BAB 34 - DITUNANGKAN

Romance Completed 85459

Selepas syif pagi itu, Puteri bersiap-siap untuk terus bergerak kerumah Alongnya. Bag pakaian juga telah diangkutnya sekali pagi tadi. Dia juga sudah berpesan pada Kak Hani jiran sebelah rumahnya yang juga kakak angkatnya, dia tidak pulang malam ini kerana rumah Alongnya di Putrajaya. Entah pada ribut taufan Ayah, Ibu dan Atuknya turun melawat Along Farisya disini. Bila ditanya kenapa Ayah, Ibu dan Atuknya tergesa-gesa kesini jawapannya mudah saja rindukan cucu dan cicit mereka. Namun Puteri tetap juga musykil akan kedatangan mereka. Ditambah pula dengan panggilan Angah Afifnya petang tadi. Siap bermurah hati untuk menumpangkannya ke rumah Along di Putrajaya. Sesuatu sangat. Fikirnya.
Ketika dia tiba ditempat letak keretanya, Seorang yang sangat dikenalinya berdiri bersandar ditepi sebelah kanan keretanya. Sejambak bunga turut dipegangnya. Hati Puteri bergetar hebat. Setelah sekian lama, setelah dia hampir menutup ingatan pada lelaki itu dengan kesibukkan sehariannya. Tiba-tiba hari ini lelaki itu muncul semula didepannya hari ini.
“Assalamualaikum, Puteri teman saya sekejap boleh tak?” Kata lelaki itu sambil menghulurkan sejambak bunga padanya.
“Walaikumusalam, Tiba-tiba muncul ingat sudah lupa jalan kesini.” Sindir Puteri sambil menekan remove keretanya. Segala barang yang dibawanya dimasukkan kebahagian tempat duduk belakang. Bunga yang dihulurkan juga dibiarkan saja.
“Saya minta maaf Puteri, Saa...saya ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Demi masa depan kita juga.” Katanya melihat reaksi gadis didepannya itu.
“Masa depan? Sejak bila kita ada merancang masa depan bersama.” Sindiran disertai senyum mengejek dihadiahkan kepada lelaki didepannya itu.
“Maaf Tengku Adam Haiqal, Saya terpaksa pergi. Seseorang sedang menunggu saya sekarang. Ini adalah masa depan saya.” Kata Puteri lalu masuk kedalam keretanya.
“Puteri....Puteri...” Ketukan bertalu-talu dari luar keretanya menyebabkan Puteri tidak sampai hati.
Puteri menurunkan cermin kereta. Merenung lelaki itu, Namun keduanya seakan terpaku diwajah masing-masing tanpa suara. Suasan hening seketika.
“Maaf saya sudah lewat ni, saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Puteri menaikkan semula cermin kereta, lalu bergerak keluar dari situ.
Walaupun hatinya begitu ingin melihat dan berbicara dengan lelaki itu tentang kenapa lelaki itu seakan melupakannya. Malah ketika bertembung di Mall baru-baru ini lelaki itu seakan tidak mengenalinya. Namun Puteri kuatkan hatinya, Dia tidak perlu berharapkan lelaki itu lagi. Lelaki itu bukan setaraf dengan keluarganya. Macam enggang dengan pipit. Dia tidak perlu tunduk pada perasaan hatinya. Mungkin dengan menjauhkan dirinya dengan lelaki itu akan mengubah hatinya sedikit demi sedikit untuk melupakan lelaki itu.
Lebih kurang sejam pemanduannya akhirnya dia sampai kerumah Alongnya itu. Kereta Ayah telah terpangkir digaraj bersebelahan dengan kereta Along. Untuk kereta kecilnya menyelek dilaman kecil sebelah kiri tak ada masalah baginya.
“Assalamualaikum...” Mak Su anak saudaranya yang bertongcang dua itu meluru untuk memeluknya.
“Armel sayang makan apa tu.” Puteri mendukung anak saudaranya yang berumur tiga tahun lebih itu. Ditangan anak saudaranya ada nugget yag baru separuh digigitnya.
“Atuk sihat.” Tangan Tok Din disalam dan dipeluk tubuh Atuk kesayangannya itu. Begitu juga dilakukan pada Ayah dan Ibunya. Puteri memang manja bila dengan keluarganya. Maklumlah anak bongsukan. Hubungan kekeluargaan antara mereka tiga beradikpun sangat rapat. Sudah besar panjang macam ni pun sibuk berebut minta disuap oleh Ibunya lagi. Kalau Puteri tu ok la juga masih bujang. Ini Along dan Angahnya pun sama, memang tak boleh bincang. Kesian Abang Daniel dan Kak Anis kurang kasih sayang dari suami dan isteri masing-masing. Itulah selalu ejekan Puteri kepada Kakak dan Abangnya itu.
Selepas solat Isyak berjemaah pada malam itu, Atuk memanggil semua berkumpul diruang tamu rumah Along. Armel sibuk bermain Toy Barbiebnya. Mikael pula sudah tidur didalam buaiannya. Puteri yang kehairanan ditarik oleh Atuk untuk duduk disebelahnya.
“Atuk sebenarnya ada pekara yang ingin Atuk bagitahu pada Puteri.” Tangan cucunya digenggam erat.
“Kenapa Tuk, Puteri ada buat sesuatu yang membuatkan Atuk marah ke?” Pandangannya jatuh pada Ibu yang duduk disebelah kirinya.
“Bukan begitu Puteri.” Atuk mengeluarkan satu kotak empat segi yang bersaiz sebesar tapak tangan lalu diletakan didalam genggaman tangannya.
“Kawan Atuk berkenanan sangat untuk menjadikan Puteri menantunya. Minggu lepas keluarganya datang melawat kami dikampung. Mereka melihat gambar Puteri dan terus menyampaikan hasrat untuk menjadikan Puteri menantu mereka.” Sela Atuk dengan suara penuh mengharap.
Puteri kebuntuan kata, tangannya mencapai kotak berbentuk empat segi itu lalu membukanya. Dua bentuk cincin terselit disitu. Pastinya satu cincin merisik dan yang bermata merah delima dikelilingi tujuh berlian putih itu pasti cincin pertunangan yang dimaksudkan oleh Atuknya. Ukiran cincin itu bergitu indah dipandangan mata Puteri. Puteri kemudian mengangkat muka memandang Ibu dan Ayahnya.
“Ibu kenalkah keluarga mereka? Rasanya lebih elok kalau kami mengenali dulu antara satu sama lain.” Puteri menyusun kata, dia sebolehnya tidak mahu melukai hati insan-insan kesayangan didepannya.
“Tempoh pertunangannya juga adalah tempoh untuk saling mengenalikan. Ayah janji kalau sepanjang pertunangan ini anak Ayah dianiaya. Ayah sendiri yang akan memulangkan cincin pertunangan ini.” Janji Ayah membuatkan mulut Puteri tertutup rapat. Atuk dan kedua Ibubapanya begitu mengharapkan ikatan ini. Tapi bagaimana dengannya. Puteri buntu.
“Atuk... Ayah...Ibu...Kalau ini adalah yang terbaik buat Puteri. Puteri akan cuba mengenalinya. Cuma Puteri tidak mahu menemuinya. Kalau ditakdirkan ada jodoh antara kami Puteri terima seadanya. Puteri mengatur pandang pada Along, Angah dan kedua Abang dan Kakak iparnya. Semua turut tersenyum dan mengangguk tanda bersetuju keputusannya itu.
“Terima Kasih Puteri, Ini nombor telefon Adam. Atuk sudah bagi nombor telefon Puteri padanya. Atuk harap Puteri bagilah masa untuk kalian saling kenal ya.” Ujur Atuk bernada sayu. Dia tahu hati cucunya itu ada seseorang. Namun dia juga berharap tidak salah percaturannya, itulah lelaki yang sama dia lihat ditelefon cucunya itu ketika cucunya pulang ke kampung tempohari. Sebagai Atuk kepada Puteri tentulah dia mahu yang terbaik untuk cucunya itu. Doanya kalau betullah telahannya, Moga Allah permudahkan dan lembutkan hati cucunya untuk menerima lelaki bergelar Tengku Adam Haiqal itu.

"Thank You All.....agak-agak berapa bab lagi nak habis ni.... Enjoy reading....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience