Bab 61 – SURPRISE

Romance Completed 85459

Pagi itu suasana di keliling rumah atuknya penuh dengan para penduduk yang datang untuk bergotong royong menyiapkan hidangan yang telah dirancang oleh jawatankuasa majlis. Sepuluh khemah dan ditambah dengan sebuah khemah pengantin telah dipasang dihadapan rumah atuknya. Pada mulanya ayah mahu majlis itu diadakan didewan dan menempah katering sahaja. Namun kerana hasrat hati atuknya yang mahu majlis itu diadakan dirumahnya kerana Puteri adalah cucu terakhirnya yang akan mendirikan rumahtangga dia mahu mengadakan majlis besar-besaran dirumahnya itu. Kata atuk dia mahu merasakan sebuah majlis yang diadakan dikampung dengan mengikut adat perkahwinan cara kampung mereka. Bermula dengan acara merewang bersama-sama penduduk kampung seperti majlis kenduri kahwin pada zaman-zaman dulu. Atuk mahu menghidupkan suasana perkahwinan yang sudah lama tidak diamalkan oleh masyarakat sekarang. Bermula dengan majlis merewang, khatan Quran, majlis berina keluarga dan ke majlis akad nikah dan bersanding. Suasana meriah penduduk kampung yang telah beberapa hari berkumpul dirumah atuknya menyebabkan terasa sekali kemeriahan yang berbeza ditambah pula dengan kehadiran saudara mara mereka yang diundang oleh atuk..
Majlis akad nikah akan diadakan pada bila-bila masa. Setelah diandam dengan rapi oleh Mak Su Noninya bermula seawal pukul 10 pagi tadi. Puteri hanya duduk dikerusinya. Debaran yang memukul-mukul tangkai hatinya sudah tidak mampu ditahan lagi. Pelbagai rasa yang mengasak relung hatinya kini. Bukan majlis yang dirisaukannya tapi mampukah dia menerima apa yang akan mengubah status dirinya dalam beberapa jam saja lagi. Lelaki yang telah diredhai oleh hatinya, tetap sedikit sebanyak membuatkan emosinya saat ini berlibang libu juga. Kehadiran Aliana sahabat baiknya sejak semalam banyak menenangkan hatinya. Namun entah ke mana pula si Aliana ni menghilang.
“Assalamualaikum sepupu... macam mana rasa, dah ready ke?” Usik Tengku Edora yang masuk kebiliknya sambil membimbit hadiah ditangannya.
“Walaikumusalam Tengku.... datang dengan Harith ya. Dah lama sampai?” Ujur Puteri sambil menyambut huluran tangan Tengku Edora didepannya.
“Harith ada kat bawah... jangan tak tahu encik tunang kita jadi pengapit pengantin ya.” Sela Tengku Edora sengaja mengumpan cerita dihati Puteri.
“Haah tak faham la.” Ujur Puteri terkebil-kebil menanti penjelasan Tengku Edora yang cuba mempermainkannya.
Sebelum sempat Puteri menerima jawapan dari apa yang bermain difikirannya. Ibunya menjenguk dari luar.
“Puteri sudah siap... jom keluar rombongan pengatin lelaki sudah sampai diruang tamu. Atuk panggil untuk majlis akad nikah tu.” Ujur ibunya sambil tersenyum.
“Baik bu.” Jawab Puteri sambil merenung mata ibunya yang masih berdiri dipintu ketika itu.
“Jom Puteri.” Sapa Aliana sambil menarik tangan Puteri untuk bergerak ke ruang tamu dimana rombongan pengantin lelaki sedang menunggu mereka.
Puteri merasakan dirinya seperti diawangan bila tangannya diseret duduk di pelamin yang telah dihias cantik oleh kaum keluarganya dari semalam. Mata menumpu pandang pada susuk lelaki yang duduk agak mengiring dari arah tempat duduknya itu. Lelaki yang segak berpakaian baju melayu putih dengan material satin seperti persalinan yang dipakainya. Susuk lelaki itu seperti pernah dilihatnya namun debaran yang mengikat hatinya menyebabkan akal fikirnya tidak dapat untuk meneka apa yang bermain dimindanya ketika itu.
Ketika tok kadi dan atuknya melangkah ke arahnya untuk menandatangi borang persetujuan menerima pernikahan yang akan belaku sebentar sahaja lagi. Huluran borang oleh atuk dan pertanyaan yang di utarakan oleh tok kadi dianggukkannya sahaja sebagai tanda setuju. Borang yang dihulur atuknya diambil dan ditandatangan olehnya. Persetujuan nikah telah lama dia berikan rasanya tidak perlu dia melihat detail tentang borang tersebut. Lelaki yang bakal dinikahinya hanya beberapa minit sahaja lagi yang akan bergelar suaminya.
“Aku terima nikahnya Puteri Ayuni binti Zaidi dengan mas kahwin senaskah Al-Quran”
Begitulah lafaz yang didengar oleh telinga Puteri sebentar tadi.... Saat ibunya mencium ubun-ubunnya airmata yang sukar untuk ditaksir mengalir deras dipipi kedua beranak itu. Pelukkan penuh syahdu dari ibunya membuatkan Puteri tidak mampu menahan diri lagi. Selesai mengaminkan doa lelaki segak bertanjak di depan kadi itu bersalam dan memeluk ayah dan atuknya. Lelaki itu kemudian dibawa kebilik tetamu dirumah atuknya untuk melalukan solat sunat dua rakaat sebelum upacara menyarung cincin bagi melengkapkan acara pada hari itu.
Setelah selesai bersolat lelaki itu bersama Tengku Edora yang mengikut belakangannya dengan sedulang bekas perak yang membawa perhiasan untuk majlis pembatalan air sembahyang dari pihak suaminya.
Saat lelaki yang duduk mengiring dari pandangannya sejak tadi melangkah kearahnya matanya bagai terpaku. Pelbagai persoalan bersimpang siur dimindanya. Antara percaya dengan tidak bila melihat lelaki yang menjabak tangan ayahnya tadi adalah lelaki yang didambarkan olehnya sekian lama.
“Assalamualaikum sayang.” Bisik lelaki yang tersenyum didepannya.
“Tengku... jadi selama ini...” Bagai terkelu lidahnya untuk menuturkan kata saat mata mereka bertemu pandang.
“Abang sayangggg....” Bisik suaminya sambil menarik tangannya untuk menyarungkan cincin berlian yang ditempah khas untuk insan yang telah mengikat hatinya itu sekian lama.
Saat tangannya mencium tangan suaminya yang sedang duduk di sebelahnya airmata yang ditahan-tahan sejak tadi mengalir dengan laju membasahi tangan sang suami yang digenggamnya dengan erat itu. Suaminya kemudian mencium dahinya sambil tangan menyapu kedua belah pipi kiri dan kanannya. Dia tahu bertapa syahdu hati isterinya saat itu. Rasa cinta gadis itu terhadapnya bagai melimpahruah mengalir disetiap ruang hatinya. Walaupun masih dalam keadaan keliru isterinya seolah mengikut apa saja yang dilakukannya. Bermula dengan majlis menepung tawar, makan beradab, acara memotong kek dan terakhir ucapan khas dari insan-insan tersayang sebagai pesanan kepada kedua mempelai.
Setelah majlis selesai pada petang itu. semua penduduk kampung sudah beransur pulang. Keluarga mertuanya juga telah bertolak balik ke Hotel yang ditempah oleh mereka. Saat dia mencium tangan kedua mertuanya tadi Puan Sri Tengku Noris memeluknya lama. Seolah kasih sayang mertuanya mengalir kelubuk hatinya. Bertuah hatinya bukan saja dikejutkan dengan sang suami yang merupakan lelaki yang didambakannya selama ini. Malah dia juga dikurniakan dengan keluarga mertua yang sangat baik. Walaupun mereka bukanlah dari sebarangan orang namun penerimaan kedua mertuanya terhadap dia dan keluarganya meletakkan dirinya sebagai insan yang paling bertuah didunia ini.

Salam sayang semua....maaf setelah hampir 3 minggu bertugas ke luar daerah....akhirnya dapat juga updated chapter seterusnya....enjoy reading semua.....walaupun slow....InsyaAlllah saya cuba capai ke endingnya ya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience