Sesampai di Restoran Murni, Tengku Adam Haiqal memangkir keretanya ditapak parking betul-betul depan restoran itu.
“Kita sarapan disini boleh?” Tanyanya.
Puteri hanya menggangukkan kepalanya. Ini bertanya ke arahan. Kalau nak tanya sebelum sampai tadi ini sudah sampai baru nak tanya. Boleh tahan juga diktatornya anak Tengku ni. Bisik hati Puteri.
Selepas sarapan mereka kemudian bergerak ke Bengkel Kereta milik Tauke Chong seperti yang dirancang.
“Macam mana tauke?” Tegur Tengku Adam Haiqal setelah bertemu dengan Tauke Chong yang masih lagi memeriksa keadaan kereta Puteri itu.
“Selain bateri, Timing belt juga nampak macam retak juga. Minyak hitam pun agak kurang. Ini kalau dibiarkan lagi teruk rosaknya, silap-silap satu kereta kena Overhall bos.” Ujur Tauke Chong lagi.
“Ok la kalau itu macam you kasi settle semua tu, lama sikit pun tak apa janji bila bawa saya punya Girlfriend tak ada sangkut sorang-sorang tepi jalan.” Kata Tengku Adam Haiqal sambil menjeling Puteri yang berdiri tidak jauh dari mereka.
“Tengku itu kereta saya nak berulang kerja tiap hari. Kalau berlama-lama di sini saya nak pergi kerja macam mana?” Bisik Puteri di telinga Tengku Adam Haiqal.
“Saya ada.” Katanya selamba.
“Tengku...” Nyaring suara Puteri menyeru namanya menyebabkan beberapa orang sebelah mereka menoleh.
Terus Puteri mengunci mulut. Sesuka hati mak dia aje nak buat keputusan untuk aku mamat sorang ni. Geram plak rasa hati Puteri namun demi tak mahu memalukan lelaki itu Puteri hanya mengunci mulut sahaja.
Selepas bercakap dengan Tauke Chong beberapa ketika Tengku Adam Haiqal berjalan kearahnya mengajaknya keluar dari bengkel itu.
“Saya suruh Tauke Chong tukar semua apa yang patut. Mungkin kereta awak akan 2 atau 3 hari juga di Bengkel itu. Sementara tu saya akan jadi Grab awak macam mana?” Toleh Tengku Adam Haiqal sambil tersengih. Ingat handsome la tu, memang handsome pun. Hishhh Puteri ni.
“Saya kerja syif , balik tak tentu masa. Pukul 11@ 12 malam Tengku masih nak jadi Grab saya juga ke?” Duga Puteri.
“Untuk orang yang saya suka.” Jawabnya antara dengar dan tidak.
“Apa.” Toleh Puteri.
“Tak ada la... 2@ 3 hari aje pun apa salah saya tolong awakkan? Awak pun dah tolong selamatkan saya tempohari.” Pandangan lelaki tu jatuh pada matanya.
“ Sukahati Tengku la... Haah ni lagi satu, kalau bayaran Tauke Chong tu ribu-ribu kosnya saya nak makan apa bulan ni, takkan nak pinjam Ahlong plak.” Lancar tuturnya tanpa dia sedar. Lelaki disebelahnya tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala. Aduh malunya, Dek kerana marah terlupa plak dia dengan siapa dia bercakap sekarang. Puteri oii dengan Harith bolehlah kau selamba badak gitu. Ini Tengku Adam Haiqal kot. Dah baru semalam bercakap face to face. Dan baru pagi tadi jadi grilfriend tak rasmi. Malunyaa...
Puteri terus terdiam mengunci mulut dan buat-buat pandang keluar.
Agak lama mereka terdiam dan Tengku Adam Haiqal hanya membiarkan saja gadis itu bertenang seketika. Dia tahu Puteri malu dengan kelancangan mulutnya tadi. Tapi dia sebenarnya suka dengan kelakuan yang comel dari gadis itu. Nampak sopan santun, lembut tapi boleh tahan juga selamba bila hatinya sudah diusik.
“So hari ini masuk kerja pukul berapa?” Toleh Tengku Adam Haiqal pada gadis disebelahnya.
Puteri melirik jam ditangannya.
“Dah hampir pukul 12 ni. Hantar saya terus ke Hospital la. Saya akan masuk Syif pukul 2 nanti.”Ujur Puteri tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.
“Lama lagi tu. Kalau awak balik sekurangnya boleh restkan badan sekejap.” Saran lelaki itu.
“Tak apa dibilik persalinan saya pun ada katil dan bilik mandi juga, saya rest kat sama aje la. Lagipun nak balik semula macam tak berbaloi plak.” Terangnya lagi.
“Ok la kalau begitu. Awak nak tapau makanan apa-apa tak?” Tanya Tengku Adam Haiqal lagi.
“Tak perlu la rasa kenyang lagi ni, nanti sebelum masuk kerja saya bungkus apa-apa kat cafe Hospital jer la.” Jawabnya pula.
“Betul ni, Jangan sampai awak pengsan dan tidur sebelah pesakit plak.” Usik lelaki itu.
“Kesitu pula.” Sengaja dia buat-buat muka tak puashati.
Sampai nak menyusahkan lelaki itu dari sarapan sampai makan tengaharinya Puteri rasa malu sendiri. Nak balik malam nanti sekali lagi dia terpaksa menyusahkan lelaki itu.
“Doktor ini ada foodpanda hantarkan makan tengahari untuk Doktor.” Kata Seri yang menghantar pesanan makanan itu untuknya.
“Foodpanda? Saya tak pesan pun.” Kata Puteri keliru.
“Peminat ko.” Usik Seri sambil tersenyum dan berlalu keluar.
Ini mesti kerja Tengku Adam Haiqal ni. Kenapalah dengan lelaki seorang ni dia kalah. Walaupun rasa nak marah membuak-buak tapi pandang jer muka dia terus cair macam ais. Teruk penyakit aku macam ni. Bisik Puteri pada dirinya sendiri.
Setelah menamatkan jam kerja dia malam itu, ketika dia melangkah masuk ke bilik persalinannya baru dia teringat yang dia lupa bertanyakan no telefon lelaki itu sekali lagi. Sudahlah dia tidak bagitahu Tengku Adam Haiqal syifnya habis jam berapa? Macam mana dia nak balik ni. Aduhai.
Puteri termenung seketika.
Harith?
"Thank You All.... Enjoy Reading wakkk.....
Share this novel