BAB 37 - VILLA BAHAGIA

Romance Completed 85459

Petang itu setelah sampai ke rumah Puteri Tengku Adam Haiqal terus menapak ke dalam garaj. Kereta Puteri elok terparkir disitu, menandakan yang gadis itu ada dirumah. Tengku Adam Haiqal mengetuk pintu utama beberapa kali. Beberapa detik dia mendengar derap tapak kaki menghala kepintu.
“Tengku Adam Haiqal!” Puteri terpempam dipintu.
“Jom ikut Qal kejap...” Kata Lelaki didepannya itu sambil memandang tunak Puteri yang berpeluh-peluh diwajahnya.
“Nak kemana, Puteri tak free la. Lagipun Puteri sedang mengemas stor ni .Banyak lagi belum selesai.” Katanya beralasan menolak pelawaan lelaki itu secara halus.
Tengku Adam Haiqal cuba menjengah kedalam rumah melihat apa yang dikemas oleh gadis didepannya itu. Tiada tanda-tanda perlu dikemaskan pun.
“Bersih aje.” Ujurnya memandang kiri kanan dari pintu utama itu.
“Memanglah disini bersih Puteri kemas didalam stor kat atas.” Jawab gadis itu lagi.
“Ala kejap aje Qal janji, esok Qal upah bibik tolong kemaskan stor Puteri tu, jomlah.” Rayunya lagi.
“Tapi...” Baru Puteri nak bersuara Tengku Adam Haiqal memotong cakapnya.
“Please kejap jer, Kalau tak Qal tunggu sini sampai Puteri setuju.” Ugutnya pula.
Lelaki ni kan menang spesis paksa segala benda ya. Sakit betul hati Puteri. Kalau dia tidak ikut bersama mahu lelaki itu akan jadi penjaga pintu rumahnya sampai kemalam. Silap-silap kena tangkap khalwat plak nanti. Mahu dikerat 18 dek Atuknya. Seram dia memikirnya.
“Iya...Iyalah....janji hantar Puteri sebelum pukul lapan malam tau.” Ucapnya sambil menutup kembali pintu dan berlari untuk membersihkan diri dan bersiap. Hampir setengah jam Puteri keluar semula kepintu. Tengku Adam Haiqal sedang membelek-belek telefon bimbitnya. Air Oren yang dihulur oleh Puteri sebelum naik bersiap tadi sudah licin ditelan oleh lelaki itu. Puteri mengambil dan masuk semula ke dalam meletakkan mug itu disinki. Selepas mengunci pintu dia bergerak masuk kedalam kereta lelaki itu. Malas dia mahu bertanya kemana arah tuju lelaki itu. Biarlah yang tahu pukul lapan malam dia akan dihantar semula balik kerumahnya.
Baru 20 minit mereka memulakan perjalanan, telefon bimbit Tengku Adam Haiqal berbunyi nyaring.
“Walaikumusalam Bonda...” Tengku Adam Haiqal menyebut nama Bondanya.
“ Qal kat mana ni, balik sekarang boleh tak Mak Leha jatuh dibilik air. Bonda tak tahu nak buat apa ni.” Ujur Bondanya ditalian sana.
“Qal ada di Persiaran Kayangan ni, sepuluh minit Qal sampai.” Ujurnya meletak telefon lalu membelok kereta arah ke Villa Bahagia. Puteri disebelah hanya diam memandang. Kerana kekalutan Tengku Adam Haiqal terus memandu kearah Villa Bahagia. Setelah sampai baru Tengku Adam Haiqal menoleh padanya.
“Sorry Qal lupa bertanya Puteri tadi. Boleh ke Qal nak tengok keadaan Mak Leha sekejap.” Katanya menoleh gadis disebelahnya turut menanggalkan tali pinggang keselamatan.
“Jomlah mana tahu ada apa-apa Puteri boleh tolong.” Katanya sambil membuka pintu kereta. Walaupun dihati Puteri tetap merasa cuak untuk masuk kedalam Villa milik keluarga kerabat seperti mereka. Namun demi mengingatkan ada satu nyawa yang perlu diselamatkan dia menutup kegugupan itu dengan anggukkan memandang lelaki itu.
“Assalamualaikum, Bonda...”Panggil Tengku Adam Haiqal bila kaki menapak masuk ke dalam Villa keluarganya itu.
“Qal... Ehhh Puteri pun ada elok sangat la tu...Jemput masuk.” Puteri tunduk menyalaminya. Baru dia ingin mengatakan sesuatu Tengku Adam Haiqal memberi isyarat mata bahawa Puteri belum tahu tentang status antara mereka.
“Macam mana keadaan Mak Leha sekarang?” Tanyanya memecah sunyi yang seketika tadi.
“Pak Mat dah angkat Mak Leha baring dikatil bilik mereka. Bonda nak bawa ke Hospital tapi Mak Leha tak mahu katanya kakinya saja yang sakit. Dah puas kami pujuk.” Adu Puan Sri Tengku Noris kepada anaknya sambil berjalan masuk kebilik pembantu rumahnya itu.
“Puteri jemput masuk, mana tahu dengan pujukan seorang doktor lembut hati Mak Leha tu.” Puan Sri Tengku Noris menarik tangan Puteri masuk kebilik itu, Dia kemudian turut duduk disebelah katil Mak Leha yang sedang terbaring itu.
Puteri kemudian memeriksa kaki Mak Leha yang kelihatan bengkak dengan sedikit kebiruan itu.
“Mak Leha ada terhantuk kepala atau tempat-tempat lain juga ke?” Tanya Puteri sambil melihat tanda kebiruan didahi wanita itu.
“Kepala ada sikit terkena pintu tadi. Tapi tak sakit pun.” Kata Mak Leha sambil mengosok-gososk dahinya.
“Puteri rasa Mak Leha kena juga ke Klinik, buat pemeriksaan dirawatan luar pun ok. Sekurangnya kita tahu keadaan rawatan yang sesuai dengan keadaan kaki Mak Leha ni.” Usul Puteri sambil memandang Puan Sri Tengku Noris dan Mak Leha.
“Tapi Mak Leha tak nak masuk wad, Mak Leha tidak apa-apa ni. Biru sikit sahaja.” Pujuk wanita itu sambil memandang suaminya meminta simpati.
“No Mak Leha, Jom Qal hantar Mak Leha. Bersiaplah Pak Mat kita pergi ke Hospital sekarang.” Ujur Tengku Adam Haiqal membuat keputusan untuk semua. Kalau sudah Tengku Adam Haiqal berkata begitu. Memang tiada siapa lagi boleh membantah. Itulah Tengku Adam Haiqal. Pak Mat dan Mak Leha sudah tahu benar dengan perangai anak asuhannya itu,
“Puteri temankan Bonda dirumah boleh ke? Sementara Qal menghantar Mak Leha ke Hospital. Qal minta maaf tak dapat hantar Puteri pukul lapan seperti yang Qal janjikan.” Tengku Adam Haiqal menarik Puteri ke satu sudut diluar bilik Mak Leha. Risau juga dia kalau Puteri yang baru hendak didekatinya itu berubah laku lagi.
“Okey tapi Puteri nak balik juga tau, Lepas settle urusan Mak Leha. Tengku hantar Puteri balik ya.” Jawabnya sambil melangkah mengikuti Puan Sri Tengku Noris keruang depan bagi memberi laluan kedua suami isteri itu menukar pakaian.

"Thank All........Ok lagi ke semua? Enjoy Reading..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience