sahaja lagi Puteri. Bukankah tidak baik mengecewakan harapan orang.” Ujur atuknya masih memujuk hati cucunya yang seperti sudah nekad itu.
“Tolonglah atuk....Puteri betul-betul cintakan Haiqal. Sekarang dia sedang bertarung antara hidup dan mati. Puteri sudah kecewakan dia sekali. Puteri tidak mahu menyesal kalau sesuatu terjadi padanya.” Ujur Puteri dengan linangan airmata. Hatinya betul-betul sakit yang bukan sedikit dengan apa yang terjadi sehingga menjarakkan rasa cintanya pada lelaki itu suatu masa dulu.
Atuk...ayah dan ibu diam seketika. Walaupun mereka sebenarnya tahu siapa yang dimaksudkan oleh cucunya itu. Namun menceritakan pekara yang telah diminta oleh bakal cucu menantunya itu bukanlah yang terbaik. Puteri tidak salah menletakkan rasa cintanya pada lelaki itu. Namun stuasi yang menyebabkan keadaan sukar untuk dijelaskan.
“Macam ni lah Puteri... atuk cuba berbincang dulu dengan keluarga sebelah sana. Kita perlu juga tahu pandangan mereka. Mereka datang beradat. Kita tidak boleh sewenangnya membuat keputusan sendiri.” Sela atuknya memecah kesunyian antara mereka sebentar tadi.
“Betul Puteri bagi masa kami untuk berbincang. InsyaAllah semoga Allah bagi kita jalan yang terbaik.” Ujur ayah pula menyokong kata-kata atuk tadi.
Selepas makan tengahari yang menyelerakan itu, Puteri bergerak balik ke Shah Alam semula. Walaupun permintaannya tiada kata putus yang sewajarnya. Sekurangnya hati Puteri sedikit lega kerana hasratnya sudah disampaikan pada kedua orang tuanya. Atuk pasti sedikit kecewa dengan keputusannya namun dia perlu lakukan sesuatu dari dia mengkhianati hati Adam lebih jauh lagi. Lelaki bernama Adam itu terlalu baik. Walaupun mereka tidak pernah bertamu tapi Puteri tahu lelaki itu seorang lelaki yang sangat baik dan layak dibuat teman hidup. Namun kini di hati Puteri telah tertulis nama Tengku Adam Haiqal. Dan untuk kali ini dia akan perjuangkan nama lelaki itu sebagai pilihan yang telah hatinya putuskan itu.

InsyaAllah next Chapter akan menyusul...tq Semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience